Monday 4 February 2013

UMAT ISLAM DI KEMBOJA

Peta Kerajaan Melayu Champa. 
Di sinilah asal usul keturunan Melayu Cam 


Ini adalah sambungan daripada tajuk lepas

Bicara saya kali ini adalah berdasarkan pemerhatian dan penelitian saya sepanjang kunjungan ke Kemboja.

Di sini, saya sekadar ingin berkongsi dan bukannya menjalankan peranan sebagai ahli kaji masyarakat. Ia berdasarkan pemerhatian dan penelitian secara peribadi terhadap masyarakat dan tempat yang dilawati. 

Adalah mustahil untuk saya meneliti dan memerhati secara tuntas jika tempoh dan waktu saya berada di sana hanyalah sekejap sahaja, cuma beberapa hari sahaja . Jadi, untuk menjadikanya lebih segar dan bugar, saya gabungkan pengalaman itu dengan fakta- fakta yang saya kutip melalui pembacaan. Paling penting bagi saya, pengalaman dan pengetahuan yang disepadukan dapat pula menatijahkan pengajaran yang bermakna buat diri. 

Jurnal Artikel UKM

Umum mengetahui, majoriti penduduk Kemboja beragama Budha dan jumlah umat islam di sana sangatlah sedikit. Dianggarkan sekitar 4% hingga 7 % sahaja penduduk Kemboja yang beragama islam. Dan, kebanyakkan mereka adalah berketurunan Melayu Cam( Melayu Champa). Mengikut Mufti Kemboja, Tuan Haji Kamaruddin sebagaimana yang dicatatkan di dalam sebuah artikel/makalah yang diterbitkan oleh Univerisiti Kebangsaan Malaysia (lihat gambar di atas), terdapat sekitar 350,000 hingga 400,000 orang Cam di seluruh Kemboja dan mereka tinggal kira-kira 428 buah perkampungan atau penempatan orang Cam di Kemboja. Kampung paling besar didiami sehingga 1,700 keluarga, sederhana (200 hingga 300 keluarga) dan kecil (antara 40 hingga 50 keluarga). Majoritinya hidup dalam kedaifan dan ramai tidak bersekolah. Kemudahan infrastruktur termasuk bekalan air, elektrik dan kesihatan adalah buruk atau tiada sama sekali. 

Agak ramai umat islam/melayu cam yang
 mendiami Phnom Penh.

Apabila memperkatakan perihal masyarakat Melayu Cham, kita sepatutnya menyingkap kembali sejarah silam Kesultanan Melayu Champa. Ini kerana, masyarakat Melayu Cham, lelulurnya ialah dari Kerajaan Melayu Champa. Atau dengan istilah lebih mudah, mereka adalah keturunan pelarian dari Kerajaan Melayu Champa. Jika ditanya lokasi kerajaan Melayu Champa, mungkin ramai yang terpingga-pingga, ia memandangkan lokasi kerajaan tersebut telah luput dari peta dunia. Kerajaan Melayu Champa(lihat gambar paling atas) merupakan sebuah kerajaan yang menguasai bahagian tengah Vietnam hari ini. Ia berkuasa dari abad kedua hinggalah abad kelima belas masihi 

Masjid Darul Riduan, Kampung Trapiang Phnom Penh 


Mengikut Steen Hansen pula dalam bukunya Vietnam (Economically Developing Countries),negara Vietnam mula dibentuk setelah Kerajaan Champa dimusnahkan oleh orang-orang Vietnam pada tahun 1656. Malah, dari situlah bermulanya tapak dan asas ke arah pembentukan Vietnam yang ada hari ini(meskipun pernah dibahagikan kepada Vietnam Utara dan Selatan buat seketika kerana perbezaan idealogi). Akibatnya ramai orang Cam telah melarikan diri ke beberapa lokasi, antaranya ialah ke Kemboja. Kebanyakkan orang Cam berhijrah ke Kemboja kira-kira 500 tahun dahulu.
Antara etnik Melayu Cam yang menyambut kehadiran kami
 di Masjid Darul Riduan, Kampung Trapiang Phnom Penh 

Masjid Darul Riduan, Kampung Trapiang Phnom Penh. Walaupun cacat penglihatan, 
namun lelaki tua etnik melayu cam ini tetap bersemangat
 untuk menemui saudara seakidah dan serumpun dengannya.


KEKEJAMAN POL POT TERHADAP UMAT ISLAM DI KEMBOJA

  • Pol Pot berkuasa selama tiga tahun, lapan bulan dan 20 hari. Sepanjang tempoh berkuasa, beliau bertanggungjawab terhadap pembunuhan lebih 2.5 juta rakyat Kemboja termasuk bangsa Khmer dan etnik Melayu Cam.
  • Ketika Pol Pot menguasai Kemboja, umat islam/melayu Cam telah dizalimi dengan begitu teruk sekali. Pol Pot tidak sekadar ingin menghapuskan masyarakat Melayu Cam tetapi dia sebenarnya ingin menghapuskan islam yang menjadi jati diri masyarakat Melayu Cam sejak zaman berzaman.
  • Rejim Pol Pot telah membunuh lebih 200 orang ulama dan imam sepanjang tiga tahun(1976-1979) pemerintahannya. 
  •  Kira-kira 20 masjid pula dimusnahkan dan sesetengahnya dijadikan sebagai kandang babi oleh tentera Khmer Rouge pimpinan Pol Pot.
  • Tidak cukup dengan itu, kitab-kitab agama dan al-Quran dijadikan kertas mengesat najis oleh tentera Khmer Rouge. 
  • Kekejaman Pol Pot tidak terhenti setakat itu, malah beberapa episod ngeri terus menghantui umat islam Kemboja. Antaranya, ialah nasib yang menimpa umat islam yang menghuni sebuah kampung di Kompong Cham. Jumlah mereka yang seramai 1,050 keluarga hanya berbaki 50 keluarga selepas tamat pemerintahan Pol Pot. Mereka semua dihapus dan dilupuskan oleh Pol Pot.
  • Tidak cukup dengan itu, tentera Khmer Rouge juga telah melenyapkan 16 buah kampung, membunuh 70 peratus penduduk daripada 200 keluarga di Koh Phol (Pulau Subur) dan bakinya diusir. Kini pulau itu dinamakan Koh Pheh (Pulau Abu).
  •  Pol Pot sebenarnya merancang ingin membunuh semua orang Melayu Cam sebelum tahun 1980, namun kerja Allah tak siapa yang tahu, kerajaan pimpinan Pol Pot akhirnya tumbang kira-kira tiga bulan sebelum detik itu. 
  •  Menurut Mufti Kemboja(Kamaruddin Yusof) lagi :Penutupan sekolah, pembakaran masjid dan kitab-kitab agama serta pembunuhan para alim ulama telah menyebabkan masyarakat Melayu Cham atau umat islam di Kemboja ketandusan ilmu hingga ke hari ini:
  • Bayangkanlah, umat islam di Kemboja ketiadaan kitab-kitab atau al-Quran yang sempurna selepas setelah tamatnya pemerintahan Pol Pot pada tahun 1979 dan keadaan sebegini berterusan sehingga tahun 1992. Dalam tempoh itu, rujukan dakwah hanya didapati daripada cebisan kitab-kitab dan al-Quran yang dapat mereka sembunyikan atau temui semula. Dan, hanya mulai tahun 1998, barulah usaha membina semula syiar islam dapat dilakukan dengan agak baik, itupun sedikit demi sedikit. 

Antara etnik melayu cam yang kami kunjungi Penghujung Mei 2012

Saya dan rakan-rakan sempat mengunjungi sebuah perkampungan Melayu Cham, iaitu Kampung Trapiang. Perkampungan ini kami singgahi ketika dalam perjalanan dari Siem Reap ke Phnom Penh. Kampung tersebut terletak berhampiran Phnom Penh.
Di sebalik wajah-wajah tua mereka, tersimpan sejuta duka era Pol Pot

Berdasarkan pemerhatian, saya beranggapan kampung tersebut hanyalah sebuah perkampungan kecil yang dihuni oleh masyarakat Melayu Cham, dan ia bukanlah perkampungan utama etnik tersebut. Mungkin saya silap, kerana anggapan dan jangkaan itu hanyalah ‘bersenjatakan’ sekilas pandang.
Pengagihan sedikit sumbangan kepada
 saudara seakidah dan serumpun

Ketika kunjungan kami tempoh hari, penduduk kampung tersebut baru sahaja selesai menunaikan solat asar, lantas kaum lelakinya menyambut ketibaan kami di perkarangan masjid Darul Riduan. Beberapa minit berlalu, semakin ramai penghuni kampung tersebut yang terdiri daripada kaum wanita, kanak-kanak dan warga emas turut serta menyambut kehadiran kami.
Generasi muda etnik melayu cam.

Masa depan umat islam di Kemboja terletak di bahu mereka. Keramahan mereka dapat kami rasai meskipun kami belum saling mengenali, mungkin disebabkan kami seakidah dan serumpun. Ya, kami tidak hanya berkongsi agama, malah turut berkongsi budaya yang hampir sama. Jujur, Tersentuh di hati, malah beberapa orang sahabat saya menitis air matanya tatkala melihat wajah-wajah saudara seakidah dan serumpun yang selama ini terseksa dan merana. Paling saya kagumi ialah kesanggupan seorang lelaki tua yang cacat penglihatan menemui kami. Dalam keadaan susah payah, dia tidak melepaskan peluang untuk bersama meraikan kehadiran kami. Jujur! kesungguhannya itu melahirkan rasa kagum dan terharu di hati saya. Dua perasaan yang saling bertindih. Begitu juga tatkala memandang wajah-wajah tua, terus saya terbayangkan ibu dan arwah ayah. 

Generasi muda etnik melayu cam. 
Masa depan umat islam di Kemboja 
terletak di bahu mereka.

Sepanjang tempoh di perkampungan itu, dan dan rakan-rakan memanfaatkan semaksimum mungkin untuk beramah mesra dan warga kampung tersebut. berdasarkan pemerhatian, saya dapati golongan tua dalam kalangan penduduk kampung tersebut masih lagi boleh berbahasa melayu, namun tidak untuk generasi muda. Sedikit sumbangan kami hulurkan untuk penduduk kampung tersebut termasuklah untuk masjid yang dalam proses pembinaan itu. Saya difahamkan, selain kitab-kitab agama, mereka juga amat memerlukan telaga tiub atau perigi. 

Amat merisaukan andainya gambaran negatif tentang islam ini 
akan menyebabkan umat islam di Kemboja dicurigai dan didiskriminasikan. 

ANTARA BANTUAN YANG UMAT ISLAM KEMBOJA PERLUKAN(Berdasarkan Kenyataan Mufti Kemboja) 

 “Saya risau dua perkara iaitu soal pendidikan dan dakwah di kalangan umat Islam di negara ini,” Demikianlah kerisauan yang bertakhta di hati Mufti Kemboja, Ustaz Kamaruddin Yusof. 
  • Komuniti Melayu Cam ketika ini memerlukan kira-kira 7,000 lagi guru agama bagi membolehkan pendidikan dan dakwah berlaku lebih menyeluruh serta boleh dipertingkatkan. Hakikatnya, semua guru di negara itu yang berjumlah kira-kira 1,000 orang tidak bergaji apatah lagi hidup berada atau senang seperti guru di negara lain. Imam dan lain-lain petugas berkaitan juga tiada gaji kecuali sara hasil sumbangan orang ramai atau dana zakat.
  • Dianggarkan ada 300,000 naskhah al-Quran dalam edaran mereka, tetapi masih tidak mencukupi. Penyusunan sukatan mata pelajaran baru peringkat Sekolah Menengah Ugama (SMU) manakala peringkat rendah belum disentuh. Ketika ini ada 20 SMU membabitkan 500 pelajar. Namun hanya kira-kira 200 pelajar dari lima SMU yang layak mengambil peperiksaan setakat ini. 
  •  Sebagai asas kehidupan, mereka turut memerlukan pembiayaan untuk menggali perigi bagi keperluan kira-kira 30,000 keluarga dengan kos tiap satu sekurang-kurangnya RM800 hingga mencecah RM1,200 mengikut kedalaman dan kapasiti enjin pam yang digunakan. 
  • Dalam skop pendakwahan, mufti itu berkata, tumpuan utama ialah membangunkan pendidikan. Ini diikuti usaha penterjemahan buku dan kitab bahasa Melayu serta Arab ke dalam bahasa Cam serta Kemboja selain menambah bilangan guru agama lulusan tinggi dari luar negara. Setakat ini, kira-kira 300 pelajar menuntut di seberang laut dan sekembalinya mereka akan menggerakkan satu transformasi dakwah dalam komuniti itu. 
Bersamalah kita mendoakan agar islam akan kembali gemilang di Kemboja. Mungkin doa, adalah selemah-lemah bantuan yang mampu kita hulurkan. 


Rujukan :  

 
Antara Restoran halal di Siem Reap

19 comments :

  1. kat vietnam pun ramai melayu champa..

    ReplyDelete
  2. : Mrs.Eady :
    Benar sekali Mrs.Eady.Ini kerana org melayu cam(champa) berasal dari wilayah tengah vietnam sekrang.

    ReplyDelete
  3. baru tau le ni..kalau tidak, sampai bila pon tak tau...

    ReplyDelete
  4. KEjam nya Pol pot!.. sedih baca n3 ni mengenang kan nasib2 saudara2 kita di sana.. tak dapat bayang kan penderitaan mrk..
    Doakan semoga Islam kembali bersinar di bumi Kemboja..

    ReplyDelete
  5. CintaZulaikha .
    Penduduk di kg yg sy lawati hari tu taklah seteruk kt kg2 lain di kemboja. Sbb masih byk masjid dan surau yg amat daif di sana, begitu juga dgn rumah2 umat islam /melayu cam

    ReplyDelete
  6. Nazmin Nazifa.
    Terima kasih ats kunjungan dan moga beroleh manfaat darinya.

    ReplyDelete
  7. aTieYusof Family.
    Mmg kejam si Pol Pot. Tapi di dunia dia dah terima balasan, dia mati dlm buangan dlm hutan dan mayatnya dibakar guna tayar buruk jer..

    ReplyDelete
  8. suami el ada ajak pi kemboja..hehe

    ReplyDelete
  9. Kisah Pol Pot tu aida tahu sikit pernah baca.. memang kejam. Daif mereka sampai sekarang masih tak terbela kan.. Moga ada pihak yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka.. dan semoga Islam makin berkembang disana.. Banyak benda aida tahu dari entry Shameel yang nie.. jauh perjalanan luas pengalaman. :)

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. BUNDA a.k.a KN.
    Trima kasih BUNDA atas kunjungan dan komentar.

    ReplyDelete
  12. el.
    Baik El setuju gi sana... Best jugak walau tak semaju negara kita.

    ReplyDelete
  13. Aida Omar.
    Benar tu Aida. Mereka mmg telah lama terseksa dan merana dan sampai ke hari ini sisa sisa derita yg mereka tanggung masih jelas kelihatan.

    ReplyDelete
  14. boleh terangkn pada saya secara detail mcm mana nak pegi tmpt ni?

    ReplyDelete
  15. tulisan yang bagus, cikgu
    banyak fakta yang boleh dijadikan bahan rujukan

    ReplyDelete
  16. juninah jokni.
    Ttg kg ni aritu sy mintak bantuan saudara Nafine(org cam yg jadi pemandu pelancong kami kt sana). Ni alamat dan no phonenya
    No. 34CE0, Street 90,
    Phnom Penh, Cambodia
    +855 23 991 619 (phone)

    Ni link web sitenya http://www.mubaraktours.com/

    ReplyDelete
  17. tehr.
    Terima kasih tehr ats kunjungan dna komen. Moga2 beroleh manfaat dari perkongsian tak seberapa ini.

    ReplyDelete