South Gate Of Angkor Thom.
Bayon Temple dibina di tengah-tengah bandar Angkor Thom. Angkor Thom ialah ibu kota kerajaan Angkor. Ia telah di bina oleh Raja Jayavarman VII pada abad 12-13 masihi.
Four-Faced Statue Of Budha, Bayon Temple
Bayon Temple dikenali sebagai Candi Muka (Temple of Faces)ini kerana terdapat banyak ukiran atau lakaran wajah pada menara-menara di kuil ini. Kuil atau Candi ini dibina pada akhir abad ke-12 atau awal abad ke-13.
Four-Faced Statue Of Budha,
Untuk memahami sejarah Bayon Temple, sahabat disyorkan agar merujuk buku berjudul Ancient Angkor yang ditulis oleh Michael Freeman dan Claude Jacques. Buku setebal 239 muka surat ini amat bagus untuk memahamkan kita akan sejarah silam kerajaan Angkor. Segala-galanya tentang sejarah silam Angkor dibicarakan secara mendalam di dalam buku ini. Kisah tentang Bayon Temple pula dimuatkan pada halaman 78 hingga 101.
Four-Faced Statue Of Budha,
Claude Jacques adalah seorang sarjana Perancis. Beliau mengkaji dan mendalami sejarah Angkor selama 30 tahun. Beliau juga turut mendiami Kemboja selama Sembilan tahun dan mengajar sejarah bangsa khmer di Jabatan Arkelogi di Phnom Penh Kemboja, dan kemudiannya meneruskan kajiannya mengenai tamadun Khmer. Beliau juga mempunyai kepakaran dalam memahami tulisan Sanskrit, Khmer dan Cham.
Rakan Seperjalanan kat Bayon Temple.
Di sini, saya ringkaskan sedikit info mengenai Bayon Temple. Ia dibina oleh Raja Jayavarman VII, sekitar abad 12-13 masihi. Berbeza dengan Angkor Wat, Bayon Temple merupakan kuil yang berasaskan agama Budha. Ia memang unik, kerana padanya terdapat menara muka(face-tower) yang diukir pada batu-batu dari gunung. Pada asalnya terdapat 49 buah menara, tapi hari ini hanya terdapat 37 buah menara sahaja yang masih bertahan. Selain simbolik keagamaan, ukiran-ukiran yang terdapat pada Bayon Temple, turut memerihalkan sejarah silam masyarakat Khmer dan aktiviti seharian masyarakatnya.
Four-Faced Statue Of Budha, Bayon Temple.
Tentang ukiran wajah pula, sekurang-kurangnya terdapat empat atau tiga ukiran wajah pada setiap menara. Pada pusat menara pula, jumlahnya lebih dari itu. Dan, secara keseluruhannya, jumlah ukiran wajah tersebut adalah agak banyak, dianggarkan ratusan jumlahnya.
Four-Faced Statue Of Budha, Bayon Temple.
Wajah siapakah yang diabadikan pada menara-menara di Bayon Temple. Ia menjadi sebuah teka teki, ini memandangkan keseluruhan ukiran wajah itu seakan-akan mengambarkan individu yang sama. Lantas, terdapat sesetengah sarjana yang berpendapat, wajah yang diukir di kuil tersebut ialah wajah pengasasnya, iaitu Raja Jayavarman VII.
Four-Faced Statue Of Budha, Bayon Temple
Four-Faced Statue Of Budha, Bayon Temple
Buku Ancient Angkor
Tajuk Sebelumnya:Taman Mini Indonesia Indah
sungguh seronoknya dapat pergi melancong. :)
ReplyDeleteRara Nasiha.
ReplyDeleteKebetulan member ajak dan kebetulan jgk sy free. Dan plg ptg, kebetulan tiket flight murah masa tu.
dpt tgk dlm buku jek, kalau nak gi tuh,ntah bila la dptnya.
ReplyDeleteCintaZulaikha.
ReplyDeleteKalo selalu tgk web site air asia, adakalanya harganya agak murah jgk utk ke kemboja. Cuma mahal bila ikut pakej travel agency.
Macam seram je gi sini Shameel
ReplyDeletehainom OKje.
ReplyDeleteHehehe. Kalo lihat pada reka bentuknya tu mmglh seram, dan kalo sorg2 sy pun x berani nk masuk.
Unik juga temple tu Kan Cikgu.. sgt kreatif bila di ukir dgn wajah2 yg kemungkinan pengasasnya...:)
ReplyDeleteaTieYusof Family .
ReplyDeleteMmg kreatif dan sbb itulah ia menjadi menjadi tarikan smpai ke hari ini..
Mereka masih guna ke kuil ni, cikgu?
ReplyDeleteatau hanya sebagai tempat sejarah je?
tehr .
ReplyDeleteskrg ni tmpt ni hanya jadi tempat sejarah jer tehr .
wow bestnya jalan2 tempat orang. :)
ReplyDeleteNice entry. But takutlh nk masuk tmpt mcm ni.
ReplyDelete