Tuhan bukan untuk dipaksa, apatah lagi diderhakai atau dicurigai. Tuhan adalah untuk ditaati dan disembah sepenuh hati. Ada antara kita yang terlalu gelojoh, mengharapkan kesemua doa akan dimakbulkan dan kesemua mimpi akan menjadi realiti. Sesetengah orang kecintaannya terhadap Tuhan mulai susut dan surut apabila mimpinya lebur dan hasratnya terkubur, Na’uzubillah
Memang Tuhan ( selepas ini saya akan gantikan dengan kalimah Allah) ada berfirman“Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu” (Surah Al Mu’min ayat 60)
Tentang berdoa, ia sememangnya dituntut, itu tugas kita sebagai hamba Allah. Sama ada terima atau tidak, ianya adalah urusan Allah SWT. Terserahlah kepada Allah dan sebagai hamba, kita pohonlah apa sahaja(perkara yang baik) dengan penuh keyakinan dan keilkhlasan kepada Allah. Mungkin Allah akan makbulkan doa itu, cuma cepat atau lambat. Dan, mungkin juga kita dianugerahkan dalam bentuk yang lebih baik daripada apa yang kita pinta.
Harus diingat, apa yang dipohon, tidak semestinya diberi atau ditolak. Tapi yakinlah Allah bersifat al-Alim (Maha Mengetahui / Memiliki Ilmu) dan al-Khabir (Maha Mengetahui Rahsia). Lihat sahaja kata-kata malaikat “ Maha Suci Engkau ( Ya Allah) kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang kau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, Lagi Maha Bijaksana.” (SURAH AL-BAQARAH , ayat 32) dan renungi juga firman Alah dalam surah al-baqarah, ayat 216 “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya”.
Saya pernah terbaca, tapi maaf sebab saya terlupa sama ada di akhbar atau majalah. Ceritanya begini, tentang seorang perempuan yang kecewa kerana tunangnya meminta agar dileraikan ikatan petunangan. Tunangnya( si lelaki itu) telah beralih cinta dan berpindah kasih kepada perempuan lain. Dia menangis dan bersedih berbulan-bulan lamanya dan dia merasakan dunia ini bagaikan tiada lagi ertinya. Tapi, setelah tiga tahun berlalu, perempuan itu menangis lagi. Bukan kerana kesedihan tapi kerana kesyukuran. Allah telah menyelamatkannya dengan mengagalkan perkahwinannya dengan lelaki yang pernah menjadi tunangnya dahulu. Rupa-rupanya lelaki itu seorang yang menzalimi isteri (gemar memukul isteri) dan gemar melakukan hubungan seks luar tabie ( liwat dan merakamkan hubungan kelamin sebagai koleksi peribadi) disamping terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Ternyata hasratnya yang telah terkubur dan harapannya yang tidak makbul untuk hidup bersama dengan tunangnya dahulu, rupa-rupanya satu rahmat dari Allah. Kegagalan lepas rupa-rupanya satu bentuk penyelamatan dari Allah.
Itu yang pernah saya baca, sekarang saya ingin berkongsi cerita tentang seorang kenalan saya ( bukan kenalan rapat sebenarnya). Ini kisah lama, tentang seorang guru yang aktif dalam MLM tertentu. Setelah berjaya mendapat habuan RM500 sebulan, dia mula terkejar-kejar ke sana –ke sini. Kesibukan itu telah merenggangkan hubungannya dengan Pencipta. Adakalanya, dia sering tertinggal solat-solat fardhu yang tertentu kerana kesibukan. Saya dengar cerita, dia kemudiannya kegagalan dalam MLMnya itu. Bagi saya, kegagalan itu juga adalah salah satu bentuk penyelamatan daripada Allah. Maklumlah, baru dapat habuan RM500 sebulan dah mula meminggirkan Tuhan. Kalau dapat RM50,000 ( 50 ribu) sebulan mungkin lagi teruk jadinya.
Jadi, fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah.
salam,
ReplyDeletekita di larang utk memaksa Dia memakbulkan segala doa dan permintaan kita,pun begitu tidak bermaksud kita harus berputus asa dlm meminta dariNya..Allah suka hambaNya yg meminta-minta dariNya...sesungguhnya kita teramat kerdil di sisiNya..
salam,
ReplyDeletemintalah pada Allah, syukur atas pemberiannya, redho atas segalanya, lakukan suruhannya dan jauhi larangannya....insyaAllah boleh!
Salam shaamel..
ReplyDeleteAllah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang kita rasa benda itu baik, walhal tidak... apa pun kita terima dengan redha apa jua yang Dia kasi,pasti ada hikmahnya... sabar dan redha, insyaAllah kunci kebahagiaan diri..
info yg menarik, terima kasih utk peringatan :)
ReplyDeleteMelatidaisy= Allah suka hambaNya yg meminta-minta dariNya. Itulah sifat pemurah Allah terhadap hambanya. Namun, jika doa tak dimakbulkan, itu juga bukanlah bererti Allah tidak menyanyangi hambanya.
ReplyDeletecikgu Ahmad Humairi= benar cikgu, redha snetiasa dgn ketentuan-Nya. Apa yg Allah takdirkan maka itulah yg terbaik utk kita.
ReplyDeleteAfida Anuar= sabar dan redha, insyaAllah kunci kebahagiaan diri.. Tepat sekali kata-kata Afida. Teringat saya akan doa Nabi ibrahim a.s agar Makkah dimakmurkan, ia hnaya dimakbukkan ribuan selepas Nabi Ibrahim mendoakan.
ReplyDeleteMeowwmania= Trima kasih sudi komen. Ya, sebagai pringatan kpd semua tentang sifat Allah Yang Maha pengasih dan Penyayang, meskipun pada mata kasar ia seolah-olah zalim dan kejam. Tapi Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
ReplyDeletememang kita disuruh oleh NYA untuk meminta dan berdoa setiap masa. iman kita sepatutnya kena kuat dan faham yang ALLAH akan memakbulkannya, tidak kira dalam apa jua keadaan atau bentuk kekabulannya. wallahu a'lam..
ReplyDeleteterima kasih atas entri ini..
ashrafi = Trima kasih atas penjelasan lanjut. Allah Maha Pengasih, pasti sahaja takdir-Nya terhadap kita adalah sesuai dgn sifat-Nya itu.
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletesetuju dan janganlah bersangka buruk kepada Allah. kita manusia tak tahu apa akn terjadi kelak.
ambil iktibar dari kisah perempuan tadi yg putus tunang. semua yg terjadi bukanlah kebetulan tapi ketetapan. dan Allah menimpakan susah dan senang adalah untuk menguji. bersyukurlah diatas setiap sesuatu :D
Nur Su'aidah = Allah juga ada berfirman " Adakah kamu dibiarkan sahaja mengatakan kami telah beriman sedangkan kamu belum lagi diuji."
ReplyDeleteAllah maha mengetahui apa yang baik buat kita dan apa yang tidak... :D
ReplyDeleteDodinur = Terima kasih sahabat atas kunjungan. ya, Allah Maha Mengetahui, apa yang baik dan tidak untuk hamba-Nya.
ReplyDeletebetul,Allah tak bagi apa yang kita mahu,tapi Allah bagi apa yang kita perlu..
ReplyDeletedan setiap pemberian Allah itu ada hikmahnya tersendiri..MasyaAllah!
Tukang Kata = saya bersetuju dgn pndapat awak. benar, Allah bagi apa yg kita perlu dan bukannya yg kita mahu.
ReplyDeleteAdakalanya yg kita mahu itu sebenarnya kita tak perlu malah ia memudaratkan kita dari pelbagai aspek.
Jadi berprasangka baiklah kpd allah dlm apa jua situasi
salam sahabat
ReplyDeletecukuplah Allah sebaik-baik penolong.tidak dianggap beriman kita selagi kita tidak diuji sesuatu yg bersesuaian dgn kemampuan kita.Allah tidak memberatkan,cuma kenkadang kita merasakan dugaan yg diberi Maha Hebat.Padahal jika dibandingkan dgn insan lain,lagi hebat dugaan yg mereka hadapi,ttp mereka masih mampu tersenyum.Terasa kerdil diri ini yg asyik mengeluh ttg sesuatu yg kita tidak tahu apakah hikmah disebaliknya.
-"Ya Allah ampunilah dosaku,kebodohanku dan hal-hal yg Engkau lebih mengetahuinya daripadaku"
-"Sesungguhnya dunia ini adalah kerisauan dan dukacita, jika terdapat kesenangan di dlmnya, itu bererti keuntungan" (salafussoleh)
Allah yg menentukan hidup kita,bkn manusia.Dia yg menentukan bila,bagaimana,dan dibumi mana kita akan mati.Jadi usah takut dgn kalimah jihad fisabillilah.(peperangan)
-andai api jihad tidak bernyala,baranya usah biar padam
-penuhi hak-hak Allah secara holistik(menyeluruh), jgn mengambil yg cocok dgn jiwa dan meninggalkan sebahagian yg lain dan mengemukakan perbagai alasan dan lebih teruk, mengecilkan/menghina/dsb insan2 yg mahu menyerahkan jiwa dan raga pada Islam.
-"Sesungguh solatku,hidupku,matiku hanya utk Allah"
-semoga kematian kita semua bkn utk sesuatu yg sia-sia
Pacifist = Terima kasih sahabat atas pandangan yg cukup bermakna. Ya, cukuplah Allah sebagai pelindung.
ReplyDeleteMehnah dan tribulasi yg kita lalui amat kecil sebenarnya berbanding dgn dugaan yg dihadapi para nabi, Rasul dan para sahabat.
"barangkalai apa yang tidak kamu sukai itu lebih baik bagi kamu, dan apa yang kamu cintai itu belum tentu baik bagi kamu"
ReplyDeletedoa itu 'mukhhul ibadah' lambat atau cepatnya Allah makbulkan tentulah ada hikmah yang perlu kita cari
bdosa besar marah kt Tuhan
ReplyDeletenampak sgt kita tak syukur atas pemberian nikmatnya yg luas ni
cemomoi= Betul tu, ada himah disebalik doa dicepatkan atau dilambatkan ataaupun tidak diperkenankan. Allah Maha Mengetahui.
ReplyDeletesalam cekgu..
ReplyDeletethanks untuk post ini..
peringatan untuk diri sy sendri..
thanks cekgu..
Cemomoi= Btul tu sahabat. Apa sahaja yg ditakdrikan oleh Allah, maka itulah yg terbaik utk kita.
ReplyDeletecemomoi = betul tu sahabat. Apa sahaja yg Allah takdirkan , maka itulah yg terbaik utk kita.
ReplyDeletesyhaira arif = tidak redha dgn ketentuan Allah juga bermakna 'memusuhi' Tuhan.
ReplyDeleteArawani= mcm mana dpt tahu sy ni cikgu ye.ya, peringatan utk smeua krn agama itu nasihat.
ReplyDeleterekan Shameel,
ReplyDeleteblog anda bagus sekali tampilannya dan memberikan pencerahan
saya juga suka denga tag line blog anda
salam,
www.fsyofian.wordpress.com
Fadhly Syofian = Terima kasih atas kunjungan dan komen dari sahaabt
ReplyDeletetop [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]uk online casino[/url] coincide the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]casinolasvegass.com[/url] unshackled no store perk at the leading [url=http://www.baywatchcasino.com/]baywatchcasino.com
ReplyDelete[/url].