Monday 19 July 2010

MAJALAH SOLUSI




Di negara kita hanya 93.2% sahaja yang celik huruf. Ternyata ‘roh Iqra’ yang ditekankan di dalam wahyu pertama tidak dipedulikan. Daripada 93.2 % itu pula, entah berapa peratus yang celik pengetahuan yang berguna termasuklah pengetahuan agama. Rasanya terlalu kerdil jumlah ini( terutamanya yang celik agama) jika nak dibandingkan dengan celik seks dan tahyul.
Di pasaran terlalu banyak lambakan Majalah. Ada yang bermanfaat dan ada yang memudaratkan. Namun, majalah yang memudaratkan jauh lebih banyak dan mengatasi majalah yang membawa manfaat. Cerita tentang artis dan kisah tentang hantu dan puaka begitu laris di pasaran. Inilah mentaliti orang-orang kita, jadi tak menghairankan jika majalah yang amat ilmiah seperti Majalah Massa telah berkubur kerana isi kandungannya tidak memuatkan cerita tentang artis perempuan yang berkelahi berebut suami orang.

Mungkin juga majalah Dewan Masyarakat dan Dewan Budaya akan mengalami nasib yang sama, jika tidak dimuatkan kisah anak toyol yang merayau-rayau. Sejujurnya, Saya pernah mengajukan soalan kepada seorang pelajar perempuan tingkatan lima. Soalan yang amat mudah, iaitu siapakah nama bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w ? Sungguh memeranjatkan kerana pelajar tersebut tidak tahu jawapannya. Tapi dalam masa yang sama, pelajar tersebut memiliki satu nota kecil yang mengandungi maklumat/biodata tentang artis-artis kesayangannya.


(Manusia yang dijangkiti virus kebinatangan
akan hilang kemanusiaan dan keinsanan.
Hanya agama yang dapat dijadikan vaksin untuk membunuh virus ini)


Kembali kepada tajuk, Majalah Solusi merupakan majalah terbitan Telaga Biru. Setakat ini, keluaran terbarunya ialah isu no. 21, iaitu Melebur Takbur. Secara peribadi, majalah ini sangat bagus dan amat sesuai untuk mencairkan antartika kejahilan dan seterusnya memperluaskan ufuk pemikiran. Anggaplah ia sebagai IKS( ilmu kecil sederhana) untuk mematangkan kita dalam beragama. Ilmu agama dan seterusnya kefahaman dalam beragama amatlah penting sebagaimana dinyatakan oleh junjungan mulia Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim “ Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah mendapat kebaikan, Allah akan memberikannya kefahaman dalam agama.”

Ketua Editor Majalah ini ialah Pahrol Mohammad Juoi, seorang ‘ustaz cinta’ yang tidak asing lagi. Bukunya berjudul Nota Hati Seorang Lelaki, amat wajar dibaca oleh setiap lelaki untuk mengembalikan kelelakiannya. Bukan kelelakian yang biasa tapi kelelakian yang sungguh luar biasa. Kelelakian yang biasa, umumnya telah mengetahui seperti mana yang sering diulas oleh Dr. Ismail Thamby. Kelelakian yang luar biasa ialah mengerti tentang firman dan mengetahui tentang sabda dengan menjadikan Muhammad S.A.W sebagai qudwah atau contoh lelaki sejati dalam pelbagai aspek. Editornya pula ialah Ustaz Ahmad Baei Jaafar, yang dahulunya editor Majalah Dewan Agama dan Falsafah( terbitan kumpulan Karangkraf). Para kolumnisnya juga hebat-hebat belaka. Antaranya, Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman, Dato Ismail Kamus, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil(yg terkenal dgn AKU TERIMA NIKAHNYA), Ustaz Muhammad Gunawan, Dr. Abd Basit Abd Rahman( sekadar menyebut beberapa nama).

Sebenarnya terdapat beberapa Majalah berbentuk keagamaan yang boleh dibaca demi kematangan dalam beragama. Antaranya, majalah Anis yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu, Majalah I yang diterbitkan oleh karangktaf dan Majalah Al-Islam terbitan Kumpulan Utusan. Namun secara peribadi, saya pernah memboikot Majalah Al-Islam kerana ia dijadikan wasilah untuk menyebarkan ajaran islam liberal oleh editornya yang bernama Astora Jabat.

Jadi, marilah kita jadikan Majalah-majalah keagamaan ini sebagai bahan bacaan wajib kita selain daripada bahan-bahan bacaan yang rutin.



















32 comments :

  1. banyak membaca luas pengetahuan.. terima kasih kerana berkongsi maklumat yang boleh membantu sesama umat..

    ReplyDelete
  2. salam

    yup, pernah jumpa majalah ini baru2 ni, tertarik juga...
    saya dah lama lupa kan majalah2 hiburan dan segala tu, heheh..
    insyaAllah, mula melangkah mencari2 sesuatu yang lebih baik...

    terima kasih

    ReplyDelete
  3. hey..asal kaung ajar sgt org tu p pijak budak..
    adoi..skit la budak tu :(

    ReplyDelete
  4. kat library sekolah saya dulu selalu langgan majalah solusi
    mmg isu di dalam nya menepati isu semasa


    gmbar pijak anak tu mmg terukla
    dia da x syg kt anak dia kot

    ReplyDelete
  5. kalau le gambo tu pelakunya depan kita nih mati dah...

    suka baca buku sebab mudah buat koleksi berbanding majalah tapi infonya pelbagi tu yang bagus tang majalah nih

    ReplyDelete
  6. chaon cornerz = Terima kasih atas komen. benar sekali byk membaca luas pengetahuan.

    ReplyDelete
  7. blueCITY= Bagus kak sebab memulakan langkah mcri sesuatu yg baik. Mungkin Majalah Solusi sesuai sebagai landasan memulakan kembara rohani.

    ReplyDelete
  8. alinac lover= kejam btol kan lelaki tu pijak budak sebegitu truk. Rasenya kt Afrika jer gambar tu.

    ReplyDelete
  9. syahira arif= bagus sekali kalau majalah solusi dijadikan bagi koleksi. sy pun sy proses mengumpul isu2 yg lepas setakat yg trmampu.

    tgg gambar budak dipijak tu rasanya bukan bapa dia. tapi kt negara tertentu spt di india, mmg terdapat kes memperdagangkan kanak2. bukan hnya utk dipelihara tapi utk mendapatkan organ dalaman spt ginjal dan hati.

    ReplyDelete
  10. cemomoi= hahah, kalu brlkau depan mata, mmg nahaslh org yg pijak budak tu. Buku mmg lagi menarik utk dibuat koleksi tapi majalah solusi ni pun kira ok jga utk dibuat koleksi sbb dia punya cover cantik dan kertas yg digunakan juga brmutu.

    ReplyDelete
  11. tak sanggup tengok gmbr tuh >__<

    ReplyDelete
  12. molmolla = Tahniah sbb dlm diri anda ada naluri keinsanan.

    ReplyDelete
  13. baca2, smpi gambar tu tkejut sgt...

    ReplyDelete
  14. macy= kejam betulkan sampaikan sanggup pijak budak. itulah yg brlaku apabila agama diabaikan. Kat negara kita pulak brlambak org buang bayi dan trbaru jual beli bayi kt sarawak.

    ReplyDelete
  15. akufobia= ya, kena rajin mmebaca agar sejajar dgn roh iqra'.

    ReplyDelete
  16. gambo manA dapat tuh? zalim!!!

    ReplyDelete
  17. sop= ni gambar dri google. zalim tahap melampaukn

    ReplyDelete
  18. syukran perkongsian.. menambha keyakinan saya untuk membaca solusi

    ReplyDelete
  19. solusi majalah pujaan hati ku

    ReplyDelete
  20. light of happiness = tahniah sbb anda juga memilih solusi sbagai bhn bacaan.

    ReplyDelete
  21. alif= bagus dan tahniah juga sbb nada meminari solusi

    ReplyDelete
  22. k2r 90= kezaliman yg melampau kan.

    ReplyDelete
  23. sedey tgok pic kat ats tuhh..
    mmg zalim giler..

    ReplyDelete
  24. yua zawa= Hnaya m,sia yg dijangkiti virus kebinatangan sahaja sanggup brtindak sebegitu kejam.

    ReplyDelete
  25. masya-Allah..sadisnyer tengok orang yang pijak badan dak kecik tue...huhu :(


    jom bace entri terbaru nas:
    gunalah tandas dengan betul

    ReplyDelete
  26. salam sahabat.sy setuju dgn anda.sy diantara salah seorang pembacanya,majalah2 spt sahabat katakan.juga al-islam.si astora jabat dgn pendapat yg memgharu-birukan minda masyarakat.sy x boikot malahan sy berminat utk melihat sejauh mana'penyelewengan' dia.
    -gambar tu di india.bomoh yg kononnya boleh menyembuhkan penyakit.bkn dia menyembuhkan penyakit,budak tu yg dpt sakit.

    ReplyDelete
  27. Hami Asraff= Betul tu sahabat. sebagai umnat islam , kita wajar menyokong majalah solusi dan majalah2 bercorak keagamaan

    ReplyDelete
  28. pacifist= Trima kasih sahabat atas komenatar. bersamalah kita menyokong majalah2 islam ini. Tentang astora dulu, penyelewengannya di majalah al-islam dan surat khabar minguan malaysia sungguh membahaya.

    ReplyDelete