Sunday 23 September 2012

Adakah Anda Orang Misteri Gegar.


Adakah Anda Orang Misteri Gegar?

Itu adalah soalan yang perlu dikemukakan oleh setiap pemburu Orang Misteri Gegar. Andainya soalan itu ditujukan kepada orang yang tepat, maka hadiah lumayan menanti si pemburu. Hadiah berupa wang bernilai ribuan ringgit, ia adalah antara sebahagian daripada RM40k yang ditawarkan oleh Orang Misteri Gegar. Anda Tak Bertanya, Anda Tak Menang.

Bagi pendengar setia Station Radio THR Gegar, Orang Misteri Gegar bukanlah sesuatu yang asing. Bermula 2 hingga 29 September 2012, Ia muncul di lokasi-lokasi rahsia di neger-negeri di Pantai Timur, iaitu Kelantan,Terengganu dan Pahang. Kehadirannya penuh misteri dan amat dinanti-nanti, memburunya pula sukar sekali. Pemburu dibekalkan dengan tiga pembayang yang amat samar-samar sekali. 

Apapun tahniah kepada Station THR Gegar kerana Orang Misteri Gegar amat bererti dan bermakna buat kami warga Pantai Timur. Tahniah juga kepada pemburu-pemburu yang telah Berjaya menangkap Orang Misteri Gegar.

8 comments :

  1. salam Shameel...
    seronok gak layan OMG di radio THR Gegar ni... pernah sekali OMG ni duk area Pengkalan Chepa, ada gak terdetik nk kejar tpi tak berpeluang.. hehee..

    ReplyDelete
  2. Hida.
    Hahaha, kejar jgn tak kejar...Sy pun tak berpeluang lagi.

    ReplyDelete
  3. wah, untung la siapa yang dapat
    banyak tu

    ReplyDelete
  4. hnya dgr thr bile kt umah guna Astro...kt dlm kete susah nk dpt channel ni.... so tau gak la psl org misteri ni.....
    note: mcm malu jek nk tnya org tu...tup2 salah malu sndiri...heheh....sy bab2 ni mmg malu sket..

    ReplyDelete
  5. Jarang bukak radio...kalau dalam kereta pulak....tak bukak jugak sebab rosak..

    ReplyDelete
  6. Intan Norhaida.
    Tak tahu plak susah nak dpt channel THR kt Pahang,slma ini sy igtkan liputan THR meluas kt pantai timur..

    ReplyDelete
  7. Che Rosliza Che mat.
    Saya selalu dgr kt astro kecuali bila drive baru dgr dlm kereta.

    ReplyDelete