Sunday 24 February 2013

AKSI ISTERI TERLAMPAU.


Jangan salah faham, entry ini bebas dari unsur-unsur lucah. Aksi di sini merujuk kepada perbuatan dan terlampau pula merujuk kepada sikap atau perbuatan yang keterlaluan dan melampau batas. 

Melampau dan memang melampau kerana tergamak si isteri menetak suaminya berkali-kali, gara-gara menyuruhnya menunaikan solat zuhur. Apa yang si suami lakukan memang tepat dan benar di sisi agama, kerana suami itu pemimpin di dalam keluarga dan solat pula tiang agama. 

“Wahai, orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu.” surah At-Tahriim, ayat ke-6.

Kalau si isteri menetak si suami kerana arahan atau suruhan berbentuk maksiat ada logiknya juga. Contohnya, si suami menyuruh atau memaksa isterinya menjadi GRO untuk mengapai kesenangan hidup, lihat :--> SINI.  Suami macam ini mungkin agak wajar untuk ditetak.

7 comments :

  1. Hanya selangkah, jarak kemusnahan kehidupan Dunia yg sudah tua ni agaknya kan Cikgu....Takut membaca berita yg begini....

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..betul2 hilang akal kot pompuan ni.. dunia akhir zaman...isk! Nauzubillah..!

    ReplyDelete
  3. alahai isteri oi.. dah senang dpt masuk syurga isyaallah, kau pegi tetak suami tu buat ape.. :'(

    ReplyDelete
  4. Eye_nee.
    Dunia hari ini macam2 karenah terjadi

    ReplyDelete
  5. aTieYusof Family.
    Wanita ini mcm hilang kewarasan diri apabila bertindak sebegini kejam terhadap suaminya. lagipun si suamisuurh buat kerja yg baik

    ReplyDelete
  6. Hanida Moss.
    Itulah yg musykilnya..napelah dia gi tetak suaminya tu.

    ReplyDelete
  7. huhuhu zaman dah makin ujung.

    ReplyDelete