Wednesday 13 February 2013

Ibu Catriona Ross maut kemalangan

Ibu kepada pelakon Catriona Ross, Siti Zawiyah Abd Rahman, 63, antara tiga yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan bas ekspress di KM 61.8 Jalan Raya Timur-Barat, berhampiran Gerik, awal hari ini. Dua lagi mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada kira-kira 1 pagi itu ialah Sitah Abdullah, 53, dan Norini Abdul Ghani, 43. 

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt. Abdul Manab Baharum berkata, ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta itu, Mustapa Che Su, 54, cedera parah dan dirawat di Hospital Taiping. 

"Kereta Proton Saga yang dinaiki mangsa cuba memotong deretan kereta dan bertembung dengan bas yang datang dari arah bertentangan sebelum terbabas ke dalam longkang berhampiran,” katanya. 

Beliau berkata, kereta berkenaan dalam perjalanan dari Jeli ke arah Gerik.

 Sumber:Kosmo 

Info Tambahan: 
Takziah kepada Catriona Ross dan keluarga. Moga beliau tabah menghadapi dugaan ini. Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya, kita dikembalikan.

3 comments :