Sunday 17 February 2013

PUKAU: BAHAYA DAN ANCAMANNYA.



Apa yang saya paparkan di atas ialah print screen dari Facebook seorang kenalan. sahabat saya ini adalah seorang guru perempuan dan kami sama-sama menjadi pendidik di Lahad Datu Sabah. Saya kemudiannya bertukar ke Ipoh Perak dan beliau pula berhijrah ke Pahang. Sengaja saya paparkan kronologi persahabatan kami kerana saya ingin memaklumkan, sesungguhnya ini adalah cerita benar. 

Beliau dipukau ketika menuju ke tempat parkir kereta. Akibatnya dia kehilangan wang,handphone, pasport dan beberapa barangan yang berharga. Lagi malang, beliau juga telah menyerahkan kad ATM berserta nombor pin kepada si pemukau. Teramat malang, kerana kad ATM tersebut adalah dari akaun bank yang dikhaskan untuk gaji bulanannya. Akibatnya, wang tersebut tiada lagi berbaki (kecuali nilai yang tidak boleh dikeluarkan) dan beliau terpaksa membatalkan rancangannya untuk menunaikan umrah pada tahun ini. 

Sebenarnya, sahabat saya ini masih lagi bernasib baik, sebab dia hanya kehilangan wang dan barangan berharga sahaja. Sebenarnya dalam kes-kes tertentu terdapat juga wanita( mangsa pukau) yang ‘terpaksa’ menyerahkan tubuh dan harga dirinya kepada si pemukau. Mereka dinoda dan dirogol tanpa sedar. 

Lihat keratan akhbar di bawah. 


Si mangsa hanya menyedari dirinya dirogol setelah merasa kesakitan pada alat kelaminnya lantas melakukan pemeriksaan di hospital. Saya tak pasti adakah mangsa benar-benar dipukau dengan menggunakan pendekatan sihir atau dengan menggunakan bahan tertentu yang menyebabkan mangsa hilang kawalan diri hingga mindanya berjasa dikuasai oleh si pemukau. 

Ini hanyalah sebahagian daripada kes atau kejadian wanita dinoda dan dirogol tanpa sedar. Sebenarnya terdapat beberapa kes sebegini yang dilaporkan . Cuma untuk entry ini, memadailah sekadar memapar satu kes sahaja. Moga-moga dapat dijadikan panduan dan sekali gus berwasapada selalu terhadap bahaya dan ancaman pukau. 

Hanya kepada Allah, kita memohon perlindungan.

38 comments :

  1. Ya allah takutnya... moga dijauhkan...banyakkan berdoa ...
    Kalau dah nak terkena....nak buat cam ne....malang tak berbaukan Shameel..

    ReplyDelete
  2. Nauzubillahimizalik. mintak dijauhkan benda mcm ni

    ReplyDelete
  3. hainom OKje.
    Kita hanya mampu berusaha utk menjauhi tapi kita tak dapat mengelak dari takdir kerana malang tidak berbau. Di samping hati2, pakat2lah kita mohon perlindungan dari Allah.

    ReplyDelete
  4. Hanida Moss.
    Pakat2lah kita berdoa dan ingat meningatkan.

    ReplyDelete
  5. Isk! menakut kan..
    seram bila baca ni..sslu juga dengar.. erm, klu wanita kena lebih berhati2...
    TQ atas peringatan nya cikgu..:)

    ReplyDelete
  6. Sentiasalah berdoa moga dilindungi dari segala bencana

    ReplyDelete
  7. aTieYusof Family.
    Betul tu aTie. Wanita perlu lebih berhati2 sebab mereka bukan hanya diragut harta benda oleh si pemukau tapi takut2 maruh dan kehormatan diragut sekali.

    ReplyDelete
  8. Izzatnazmi.
    Setuju skali.Selain berusaha dan berwaspada kita juga perlu selalu memohon perlindungan Yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  9. masa kat UPM dulu, ada beberapa org kwn saya kena pukau. Masa tu diorang jln2 kat The Mines tu, ada lelaki dtg menyapa..terus terkena. Abis brg kemas, hp & duit. Siap bwk ke ATM keluarkan sume duit yg ada.

    ReplyDelete
  10. nauzubillah ..mintak mintak dijauhkan ..mintak jugak orang yang buat jenayah ni sedar cepat2, bertaubat ...

    ReplyDelete
  11. ini perkara yg plg d takuti oleh kaum wanita khususnye...hanya berserah pd allah...zikir yg penting untuk melumpuhkan pukau tersebut...

    ReplyDelete
  12. Ujie .
    Gejala pukau ni ada kat mana2 dan boleh terjadi kt sesiapa jer. Cuma amat bimbang jika berlaku kt wanita sebab terdapat juga kes perogol yang menggunakan ilmu pukau utk merogol. Ini yg ditakuti..

    ReplyDelete
  13. shazrina.
    Hanya ikhtiar dan doa sahaja yg mampu kita lakukan. Doa agar diri dan keluarga serta org kesayangan tidak menjadi mangsa dan doa agar di penjenayah ni insaf dan bertaubat.

    ReplyDelete
  14. Zura Zue.
    Betul tu zura, mengingati Allah atau berzikir(dlm konteks yg sebenar dan menyeluruh) adalah senjata paling ampuh utk mengelakkan diri dari menjadi mangsa pukau.

    ReplyDelete
  15. Kdg2 org yg ske bnda mcm ni,org yg dengki dgn kita.

    ReplyDelete
  16. Ya Allah. jauhkan la dari perkara macam ni..Rasa dah kurang selamat..kesian mangsa..minta dijauhkan..

    ReplyDelete
  17. takutnya baca.. Dekat mana-mana pun dah tak selamat sekarang.. huhuhuu

    ReplyDelete
  18. Izza Sakura..
    Ada kemungkinan jugak, tapi biasanya kalau dlm kes benci membenci org akan guna santau, contohnya antara penguasaha warung or restoran.

    Pukau ni kebnayakkannya dlm kes mencuri dan terbaru dlm kes merogol.

    ReplyDelete
  19. Diana Azis.
    Member saya tu, seminggu dua lepas kejadian masih lagi trauma dan tak tenang. Tapi syukurlah masa cuti hari tu dia dapatkan khidmart perubatan islam untuk kembalikan semnagat dia.

    ReplyDelete
  20. Cik Syida.
    Sebab tu kat mana2 kena berhati2 skrg ni

    ReplyDelete
  21. seriaunya nengok..huhu..

    tima kasih ya m'doakan kesihatan ayh sy..:)

    ReplyDelete
  22. CikZaniff.
    Apa yg awk alami pernah sy alami tahun lepas. Ayah saya dimasukkan ke wad sejak 15.11.2011 dan keluar wad pada 25.3.2012(tapi sebagai jenazah)..

    Sebagai anak kita banyak2kan berdoa utk org tua kita. Kita doakan mereka sihat sentiasa dan andainya takdir Allah, mereka dijemput menghadap Ilahi, kita doakan agar rohnya berada dalam dakapan rahmat-Nya.

    ReplyDelete
  23. are_lin@yu.
    Dismaping berikhtiar dan usaha, kita hanya mampu berdoa.. Harap2 pemasangan cctv di lokasi2 yg kerap berlaku kejadian diperbanykkan sbb hnya dgn cara tu jer si pemukau dpt dikesan.

    ReplyDelete
  24. Nauzubillah ... In syaa Allah semuanya akan baik-2... Segala yg berlaku atas izin dan kehendak Allah SWT ..

    ReplyDelete
  25. Nazmin Nazifa εїз .
    Benar tu apa yg berlaku atas kehendak dan izin Allah, namun kita dituntut berwaspada dan siap siaga.

    ReplyDelete
  26. jahat giler...ini kejam!!! minta dijauhkann

    ReplyDelete
  27. takutlah dengan dunia zaman sekarang ni tambah2 pukau yang smpai kena serahkan diri.. mintak2 dijauhkan..

    ReplyDelete
  28. xila dot.
    Mmg sgt kejam dan kita(terutamanya wanita) perlu hati2 selalu.Plg ptg elakkan jalan2 sorg diri

    ReplyDelete
  29. fatin aziz.
    Kalau kena pukau setakat serahkan wang tu masih ok lagi tapi kalau smpai terserah diri itu yg membimbangkan.

    ReplyDelete
  30. nauzubillah..mintak dijauhkan...apa2 pun harus beringat kalau hendak kemana2 terutama bagi kaum wanita..dalam berjaga2 pun bolih berlaku apalagi jika kita lalai dan leka..

    ReplyDelete
  31. seriau bc kes ni
    mintak dijauhkan perkara2 mcm ni huhuhu

    ReplyDelete
  32. salam..
    takut degar pkra2 bgni haa sy pernah baca kes tu perempuan di rogaol rasa sedih sgt2 mesti girl akanr asa diri tak berharga lagi huu.

    ReplyDelete
  33. BUNDA a.k.a KN.
    Benar tu BUNDA, selain beringat elok juga jika berteman.. Paling kurang ia dapat mengurangkan risiko mnjadi mngsa pukau.

    ReplyDelete
  34. el.
    Seriau, menakutkan dan membimbangkan.. Semua pihak trutamanya wanita perlu lebih berhati2

    ReplyDelete
  35. are_lin@yu.
    Trima kasih ats kunjungan

    ReplyDelete
  36. suri.
    perempaun tu mesti trauma sbb kehilangan harga diri secara paksa dan tanpa sedar...Lagi teruk dlm keadaan tertentu, si perogol turut merakam aksi rogolnya itu.

    ReplyDelete