Monday 25 February 2013

MASJID NIUJIE: ANTARA KEUNIKKAN SENIBINA DAN KETERBUKAAN ISLAM.


Ini adalah sambungan dari tajuk lepas

Berkunjung ke Beijing, China bagaikan tidak lengkap andainya tidak menjejakkan kaki ke lokasi tertentu. Lokasi tersebut merupakan lokasi ‘wajib lawat’ andainya berkunjung ke sana. Lokasi pertama, tentu sahaja Tembok Besar China yang merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia

Abadikan kenangan di Masjid Niujie
 
Lokasi bersejarah yang kedua ialah Masjid Niujie di Xuanwu yang merupakan masjid tertua di Beijing, malah antara yang tertua di China. Masjid yang tertua pula ialah Masjid Huai Shen yang terletak di Guangzhao, selatan China. Lokasi-lokasi lain pula termasuklah Tiananmen Square, Summer Palace, Bird’s Nest Stadium dan Forbidden City.

Bahagian Luar Masjid Niujie

Mengabadikan kenangan di Masjid Tertua di Beijing


Sebenarnya terdapat phamplet yang memaparkan sedikit info terutamanya sejarah masjid ini. Phamplet tersebut saya perolehi ketika berkunjung ke masjid ini beberapa ketika dahulu. Tapi sayang , ia hilang sebelum sempat dibaca. Jadi untuk entry ini, saya akan memetik tulisan Ann Wan Seng di dalam bukunya yang berjudul, Rahsia Islam Di China, Gemilang di Sebalik Tembok Besar. Buku ini amat bagus untuk dibaca bagi memahamkan kita tentang umat islam di bumi China.

Mengikut Ann Wan Seng, masjid Niujie merupakan salah satu masjid yang tertua di China dan ia dibina pada tahun 996 Masihi. Selain menjadi tempat bersolat masyarakat setempat, ia juga menjadi tarikan pelancong kerana keindahan dan keunikkan seni binanya. Seni bina Cina termasuklah tulisan-tulisan khat Cina menghiasi keseluruhan ruang masjid. Marna merah pula menjadi warna yang paling dominan di masjid dan ia mempunyai seribu pengertian di dalam masyarakat Cina. Selain melambangkan keberanian, kehidupan dan kegagahan, warna merah juga merupakan simbol nasib dan keuntungan.


Salah seorang umat islam tempatan sesudah solat Asar
Bahagian luar Masjid Niujie
Bahagian Dalam Masjid Niujie

Sedikit info yang saya petik dari The Malaysian Insider. Masjid Niujie dibina pada 996 ketika Dinasti Liao (916-1125) dan diberi nama “Libaisi” pada 1474. Sejak 1949, kerja-kerja pemulihan dilakukan sebanyak empat kali di bawah projek tajaan kerajaan bagi memastikan masjid tertua dan terbesar di Beijing ini kekal sebagai tapak warisan budaya. Masjid ini mempunyai keluasan sekitar 6,000 meter persegi dan menampilkan gabungan senibina Islam dan China. Niujie pula merupakan kawasan terbesar diduduki oleh umat islam di China.


Bahagian Dalam Masjid Niujie



KETERBUKAAN ISLAM

Bagi sesetengah orang, seni bina masjid yang sebegini rupa mungkin dianggap menyalahi kelaziman dan menyanggahi kebiasaan sebab sudah terbiasa dengan senibina yang berunsurkan Arab/Melayu sejak zaman berzaman.

Ada asasnya untuk saya berkata sedemikian, sebab pernah suatu ketika, seorang rakan mempertikaikan seni bina Masjid Beijing di Rantau Panjang Kelantan. Katanya, masjid tersebut tidak melambangkan ciri-ciri islam. Betapa mandulnya akal sahabat saya itu kerana mengekslusifkan islam untuk Arab dan Melayu sahaja. Pemikiran sebegini amatlah memberhaya sebab ia akan menyempitkan ruang lingkup islam dan sekali gus menghodohkan wajah islam yang sangat cantik.

Islam sebenarnya mengiktiraf apa sahaja budaya asalkan budaya tersebut tidak bertentangan dengan islam. Dalam islam, tiada istilah pandang ke timur mahupun menoleh ke barat, selagi mana tidak bercanggah dengan agama, maka ia akan diiktiraf dan diterima seadanya.

Begitu juga dalam persoalan nama. Apabila terdapat orang-orang berbangsa Cina mengekalkan nama asalnya sesudah memeluk islam, maka agak ramai yang tidak dapat menerimanya dengan tenang dan senang. Sedaya yang boleh dan sekudarat yang mampu mereka akan didesak dan diasak agar memakai nama-nama berunsur Arab. Padahal nama islam, tidak semestinya nama-nama Arab atau Melayu, tetapi nama tersebut hendaklah mempunyai makna yang baik. Dalam sejarah islam kita dapati, Nabi Muhammad S.A.W telah bertindak menukar nama beberapa orang sahabat gara-gara nama tersebut tidak mempunyai makna yang baik. Malah, Tariq Aziz, bekas Menteri luar dan Timbalan Perdana Menteri Iraq adalah beragama Kristian walaupun namanya berunsur atau bercirikan Arab.


Bahagian Luar Masjid Niujie
 

Tapi hairan bin ajaib pula, sebab tidak pula dibisingkan apabila tidak kurang 30% nama orang-orang Melayu tidak berunsurkan atau bercirikan Arab, antaranya ialah nama anak jutawan internet yang terkenal, Cinta Strawberry Abadi.

P/S : Walaupun begitu, untuk orang Melayu,mereka seharusnya memakai nama-nama yang beunsurkan Arab sebab nama-nama sebegitu sudah sebati dengan masyarakat Melayu sejak kedatangan agama islam. Cuma untuk saudara baru dari bangsa Cina dan India serta lain-lain bangsa, andainya mereka berkeinginan untuk mengunapakai nama asalnya, maka tidak wajar dan tidak waras untuk kita menghalang. Lagipun ia penting sebagai salah satu strategi dakwah untuk meyakinkan orang-orang Cina dan India sesungguhnya mereka memeluk atau masuk islam dan bukannya masuk Melayu. 

Di Malaysia, antara pendakwah berbangsa Cina yang mengekalkan nama asalnya setelah memeluk islam ialah Lim Jooi Soon ,manakala pendakwah berbangsa India yang mengekalkan nama Indianya setelah memeluk islam ialah Shah Kirit Karkulal Givindji.




Niujie Adalah Penempatan Umat Islam Terbesar di Beijing China

14 comments :

  1. :: Mrs.Eady :.
    Best jugak tgk2 budaya n tmpt org

    ReplyDelete
  2. rajin juga berjalan ke luar negara ni shameel. tengok entri baru saya Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli

    ReplyDelete
  3. Zainal .
    Masa cuti n harga murah jer gi jalan2. Dkt2 jer.

    ReplyDelete
  4. Untungnya Shameel dapat jalan-jalan tengok negara orang...

    ReplyDelete
  5. hainom OKje.
    Kebetulan member ajak jalan2 masa cuti aritu. Pastu tiket pun tak mahal mana tika tu

    ReplyDelete
  6. Waaa,dapat gi China, best tu ! :D Dan yah,mengenai nama tu tak salah pun asalkan maknanya yg baik ... Tetapi lebih elok jika memberi nama tokoh atau drpd keluarga dan para sahabat Rasulullah SAW ~ hehe ^^,

    ReplyDelete
  7. wahhhhhh kamo dah ke beijing awat x habaq..nak suh kim souvenir hahaha

    ReplyDelete
  8. Nazmin Nazifa εїз.
    Tentang nama tu seeloknya digunakan nama2 dari asma-asma Allah spt Rahman, Rahim tapi ditambah perkataan Abdul yg bermakna Hamba. Elok juga nama para nabi dan rasul.

    Cuma disesetengah tempat ada juga yg mengunapakai nama berasaskan etnik atau bangsa, spt Hartono yg melambangkan etnik jawa atau izetbegovic yg byk digunapakai oleh umat islam rantau balkan.

    ReplyDelete
  9. el.
    Hahaha, x smpat nak habaq.hehehe.

    ReplyDelete
  10. Hanida Moss.
    saja jln2 cari makan. hehehe.

    ReplyDelete
  11. bestnye travel....i love travel!!

    ReplyDelete
  12. wah.post yg ni ta paling suka.i like it.keep it up.shameel

    ReplyDelete