Friday 22 February 2013

Perjalanan Hidup Dan Biodata Ustaz Azhar Idrus


Ustaz Azhar Idrus adalah ikon dakwah yang tersohor, malah boleh dianggap sebagai DA’I SEJUTA UMAT sebagaiamana Allayarham KH. Zainuddin MZ. 

Untuk entry ini, saya tertarik setelah membaca sedikit fakta dari blogger Jiwa Hamba, namun tidak banyak maklumat dari entry blogger tersebut hinggalah saya terjumpa entry dari blogger Shalehudin , lantas saya copy & paste untuk disebarluaskan penyebarannya. 

Dahulunya UIA seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor. 

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog. 

Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985 
Mulai belajar agama sekitar tahun 1990. 
Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai. 

BIODATA USTAZ AZHAR IDRUS
Nama: Ustaz Azhar Bin Idrus
Tarikh Lahir: 12 Februari 1964
Berasal: Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu 
Hobi: Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan. 

Pendidikan : 
1. Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2. Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2) 
3. Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990. 
5. Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun

Pengalaman : 
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau. 
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf      Tapai.
3.Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya 

KELUARGA USTAZ AZHAR IDRUS
Isteri isterinya:
1. Rogayah Binti sulong (43 Tahun) dan Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (27 Tahun) 

Anak-Anaknya : 
1.Nur Madihah Asyiqin (22 tahun) 
2.Nur Farhah (20 tahun) 
3.Mohd Faqihuddin (19 Tahun)
 4.Mohd Zuhaili (17 tahun) 
5.Ikhwan Najmi (15 tahun) 
6.Khairul Mukmin (8 tahun) 
7.Rasydan (7 tahun) 
8.Daniel (5 bulan ) 



Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT. Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar Idrus (Original)

8 comments :

  1. fuyoo muka mcm hindustan masa muda. hihi :) go go UAI :)

    ReplyDelete
  2. Terbaikk :D Semoga UAI terus berjuang dengan tabah dan diberikan keberkatan oleh Allah SWT ^^,

    ReplyDelete
  3. Hanida Moss.
    Bak kata blogger Jiwa Hamba, muka UAI ni tak ubah mcm pelakon hindustan Sunjay Dutt

    ReplyDelete
  4. Nazmin Nazifa εїз.
    Sama2lah kita mendoakan agar Allah menganegrahkan kesihatan berpanjnagan kpd UAI spya dia dapat meneruskan dakwah di bumi Allah ini.

    ReplyDelete
  5. suka UAI best dengar ceramah dia

    http://www.araublogger.com/

    ReplyDelete
  6. Zainal.
    Ceramah UAI ni sesuai utk semua peringkat umur. Dia juga bijak dan berhikmah dlm berdakwah.

    ReplyDelete
  7. Suka UAI... ceramah2 nya mmg best, mudah difahami..kdg2 lucu..menarik minat semua golongan..kemah keming..:)

    ReplyDelete
  8. suka dgar kata katanya yg direct to the point

    ReplyDelete