Monday 24 September 2012

TRIP KE HO CHI MINH CITY, VIETNAM


Ini adalah lanjutan daripada entry lepas, lihat :.--> SINI 

Pada 30 Mei hingga 1 Jun 2012, saya berkunjung Ho Chi Minh City (HCMC) Vietnam, dahulunya dikenali sebagai Saigon(namun, rata-riti penduduk tempatan lebih selesa dengan istilah Saigon). HCMC merupakan bandaraya terbesar di Vietnam, walaupun ibu negaranya ialah Hanoi. 

Sebenarnya ini adalah kali kedua saya berkunjung ke HCMC. Kunjungan pertama ialah pada 3-7.11.2010. Kunjungan kali ini sangat singkat dan lokasi kunjungan juga agak terhad, namun tetap ada pengalaman tertentu yang bisa saya pungut, meskipun saya agak kurang teruja dengan kunjungan kali kedua ini.

Disebabkan telah ada catatan yang saya buat ketika kunjungan pertama ke HCMC dahulu, jadi untuk kali ini, saya lebih cenderung memaparkan gambar-gambar yang sempat saya rakam sahaja,disertakan dengan sedikit info. Tentang cerita atau catatan ketika kunjungan pertama dahulu,bolehlah  lihat di:.--> SINI.
Cu Chi Tunnel.


Chu Chi Tunnels terletak di daerah Cu Chi. Ia merupakan rangkaian terowong bawah tanah sejauh 200 km. Ia digunakan oleh tentera Viet Cong ketika menentang US Army. Cu Chi Tunnel yang terletak di bawah tanah ini, lengkap dengan segala kemudahan seperti bilik rehat, bilik mesyuarat, bilik memasak, hospital dan stor.

Saya difahamkan panjangnya hingga ke sempadan Vietnam- Kemboja. Saya difahamkan juga, masih banyak lagi info mengenai Chu Chi Tunnels yang dirahsiakan(hanya pihak tertentu sahaja di Vietnam yang mengetahuinya), dan yang didedahkan hanyalah sedikit sahaja. Ini kerana,terowong ini akan digunakan kembali andainya Vietnam berhadapan dengan perang.

Cu Chi Tunnel 

Kat dalam Chu Chi Tunnel 

Lautan motorsikal di jalanraya HCMC.


Majoriti penduduk HCMC menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama. Saya tak pasti, jumlah sebenar motorsikal yang terdapat di HCMC, namun saya pernah terbaca, jumlahnya lebih kurang sejuta buah motorsikal yang digunakan oleh penduduk HCMV untuk kegunaan harian. Paling menarik perhatian saya, terdapat ‘R&R’ khas untuk penunggang dan pembonceng motorsikal. Ia merupakan gerai-gerai yang didirikan untuk penunggang motorsikal ini berehat setelah melakukan perjalanan yang jauh. Di Gerai-gerai itu disediakan makanan dan minuman serta buaian(Hammock).
Sungai Mekong.


Kunjungan dan seterusnya menyusuri Sungai Mekong adalah satu kemestian andainya berkunjung ke HCMC. Tujuannya adalah untuk ke beberapa lokasi(Pulau) yang memasarkan produk-produk penduduk sekitar lembah Sungai Mekong. Antaranya ialah Honey Island dan Coconut Island. Sungai Mekong merupakan Sungai terpenting di Vietnam. Ia merupakan sungai ke-10 terpanjang di dunia. Saya difahamkan(menerusi pembacaan) panjangnya ialah sekitar 4880 km dan lembangan Sungai Mekong seluas 812,000 km persegi. 

Pulau Sekitar Lembah Mekong.


Benth Thanh Market juga merupakan lokasi wajib dikunjungi andainya anda berkunjung ke HCMC. Ia persis Pasar Ikan di Medan dan  Pasar Baru di Bandung ,atau setidak-tidaknya seperti Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan dan Pekan Rabu di Alor Setar, Kedah. 

Selanjutnya,bialrah gambar yang bercerita.

Pulau Sekitar Lembah Mekong

Pulau Sekitar Lembah Mekong 


Pulau Sekitar Lembah Mekong 

Pasar Malam Berhampiran Benth Thanth Market. 


Tajuk Lain Yang Berkaitan: Summer Palace, Beijing

36 comments :

  1. Wah.... seronoknya dapat berjalan-jalan kan.... OKje ni tah bila agaknya nak sampai...he...he...jalan dalam Malaysia ajelah!!

    ReplyDelete
  2. hainom OKje .
    Kebetulan member ajak, tu yg pergi kali kedua w/pun dah tak berminat ke vietnam

    ReplyDelete
  3. bestnya dpt cuti2 kat tmpat mcm ni.. menarik gak yg Cu Chi Tunnel tu.. apa perasaan ble duk dalam tu ya?? :)

    ReplyDelete
  4. Hida.
    Rasa seronak jugak dok dlm Chi Chi Tunnel tu. Terbayang2 kecekalan n keberanian tentera vietcong.hehehe.

    ReplyDelete
  5. us army mmg kalah truk klau cuba msuk chu chi tunnels tu kn, huh...

    ReplyDelete
  6. caliph shuriken.
    us army tak prnah menyangka tentera vietcong miliki strategi perang yg lagi hebat.. Chu Chi tunnels mmg mengagumkan.

    ReplyDelete
  7. bestnye......salu gak ke oversea ye....beijing and terbaru vietnam..
    kwn yg berkesempatan pg kata vietnam negara yg agak kotor n bau hancing merata2... betul ke???
    masa pg ade wat ground arrangement kat sana???

    ReplyDelete
  8. Intan Norhaida.
    Jarang2 jer sy ke oversea. Nak kata kotor tu taklah jugak,mungkin kawsan tertentu yg agak kotor. Tapi sepanjang dua kali kunjungan sy ke sana, rasanya taklah kotor sgt vietnam. Kalau kemboja mmg agak kotor..xdelah wat ground arrangement.

    ReplyDelete
  9. nizamsani.
    Trima kasih ats kunjungan sahabat. Saja jer jalan2 tgk budaya tmpt org..

    ReplyDelete
  10. thomas.
    Kat mana ramai org tu thomas.

    ReplyDelete
  11. Ni kalo prmpuan yg pegi, mau tak smpat snap gambar sbb asyik shopping.

    ReplyDelete
  12. zila manaf .
    Bagus juga Zila pergi HCMC sbb sesuai jgk utk ppuan nak shopping.

    ReplyDelete
  13. Ujie.
    Betul tu Ujie. Mmg ade member ppun yg tak nak jalan2 sbb nak gi shopping jer..

    ReplyDelete
  14. Tak pernah sampai ke sana seronokkan dapat pergi negeri orang...

    ReplyDelete
  15. Che Rosliza Che mat.
    Terima kasih ats kunjungan. Kalau matlamat kita nak tengok budaya tempat org memang ia menyeronakkan sbb kita boleh pelbagaikan pengalaman hidup.

    ReplyDelete
  16. Sempit nya dlm Chu Chi Tunnel tu....InsyaAllah akan kesana sedikit waktu nnt...elok juga baca2 N3 ni sebagai rujukan kesana ...

    ReplyDelete
  17. Eye_nee.
    Sy difahamkan ia sebenarnya sempit jer tapi utk kemudahan pelancong diperbesarkan sedikit. Bulan berapa mahu ke sana tu?

    Info ttg restoran halal ada sy sertakan dlm link kunjungan pertama saya dulu..

    ReplyDelete
  18. Vietnam adalah detik hitam dalam sejarah tentera amerika
    Kagum dengan semangat mereka

    ReplyDelete
  19. tehr .
    Benar skali tehr. Amerika diaibkan oleh tentera vietcong, tapi mereka bohongi dunia menerusi filem2 mereka spt Rambo dan Mission in Action

    ReplyDelete
  20. konfirm saya tak leh masuk chu chu tunnel tu.. sebab saya\ tak leh masuk tempat sempit dan tertutup, boleh panikk dan sesak nafas...huhu.

    ReplyDelete
  21. anaa .
    Kawan2 sy aritu pun ade jgk yg tak boleh masuk dlm chu chi tunnels sbb dia ada asma.

    ReplyDelete
  22. Mrs Velentine.
    Trima kasih ats kunjungan. Nnt sy cubit nuff awk balik.

    ReplyDelete
  23. bestnye jalan2 sana.. jauh berjalan.. luas pemandangan kan.. chu chi tunnel tu sempit benor ye... camne nak masuk kalau badan besar.. hmmm.. hehehe.. :)

    thankss singgah tengok pulut durian tadi.. :)

    ReplyDelete
  24. JaSSNaNi .
    Mmg chu chi tunnel tu sempit sbb org2 vietnam rata-ratanya kecil saiz tubuhnya, agak terseksalah kpd yg berbadan besar.hehehe.

    Trima kasih juga atas kunjungan.

    ReplyDelete
  25. best juga kalau sesekali dapat menjelajah ke negara orang..kan..

    ReplyDelete
  26. izan mama mia.
    Best jugak sbb dapat tgk budaya dan cara hidup masy luar. Yg ptg, kita perlu bersyukur sbb dan rasa bertuahv krn menjadi warga Malaysia.

    ReplyDelete
  27. untungnya dapat jalan2 kat negara orang :)

    ReplyDelete
  28. Nurul Husna Mohd Hassan.
    Trima kasih ats kunjungan. Kebetulan aritu member ajak gi Vietnam.

    ReplyDelete
  29. Arra Ahmad .
    Agak menarik jugak, tapi masalahnya makanan halal agak mahal.

    ReplyDelete
  30. Hi! juz back from vietnam too. Sangat best! Keep posting travelog!

    ReplyDelete
  31. fuza.
    Mmg best, sy yg dah 2 kali ke Vietnam pun masih rasa teruja. Sy pun bercadang nk ke sana lagi tapi ke Hanoi kt utara vietnam plak.

    ReplyDelete