Wednesday 20 February 2013

(VIDEO) DR ASRI MENGKRITIK DR FADZILAH KAMSAH.



Kritikan Dr Asri Zainul Abidin( DR MAZA) ini berkaitan dengan teori Rahsia Tarikh Lahir yang diperkenal dan diperjuangkan oleh Dr Fadzilah Kamsah. Walaupun tidak disebut nama Dr Fadzilah Kamsah, tapi perkataan pakar motivasi terkenal sudah cukup untuk membolehkan kita menebak siapakah personaliti yang dimaksudkan. 

Pakar motivasi tersebut dikatakan telah melakukan kajian selama 25 tahun dan akhirnya turunlah ‘wahyu’ Rahsia Tarikh Lahir. Sila tonton dengan cermat dan teliti klip video di bawah ini. 


Saya tertarik dengan sebuah komen yang diterima menerusi entry saya sebelum ini mengenai Rahsia Tarikh Lahir 

 "jika kita kata trkh lahir x ada kena mengena dgn karektor maka seolah-olah kita mengatakan yng Allah tetapkan kita lahir pd trkh tertentu secara sia2 padahal Allah xbuat sesuatu secara sia2," 

Ini jawapan saya untuk orang-orang yang mempunyai kefahaman yang sama dengan tukang komen tersebut. 

 “Jadi kita wajib percaya jika biawak melintas jalan, ia akan membawa sial, sebab andainya tak percaya, kita seolah-olah menuduh Allah telah mencipta biawak secara sia-sia.”

11 comments :

  1. Setahu OKje... DFK selalunya akan sebut apa yg dia cakap tu adalah berdasarkan kajian...semuanya kerja Allah...hanya sebgai guideline je...patutnya tak jadi issue pun

    Entahlah....

    ReplyDelete
  2. Setahu OKje... DFK selalunya akan sebut apa yg dia cakap tu adalah berdasarkan kajian...semuanya kerja Allah...hanya sebgai guideline je...patutnya tak jadi issue pun

    Entahlah....

    ReplyDelete
  3. klu hal ni xtau nk komen apa.huhu

    ReplyDelete
  4. Kena setepek. Oh mmg ada something wrong la kt pakar motivasi ni. Apa2 pun dia tetap manusia cm kte semua, tak lps dr wt silap. Dr Asri adalah hamba Allah yang menjadi penyampai teguran dr Allah. Ambik pengajaran :)

    ReplyDelete
  5. Ambil pengajaran dan fikir positif..
    kita manusia tak terlepas dr melakukan kesilapan..betul tak cikgu? :)

    ReplyDelete
  6. Ilmu In masih cetek,In tak pasti ingin mengemukakan pendapat bagaimana .. Entri ni membuatkan In lebih berfikir :) hmmph ~

    ReplyDelete
  7. Nazmin Nazifa εїз .
    Dlm hal ni, pakar motivasi dikritik oleh pakar agama. Selain Dr Asri, beberapa tokoh agama yg lain turut mengkritik teori rahsia tarikh lahir, antaranya ialah Dr Zaharudin Abd Rahman, Dr Basit Abd Rahman dan Ustaz Azhar Idrus. Mereka kemukakan hujah yg kuat utk menentang teori rahsia tarikh lahir ni.

    walaupun begitu, ini bukanlah bermakna Dr Fadzilah Kamsah perlu dijauhi. Dia tetap berjasa dan memainkan byk peranan dlm negara. Cuma dlm isu2 yg melibatkan agama, pandangan tokoh agama perlu diutamakan sebagaimana mengutamakan pandnagan seorg pakar perubatan dlm hal ehwal kesihatan

    ReplyDelete
  8. hainom OKje.
    Saya hanya memaparkan kritikan Dr Asri tanpa membuat sebarang ulasan sebab nak biarkan pembaca menentukan siapa pemenang. hehehe.

    ReplyDelete
  9. are_lin@yu.
    Takpe2.hehehe. yg ptg ambil manfaat drpnya.

    ReplyDelete
  10. Wahidah BME.
    Setuju sekali dgn Wahidah. Dr Asri selaku tokoh agama hanya menunaikan tanggungjawabnya menegur.

    Tiada yg maksum dan tiada yg tak boleh ditegur sbb kata Imam Malik

    "Siapapun dapat diterima atau ditolak pendapatnya kecuali yang ada di makam ini(sambil menunjuk ke makam Rasulullah SAW)".

    ReplyDelete
  11. aTieYusof Family.
    Benar tu aTieYusof.Motif entry ini pun agar diambil iktibar sebab yg menegur itu ialah seorg ilmuan hadis dan mantan mufti.Namun, ini bukanlah bermakna Dr Fadzilah Kamsah perlu ditolak ke tepi. Tidak sama sekali sebab dia tetap berjasa dan mempunyai sumbangannya yg tersendiri.

    ReplyDelete