Friday 9 July 2010

ISRAK DAN MIKRAJ

(Indah bumi Tuhan, sesudah subuh
di pantai irama Bachok Kelantan)




27 Rejab merupakan satu tarikh penting dalam islam. Terlalu penting kerana ia adalah tarikh Nabi Muhammad S.A.W diberikan satu 'projek mega’ oleh Allah.( saya pinjam istilah yang dipakai oleh khatib dalam khutbah jumaat tadi). Hanya Nabi S.A.W seorang sahaja yang dibenarkan ke Siratul Muntaha, manakala malaikat yang mengiringinya tidak diizinkan oleh Allah dan hanya menunggu di langit yang ke tujuh. Di Siratul Muntaha inilah junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W telah berjumpa dengan Allah secara langsung dan di situlah baginda dinugerahkan ‘projek mega’ tersebut.

Peristiwa israk , iaitu perjalanan Nabi S.A.W dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa telah dinyatakan di dalam Surah Al-Israa’ ayat pertama. Manakala peristiwa Mikraj, iaitu perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Siratul Muntaha, dinyatakan oleh Allah dalam surah An-Najm. Kedua-dua perjalanan ini melibatkan roh dan jasad Nabi Muhammad S.A.W, dan ia bukannya mimpi.

Kembali kepada ‘projek mega’ yang saya maksudkan. Ia adalah ibadat yang paling penting dan yang pertama ditanya di akhirat kelak. Ibadat ini amat bermakna dan berharga kerana ia diberi secara langsung oleh Allah melalui pertemuan secara rahsia (tidak dihadiri oleh malaikat) di Siratul Muntaha. Sungguh mulia amalan solat sebab ia dianugerahkan secara langsung oleh Maha Pencipta. Manakala ibadat-ibadat lain pula adalah menerusi perantaraan malaikat-Nya. Jelas sekali, solat adalah ibadat yang Hebat dari Tuhan Yang Maha Hebat. Solat yang pada mulanya diperuntukkan sebanyak 50 waktu, namun akhirnya dikurangkan kepada 5 waktu, lantaran keyakinan Nabi Muhammad akan ketidakupayaan untuk dilunaskan oleh umatnya. Hebatnya ibadat solat hingga ia dianggap sebagai tiang agama dan juga sebagai pembeza antara orang islam dengan orang-orang kafir. Lantaran itu, terdapat ulama yang mengkafirkan orang-orang yang tidak bersolat. Tapi, sayang! Hari ini ramai yang anggap projek mega ini sebagai sesuatu yang remeh temeh. Di buat sambil lewa, malah ada yang langsung tak buat. Ramai juga yang malas dan culas terhadap ibadat yang dinobatkan sebagai tiang agama ini.

Disamping itu, sepanjang perjalanan di langit, Nabi S.A.W telah dipamerkan segala kejadian yang bakal berlaku kepada umatnya. Begitu juga dengan keadaan pelaku dosa-dosa besar seperti penzina, pengamal riba, mengumpat, pecah amanah dan lain- lain telah ditayangkan kepada Nabi S.A.W dalam bentuk yang amat ngeri. Ini semua wajar sekali untuk dihayati demi memberlinkan tembok kedegilan diri.

Israk dan Mikraj berlaku saban tahun, tapi sayang ramai antara kita yang membiarkan ia berlalu tanpa sebarang penghayatan.Saya tertarik dengan pandangan yang dikemukakan oleh Dr. Abdul Halim Mahmud, bekas Rektor Universiti Al-Azhar tentang panduan hidup yang boleh diilhamkan daripada peristiwa Israk dan Mikraj. Pertama, kata beliau, peristiwa Israk bermula dengan dada Nabi S.A.W dibedah dan dibersihkan dengan air zam-zam. Selepas itu barulah perjalanan Israk bermula. Pengajaran di sini kata Dr Abdul Halim, ialah kehidupan rohani harus bermula dengan taubat. Taubat akan membersihkan diri dari segala dosa. Jadi kembara rohani ‘mencari’ Ilahi hanya akan bermula dengan perbuatan bertaubat di atas segala kesalahan yang lalu. Tanpa taubat, kembara rohani tidak memberi apa-apa erti. Malah , ia sekadar mainan di bibir tanpa keikhlasan di hati.

Isu kedua yang penting sebagaimana yang diungkapkan oleh Dr Abdul Halim Mahmud ialah isu Palestin dan Masjidil Aqsa. Kejadian Israk yang berakhir di Masjidil Aqsa, menunjukkan betapa isu Palestin bukanlah isu orang Arab dan Israel( lebih tepat jika menggunakan istilah rejim Yahudi) semata-mata. Tetapi ia adalah isu umat islam sejagat dan harus diberi perhatian dan kerjasama sepenuhnya demi mengembalikan hak umat islam yang dirampas itu. Hari ini tempias Yahudi terkena di mana-mana. Paling terharu terdapat individu islam yang bukan setakat terkena tempias yang dinatijahkan oleh gerimis dari Yahudi. Tapi dibanjiri oleh hujan yang melebat hingga terlebih ‘Yahudi’ daripada Yahudi. Antaranya ialah Habib Bourgiba, bekas Presiden Tunisia(meninggal dunia pada 6 april tahun 2000). Pemimpin Yahudi tidak pernah menghalang umat islam daripada berpuasa tapi dia yang telah diyahudikan pemikiran telah mengharamkan ibadat puasa malah telah makan tengah hari di bulan puasa bersama pimimpin-pemimpin Tunisia yang lain secara terangan-terangan dengan disiarkan menerusi siaran langsung di kaca TV. Pemimpin Yahudi juga tidak pernah mengharamkan pemakaian tudung tapi Habib Bourgiba bukan setakat mengharamkan tudung malah telah merampas semua patung-patung mainan yang bertudung. Cukuplah mnegutuk orang yang telah mati. Mudah-mudahan kesudahan hidupnya atas landasan iman.

Saya hampir terlupa satu perkara penting. Ingin saya memetik kata-kata seoarang pakar Hadis di Malaysia, Prof Madya Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor dalam Mingguan Malaysia yang bertarikh 22. Oktober tahun 2000. Katanya, Adapun cerita tentang lapisan langit yang diperbuat daripada emas, perak, besi dan tembaga adalah meragukan dan tidak dapat dibuktikan kesahihannya menerusi jalan sanad yang biasa dipegang oleh ahli hadis.

Semoga Israk Mikraj kali ini, 27 Rejab 1431 Hijrah, akan mematangkan kita dalam beragama dan memberikan kita kekuatan untuk meraih redha-Nya.

21 comments :

  1. salam shameel,

    terima kasih share n3 israk dan mikraj ,
    alhamdulillah, lately saya mmg selalu mencari2 kisah israk dan mikraj. saya ingin tahu apa itu burak, dan lain2 yang berkaitan peristiwa ini didalam surah al israa'. bagaimana nabi muhamad saw berjumpa dengan nabi adam di , nabi musa, nabi isa as dan nabi2 lain. saya mmg seronok baca kisah2 nabi dan islam .
    juga dalam ayat al israa' juga ada mengisahkan ttg akan ada pembalasan terhadap bani israel buat kali keduanya di palestine.
    kita sama2 tunggu hari pembalasan itu nanti dgn lebih kuatkan diri kita dgn keimanan dan ketakwaan. insyaAllah...

    selamat menyambut israj dan mikraj juga buat kamu ya.

    ReplyDelete
  2. benar le solat tu berat , 5 pon tak terlarat, camana la kalu 50 yea, terawikh 21 + 5 waktu + solat sunat awwabin pon tak berapa nak cukup, tu pun byk buat 8 je... takleh bayangkan kalu difardhukan 50 tu

    "sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang yang khusyuk"

    ReplyDelete
  3. nice entry. terasa gila nie haha

    ReplyDelete
  4. blueCITY = Banyak manfaat dapat diperolehi andainya peristiwa israk dan mikraj dihayati sepenuh hati.

    ReplyDelete
  5. cemomoi= Solat 5 waktu pun masih ramai yg tak buat. Kalaulah 50 waktu, ntah berapa org jer yg dapat lunaskan.

    ReplyDelete
  6. Naz= Nape plak trasa gila...hehehe

    Eyqa= Trima kasih atas kunjungan.

    ReplyDelete
  7. salam shameel,
    Banyak kisah yang diceritakan Nabi saw dalam peristiwa israq wa mikraj ni. Antaranya digambarkan usia dunia ini sebagai perempuan tua yang sudah bongkok. Takut abah bila mana membayangkan bagaimana rupanya sekarang.

    Apapun yang penting israq wa mikraj bukan sekadar untuk diingati tetapi perlu dihayati...

    ReplyDelete
  8. salam..
    terima kasih perkongsian
    kisah buat pengajaran..
    Allah jua yang membalas
    budi baik anda..

    ReplyDelete
  9. banyak info yang saya tak tahu selama ini,saya jadi tahu bila membaca post anda..

    terima kasih!

    :)

    ReplyDelete
  10. Abah = Terima kasih atas tambahan penerangan. Dunia ni dah trlalu tua, tapi mansusia masih lagi lalai dan leka.

    ReplyDelete
  11. Zulko= Trima kasih atas kunjungan dan komen. Sama-sama kita ambil pengajaran daripada peristiwa israk dan mikraj

    ReplyDelete
  12. Tukang Kata= Moga sama-sama memperolehi manfaat drp penerangan ringkas ini.

    ReplyDelete
  13. salam,
    senang membaca artikel ini, ditambah lagi dengan pejelasan sampingan seperti diatas. rasanya terlalu banyak manfaat yang harus kita fahami.
    sesekali kita sedih dan keliru juga, bila ada orang Islam yang "tahu tapi tidak faham dan faham tapi tidak mengerti".

    terima kasih atas info ini, semoga Tuhan merahmati kita semua.

    ReplyDelete
  14. al-Basri= Terima kasih atas komentar saudara. saya tertarik dgn "tahu tapi tidak faham dan faham tapi tidak mengerti". sejujurnya inilah sindrom yg menganyang umat islam seantero dunia.

    ReplyDelete
  15. Syahira ariff= puasa jugak tapi baru beberapa kali jer. hehehe

    ReplyDelete
  16. hey big buddy i m anshay u r having good wok n u r cool i m new here so i jst want little review abt my blog http://heartofviper.blogspot.com/
    cn u plss help me n subscribe me plss in favor i cn help u anyhow i jst wanna tht what i write r worth or crap so i cn continue my future writing or not

    ReplyDelete
  17. Assalamualikum...
    thanks share entry yg sgt menarik dan sgt bermakna ini..israa' mikraj yag terlalu penting dalam kehidupan Rasulullah SAW..dan untuk umat islam keseluruhannya...

    ReplyDelete
  18. idalara= Benar sekali kak ida, peristiwa israk dan mikraj amat bermakna buat Nabi s.a.w dan umat islam keseluruhannya. Moga kita semua dapat menghayati roh israk dan mikraj.

    ReplyDelete
  19. oh bagusla!
    kurang2 pun puasa jgk kn
    syahira tak pernah puasa lgi bln rejab nie
    byk godaan dan dugaan puasa kt rumah
    hehehe

    ReplyDelete
  20. BAnyak sesuatu yang akan kita peroleh jika kita melalul sesuatu dari hati :D ...nice entry..

    ReplyDelete