Thursday 14 February 2013

Valentine Day: Umat Islam Perlu Mengenali Diri.



Saban tahun, setiap kali menjelmanya 14 Febuari, pasti sahaja isu ini diperkatakan. Wajar atau waraskah untuk umat islam untuk turut meraikannya?

Dalam hal ini umat islam perlu kembali ke perdu akar punca. Iaitu, memahami hari memperingati kekasih ini mempunyai perkaitan yang rapat (dari sudut sejarah) dengan agama tertentu. Dan, sebagai umat islam, kita dilarang daripada tasyabbuh (meniru atau menyerupai) orang-orang bukan islam. Meniru atau menyerupai di sini bermaksud meniru atau menyerupai sesuatu yang menjadi ciri-ciri khusus mereka termasuklah ibadah, berpakaian dan perayaan. 

 

Perlu juga umat islam memahami, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah juga menyeru hamba-hambanya agar memperjuangkan kasih dan sayang tanpa dibatasi hari-hari tertentu. Kasih sayang yang dianjurkan oleh islam amat luas jangka masanya dan sangat lebar ruang lingkupnya. Bermula dengan kasih dan sayang atau cinta terhadap Maha Pencinta dan Rasul-Nya. Kemudian kasih ,sayang dan cinta itu beralih kepada manusia. Ia tidak bernoktah setakat itu, ini kerana kasih, sayang dan cinta itu akan menjalar pula terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain termasuklah binatang. Tentu sahaja, anda pernah mendengar atau membaca kisah pelacur yang diampunkan dosa dan dimasukkan ke dalam syurga lantaran membantu seekor anjing yang dahaga.

Dalam konteks suami dan isteri, kasih sayang yang dianjurkan oleh islam tidak pernah dibatasi atau dihadkan kepada masa tertentu. Bermula sahaja lafaz ‘Aku Terima Nikahnya’ maka bermulalah kasih, sayang dan cinta antara suami dan isteri. Ia berkekalan untuk sepanjang masa dan ketika selagi hayat berbaki dan usia bersisa,dan jika bijak strateginya kasih sayang itu akan kembali terjalin di syurga.

7 comments :

  1. Betul sangat tu,In setuju sesangat ... Nice info and enrty !! Alhamdulillah,terima kasih ...

    ReplyDelete
  2. Nazmin Nazifa εїз.
    Tahniah sebab Nazmin Nazifa tak terpengaruh dgn budaya songsang tajaan barat ni.

    ReplyDelete
  3. Sama-2 lah kita hindari perkara sebegini rupa,in syaa Allah :)
    Semoga Allah jaga kita semua ^_^

    Dh jd guru kan,guru ape ya ? :D

    ReplyDelete
  4. sy ni guru ekonomi dan sejarah sbb tu opsyen sy kt usm dlu.. tp first posting kt dulu kena ngajar kt sekolah berasrama penuh( sek men sains lahad datu sabah)takde pula subjek ekonomi jd ajar sejarahlh, pastu pindah ke ipoh perak, sy trus ajar sejarah sbb dah berlambak guru ekonomi/perdagangan.

    ReplyDelete
  5. wahh,cikgu sejarah la ni :)
    All the best ye dlm menjalankan tugas ^^,

    ReplyDelete
  6. Setuju sgt cikgu! takde makna nya nak sambut2 Hari Kekasih ni.. klu suami isteri lagi lah hari2 dah memang berkasih sayang..hehe..
    Lagi pun buat apa nak menempah DOSA dgn meraikan hari ni..:)

    ReplyDelete
  7. aTieYusof Family.
    Itulh mslhanya segelintir org2 kita yg mudah sgt terpengaruh dgn benda2 yg tak elok.

    ReplyDelete