Tuesday 4 September 2012

Gangnam Style(PSY) vs Adik Wani Erotik.



Sepatutnya entry ini bertajuk Jae Sang Park(PSY) vs Adik Wani Erotik. Tapi disebabkan Gangnam Style lebih dikenali berbanding PSY, lantas jadikan tajuknya Gangnam Style vs Adik Wani Erotik, sebagai tajuk entry ini.

Gangnam Style mula ‘menjajah’ dunia. Tarian seakan tarian Kuda yang dibawa oleh penyanyi rap Korea Selatan, Park Jae-sang atau Psy kini mencuri perhatian ramai termasuklah di negara kita. Ia meraih populariti secara mendadak sejak video tarian ini diperkenalkan melalui Youtube, Jae Sang Park, atau PSY mencuri perhatian ramai. Namun, ia turut dikecam dan ditentang oleh sesetengah pihak.

Sejujurnya entry ini bukanlah untuk mempertahankan Gangnam Style. tidak, sama sekali. Cuma, ia bertujuan untuk memperluaskan horizon pemikiran dan seterusnya mencipta kematangan dalam menghukum.



Ada sesetengah orang menganggap tarian ini tidak harus diminati oleh umat islam kerana ia adalah budaya dari luar. Secara peribadi saya beranggapan ini adalah pandangan golongan yang gagal memerhati dan meneliti realiti. Tidak sepatutnya isu budaya luar dan budaya tempatan diperdendangkan, sebabnya tidaklah menjadi kesalahan untuk kita mengimport budaya luar selagi mana ia tidak bertentangan dengan agama.Malah, berlambak juga budaya dan adat resam tempatan yang terbabas dari landasan agama dan tergelincir dari paksi akidah. Sila tonton youtube di bawah tentang sesetengah budaya/amalan masyarakat melayu yang tidak bersendikan agama islam.





Ada juga yang ‘memfatwakan’ Gangnam Style ini perlu diperangi kerana tariannya didakwa berunsur lucah. Sepanjang yang saya perhatikan, tidaklah ketara mana aksi lucah, mahupun erotik dalam youtube tersebut.Malah,penyanyi-penyanyi perempuan yang terlibat dikir barat moden lagi seksi dan lagi ketara mempromosikan unsur-unsur lucah dan erotik.Cuba perhatikan dan seterusnya buatlah perbandingan,yang mana lebih menghairahkan antara Gangnam Style dengan Adik Wani Erotik, si penyanyi dikir.








19 comments :

  1. Oooo.... inilah yg disebut2 Gangnam style tu.... emm boleh kurus ni kalau amalkan selalu... he..he...

    Pokok pangkalnya terletak pada diri sendiri.... samaada kita nak terpengaruh atau pun tidak, kita kena tahu menilainya... dan ibubapa kena memainkan peranan untuk memberi nasihat dan pandangan!

    ReplyDelete
  2. hainom OKje.
    mmg boleh kurus tu sbb bakar byk kalori. hehehe.

    Sy setuju dgn hainom OKje, terpnegaruh atau tidak bergantung kpd benteng pertahanan dlm diri masing2.

    ReplyDelete
  3. 2hari lepas, kali pertama tgk video adik wani.masa tu dalam bas. memang seksa diri ini untuk menahan sabar. tambahan pula tidak meminati dangdut apatah lagi menonton videonya yang bukan-bukan.

    ReplyDelete
  4. Titisan Hujan.
    Sebab tu sy rasa org kita cepat melatah. Senang menghukum, artis dari luar membawa budaya yg merosakan, promosi unsur2 lucah tapi kita terlupa pula utk meneliti kerosakan yg dibawaoleh artis2 tempatan, termasuk artis dikir barat.

    Bak kata org tua2 "kuman seberang laut nampak dipandang, tapi gajah di depan mata tidak pula dapat dilihat"

    ReplyDelete
  5. penah mendengar kedua2nye..tp x penah skalipun menontonnya...ni first time..... ntahla....bg sy dah terlalu byk pengaruh dalam maupun dr luar yg merosakkan anak2 bangsa sendiri...yg paling menyedihkan...yg paling terkesan anak2 melayu...n islam...

    ReplyDelete
  6. Intan Norhaida .
    Pengaruh dalam mahupun luar perlu ditapis. bagi sy aksi tari menari dlm filem hindi lebih teruk berbanding gangnam style ni

    ReplyDelete
  7. siti naqiah .
    hahaha, gerenti ramai yg tahu dan pernah tontonkn. hehehe.

    ReplyDelete
  8. mulanya ingat apa la gangnam style..tp best jugak rentak music dia..

    ReplyDelete
  9. Pejuang Cinta.
    Boleh bakar kalori tu tarian gangnam style.hahaha.

    ReplyDelete
  10. ANNA MARIANA.
    Mmg best tapi ia mencetuskan kontroversi.. Bagi saya ia taklah seteruk mana..

    ReplyDelete
  11. gangnam style...famous giler dah dance ni....

    ReplyDelete
  12. boyzzonne .
    .famous & ditrima sluruh dunia dah. hahaha

    ReplyDelete
  13. actually, byk lagi tarian yg lebih teruk compare dgn gangnam style.. kebetulan gangnam lebih popular skrg sebab tu ramai yg melatah...

    ReplyDelete
  14. caliph shuriken.
    saya sependapat dgn caliph. Berlambak lagi tarian yg teruk dan menjolok mata spt tarian dlm filem2 hindi dan spt penyanyi dikir barat wanita. tapi tak pula org kita melatah.

    ReplyDelete

  15. ok betul tu.. yang ada wanie punya pukulan pun hebat lagi rasanya tapi tak nampak sebab pasarannya kecil..saya sarankan supaya kita ramai ramai paksa pihak berkuasa gam kan saja nyayian tak bermaruah macam ni kerana ia macam merosakkan remaja secara diam...pihak agama islam, pendakwah, imam muda dan media sila mainkan peranan masing-masing...

    ReplyDelete
  16. Anonymous.
    Saya setuju skali dgn saranan sahabat. Pihak berkuasa perlu lebih cakna dan kita pula perlu menyekat diri, keluarga dan org terdekat drp menyokong nyanyian yg tak bermaruah sebegini..

    ReplyDelete