Thursday 8 July 2010

SEJARAH NEGERI MELAKA: PENILAIAN SEMULA DAN PEMURNIAN FAKTA.

(peta negeri Melaka)

SEJARAH, ketepatannya tak setepat matematik . Formulanya tak setepat dan setetap 1+2=3, tapi bergantung juga kepada sudut pandangan penulis atau pengkajinya. Sudut pandangan ini pula adakalanya bias dan dipengaruhi oleh unsur-unsur tertentu seperti agama,bangsa, budaya dan kefahaman si penulis.

Sebelum ini, Melaka dikatakan telah diasaskan pada tahun 1400 atau 1402 masehi . Inilah yang dicatatkan oleh Tome Pires, penulis berbangsa portugis dalam bukunya Suma Oriental. Malah, mengikut Tome Pireslah, Melaka dikatakan diasaskan oleh Parameswara. Baru-baru ini, fakta yang dikemukakan oleh Tome Pires telah dipertikaikan. Buku Suma Oriental yang ditulis olehnya pada tahun 1512 hingga 1515( tahun kejatuhan Melaka) dianggap tidak tepat kerana didakwa hanya menggunakan kaedah dengar dan catat.

Dalam hal ini, buku Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) versi Raja bongsu dikatakan lebih tepat dan sahih tentang sejarah kewujudan Melaka. Mengikut Sejarah Melayu versi Raja Bongsu, Melaka dikatakan diwujudkan pada tahun 1262 Masehi dan bukannya 1400 masehi seperti di dalam catatan Tome Pires. Mengikut Sejarah Melayu versi Raja Bongsu, Melaka dikatakan telah ditubuhkan pada tahun 660 hijrah bersamaa 1262 masehi.

Fakta mana yang lebih tepat. Susah untuk diputuskan. Tidak memadai, jika sekadar Ketua Menteri Melaka untuk mengesahkan ketepatan Sejarah Melayu versi Raja Bongsu. Ini soal ilmu dan keilmuan, jadi ia mesti diadili dengan fakta. Jadi biarlah pakar-pakar sejarah seperti Professor Emeritus Tan Sri Dato` Dr. Khoo Kay Kim dan lain-lain, juga Persatuan Sejarah Malaysia yang memutuskan setelah menjalankan kajian yang lebih terperinci.

Cuma, seandainya Suma Oriental dinafikan, maka tidak boleh lagi kita mendakwa Parameswara yang mengasaskan Melaka. Sebab, itu adalah berdasarkan catatan Tome Pires. Mengikut catatan dalam Sejarah Melayu, saya rujuk kepada versi paling popular(sebab Sejarah Melayu sebenarnya ada banyak versi), iaitu Sejarah Melayu Versi W.G. Shellabear(m/s. 53) pengasas Melaka ialah Raja Iskandar Syah. Tapi, harus diingat, amat sukar untuk diterima akal akan fakta-fakta dalam Sejarah Melayu, sebab banyak sangat karut marutnya. Antara karut marutnya ialah padi di sawah bertukar tiba-tiba, buahnya emas, daunnya menjadi perak dan batangnya menjadi tembaga sebagai tanda keberkatan setelah ketibaan tiga orang putera raja yang berketurunan Iskandar Zukarnain dan Nabi Sulaiman. Tak cukup dengan itu, ditambah pula dengan karut marut yang lain, iaitu lembu yang dinaiki oleh tiga orang putera raja tadi telah melahirkan manusia menerusi muntahnya. Sejarah Melayu juga mempunyai dosa-dosa tertentu. Dosa yang amat besar hingga layak dilabelkan sebagai permit untuk ke neraka. Insha –Allah, saya akan berbicara tentang ini dalam entry yang akan datang.

Hendaklah pengkaji sejarah islam itu hidup dengan akal,ruh dan perasaanya dalam suasana islam sebagai akidah, pemikiran dan sistem.” Syed Qutb, Fi al-Tarikh Fikrah wa Minhaj. m/s/45)


15 comments :

  1. salam shameel,
    Abah pun rasa patut dikaji semula. Baca sejarah melayu macam baca komik! Tidak berjejak di bumi nyata!

    ReplyDelete
  2. perkara ini memang betul betul menarik saudara.

    saya cuma membaca versi Tun Seri Lanang.. jadi adakah kedapatan juga perbezaan tarikh dalam versi Tun Seri Lanang dengan Raja Bongsu?

    ReplyDelete
  3. abah aman= Betul tu Abah, sejarah Melayu macam kartun. langsung tak berpijak di bumi yg nyata. khayalan semata-mata.

    ReplyDelete
  4. Fyzal= Trima kasih atas komen. Sbannrya sy juga blom baca versi raja bongsu. tapi, sy pernah dimaklumkna ia lebih krang sama sahaaj cuma ada sedikit perbezaan. Tapi versi Tun sri lanang yg diusahaka oleh shalebaer adalah yg paling popular,

    ReplyDelete
  5. salam,
    kalau ikut kajian, banyak juga sejarah melaka yang tidak mengikut fakta.entah kenapa, saya pun tak tau..
    pasti masyarakat melayu ada jawabannya..

    ReplyDelete
  6. al-basri = Tentang sejarah termasuk sejarah Melaka memang susah untuk buktikan kesahihannya. Malah peristiwa pertikaman antara Tuah dan Jebat pun masih samar sebab itu yang terkkandung dalam hikayat hang tuah tapi dalam sejarah melayu ialah persitiwa pertikaman tuah dgn kasturi.

    ReplyDelete
  7. Salam Takzim,

    Begitu mudahnya seorang sejarawan / Prof. Emeritus sebagai ketua Reasearch Team yang dibentuk Menteri Besar Melaka membuat suatu kesimpulan bahwa Melaka diwujudkan pada tahun 1278 (1262 ?)hanya dengan membaca Sulalatus Salatin Versi Raja Bongsu. Apakah versi Raja Bongsu tersebut sahih ? Apakah anggota-anggota dari team juga telah membaca versi-versi yang lain, selain dari versi Tun Sri Lanang ? Bukankah versi-versi Sejarah Melayu tersebut cukup banyak?. Ada 21 buah ?. Di salah satu artikel disebutkan versi yang memuat tarikh/ tahun hanya 2 dari banyak versi tersebut.Apakah tahun-tahun dalam versi tersebut sejalan/"synchrone" dengan sejarah negeri2/kerajaan2 pada masa terkait. Seperti dengan "Chinese Annals", Babat Jawa dan lai-lain.

    Pada periode antara penghujung abad ke 13 dan pertengahan abad ke 14, ada 2 (dua) orang pengembara dari Italia dan satu orang lagi dari Timur Tengah / Maroko, yakni masing2 Marcopolo (1290-an), Odoricus Boemus de Foro (1320-an) dan Ibnu Battutah (1344-1345) yang melakukan pelayaran dari dan ke China melewati Selat Melaka. Dalam laporan mereka, mereka menyinggahi beberapa tempat di Sumatera, seperti Malaiur (Melayu / Zabag), Lamuri, Samudera Pasai, Barus dll. Ketiga-tiganya sama sekali tidak menyebutkankan Melaka dalam kisah mereka. Sedangkan, Ibnu Battutah hanya menyebutkan bahwa dia singgah di pantai Timur Semenanjung tanpa menspesifikasi nama bandarnya (kemungkinan di pantai Timur belum ada bandar2 yang besar, hanya masih berupa kampung2 nelayan saja. Selain itu, Ibnu Batutah melaporkan bahwa dia banyak melihat kapal dari Smudera Pasei yang terlihat di pelabuhan-pelabuhan Cina masa itu.

    Dari ketiga laporan pengembara tsb bisa disimpulkan bahwa Melaka belum ada pada masa itu atau baru berupa kampung nelayan yang tidak berarti. Sedangkan, Laksamana Ceng Ho / Zheng He yang melakukan ekspedisi / perjalanan antara 1405 dan 1433 dari Cina dan India mengunjungi/singgah di Melaka sebanyak 3 kali.

    Dari hal--hal tersebut bisa disimpulkan bahwa baru Kerajaan Melaka diwujudkan/ditubuhkan pada akhir abad ke14.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Tak paham lah tu, "padi di sawah bertukar tiba-tiba, buahnya emas, daunnya menjadi perak dan batangnya menjadi tembaga sebagai tanda keberkatan setelah ketibaan tiga orang putera raja yang berketurunan Iskandar Zukarnain dan Nabi Sulaiman," itu satu hiperbola negeri mnejadi kaya raya, tentang ayat "lembu yang dinaiki oleh tiga orang putera raja tadi telah melahirkan manusia menerusi muntahnya" yang itu saya tak dapat tafsir atau tak pahamlah jugak hiperbola itu...

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. cerven22.
    Terima kasih byk2 sahabat. Tambahan info dari sahabat cukup ilimah dan saya amat hargainya.

    ReplyDelete
  12. HAFIZAL.
    terima kasih ats kunjungan dan salam kenal dari saya

    ReplyDelete