Friday 28 September 2012

BELANJAWAN 2013 (BAJET 2013): Bonus Satu Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam


Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus satu setengah bulan gaji manakala pesara pula RM500. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada Disember manakala selebihnya pada Januari depan. Katanya, setengah bulan lagi telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri lalu. “

Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji," katanya dalam pembentangan Bajet 2013 di sini hari ini. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga bagi menghadapi musim persekolahan pada awal Januari depan.

Najib turut mengumumkan bakal-bakal haji yang mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dibenar mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi menampung kekurangan kos tambang. Katanya, inisiatif itu terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000. 

4 comments :

  1. Alhamdulillah. Semoga kemakmuran akan sentiasa memayungi bumi Malaysia.....:)

    ReplyDelete
  2. kalaulah imbuhan itu diterjemahkan dalam bentuk yang dapat dinikmati oleh semua rakyat... (penjawat awam, swasta dan pekerja tanpa slip gaji...)

    apa komen cg.shameel pasal smart phone?

    ReplyDelete
  3. cikguNae.
    Yg kita harapkan semua pihak terutamanya buruh,nelayan dan petani mendapat manfaat yg semaksimum mungki dari bajet ni..

    Bimbang juga, bila kakitagan dpt bonus, para peniaga pun naikkan barang dan kesan yg ketara akan ditanggug oleh golongan marhaen tadi.

    Yg smart phone tu, saya tak jelas motifnya.. Yg pasti memilikinya hanyalah sekadar kehendak dan bukannya keperluan, dan bagi saya barangan dan perkhidmatan berstatus keperluan yg wajar diutamakan..

    ReplyDelete
  4. Kak Imun.
    Sama2lah kita mendoakannya kak.Moga Malaysia sentiasa dlm naunga rahmat Allah.

    ReplyDelete