Sunday 10 February 2013

Angkor Wat: Kuil purba yang menakjubkan


Ini adalah sambungan dari entry lepas 

 Angkor Wat merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Kunjungan ke Kemboja terutamanya ke Siem Reap dianggap tidak lengkap seandainya tidak berkunjung ke sini. Angkor Wat telah dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke 12. Pembinaannya mengambil masa lebih kurang 30 tahun. Angkir Wat juga merupakan monumen keagamaan yang terbesar di dunia.

Pembinaan Angkor Wat amat dipengaruhi oleh agama Hindu. Malah antara matlamat pembinaanya ialah sebagai sebuah penghormatan kepada Dewa Vishnu. Angkor Wat juga merupakan simbolik kepercayaan Hindu terutamanya perihal Gunung Meru sebagai pusat dunia. dan dikatakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu. 

Namun, setelah agama Budha mendapat tempat di Angkor, Angkor Wat mula menerima ‘sentuhan’ Budha.

Jika diperhatikan setiap ukiran(bas-relief) yang terdapat pada dinding kuil ini, jelas sekali ia menerima sentuhan pengaruh Hindu yang amat kuat. Malah kebanyakkan ukiran ini adalah terjemahan atau simbolik kepada kisah-kisah yang dimuatkan di dalam epik Hindu yang terkenal iaitu Ramayana dan Mahabharata. Ini termasuklah ukiran yang mengambarkan Pertempuran Lanka (Battle Of Lanka), Pertempuran Kurushektra(Battle Of Kurushektra), dan kisah "Churning of the Ocean Milk". 

Aku sedang main sorok-sorok 
kat celahan tiang Angkor Wat 


Asalnya ialah sebuah kolam yang 
mengandungi air untuk tujuan keagamaan 




Untuk mengetahui cerita di sebalik Angkor Wat secara mendalam, bolehlah merujuk buku berjudul Ancient Angkor yang ditulis oleh Michael Freeman dan Claude Jacques. Buku setebal 239 muka surat ini amat bagus untuk memahamkan kita akan sejarah silam kerajaan Angkor. Segala-galanya tentang sejarah silam Angkor dibicarakan secara mendalam di dalam buku ini. Kisah tentang Angkor Wat pula dimuatkan pada halaman 46 hingga 67.

 
Claude Jacques adalah seorang sarjana Perancis. Beliau mengkaji dan mendalami sejarah Angkor selama 30 tahun. Beliau juga turut mendiami Kemboja selama Sembilan tahun dan mengajar sejarah bangsa khmer di Jabatan Arkelogi di Phnom Penh Kemboja, dan kemudiannya meneruskan kajiannya mengenai tamadun Khmer. Beliau juga mempunyai kepakaran dalam memahami tulisan Sanskrit, Khmer dan Cham. 

Tajuk Lain Yang Berkaitan : Tembok Besar China: Binaan Hebat Sepanjang Zaman

No comments :

Post a Comment