Monday 17 September 2012

Tembok Besar China : Binaan Hebat Sepanjang Zaman




Ini ada sambungan daripada entry lepas, lihat -->SINI

Tembok Besar atau Great Wall merupakan kebanggaan rakyat China. Kunjungan ke Beijing dianggap tidak lengkap seandainya tidak berkunjung ke tembok yang dianggap sebagai symbol and soul of China.
Saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi binaan yang diiktiraf sebagai antara tujuh keajaiban dunia, ini ketika mengunjungi Beijing pada Disember 2010.




Tembok Besar China merupakan projek terbesar dalam sejarah manusia ketika mula dibina lebih 2,000 tahun lalu. Selain itu, ia juga merupakan struktur pertahanan zaman purba paling panjang di dunia.

mangga yang kelihatan itu adalah lambang cinta.
Pasangan kekasih akan mengunci mangga tersebut sebagai tanda
cinta mereka akan kekal selamanya- begitulah saya dimaklumkan.



Tembok Besar China dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin(221-206 S.M). Panjangnya lebih kurang 5000 kilometer. Lebarnya pula antara 4.5 meter hingga 9 meter. Ketinggiannya pula ialah 7.5 meter. Pada zaman Dinasti Ming, tembok ini disambung hingga panjangnya menjadi 6400 kilometer. Fungsinya adalah untuk mempertahankan wilayah-wilayah di China ini daripada serangan orang Hun(nomad). Pembinaannya menggunakan tenaga kerja yang ramai, iaitu lebih daripada 30 ribu orang.-(Fakta dari buku teks sejarah Tingakatan 4, ms 50)



Di sebalik Tembok yang gah ini terselit juga episod duka, iaitu ramai tenaga kerja yang terkorban ketika proses membina tembok ini. Dengan kata lain, di sebalik kehebatan Tembok Besar China, terdapat titisan air mata dan keringat serta darah golongan marhaen yang dikerah dan dipaksa. Di sebabkan itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'. Saya difahamkan oleh pemandu pelancong, mereka yang terkorban ketika membina tembok besar China, akan dikebumikan di situ juga. Jadi, mayat-mayat mereka kekal bersemadi di dalam tembok tersebut.



Sebelum Maharaja Shih Huan Ti ( Qinshihuang) menyatukan China pada 221 Sebelum Masihi, banyak negeri di pelbagai tempat di China membina tembok besar yang kemudian dihubungkan ketika era Dinasi Qin dan membentuk rangkaian tembok yang kini masih berdiri gagah.

Bersama rakan-rakan merakamkan kenangan

Bahagian tembok tumpuan pelancong sekarang dibina pada Zaman Dinasti Ming, lebih 700 tahun lalu dan masih dipelihara dengan baik membabitkan jarak lebih 6,000 kilometer yang dibina dalam bentuk berliku-liku dan terletak di utara China.

Perlu juga diketahui, angkasawan terkemuka, Neil Amstrong yang menjelajah angkasa lepas mendedahkan Tembok Besar adalah satu daripada dua binaan di muka bumi yang dapat dilihat dengan jelas dari angkasa.


Cafe yang disediakan kat Great Wall

Bersama rakan menikmati kopi di Great Wall Store- Aku(kiri)


Touris Souvenir-Tercatat Info ringkas tentang Tembok Besar China


Tajuk Lain Yang Berkaitan:


16 comments :

  1. Sempat tak kunci mangga kat Great Wall? he...he...

    ReplyDelete
  2. hainom OKje.
    Hehehe. Kuncinya tertinggal kt Kota Bharu...

    ReplyDelete
  3. duniafana.
    Insha-Allah, satu masa nnt duniafana berpeluang ke sana.

    ReplyDelete
  4. ya Allah.. 6000km!! panjang betulll..
    sampai ke tidak en. shameel ke penhujungnya?? he he

    ReplyDelete
  5. sara pedrosa.
    Hehehe. Saya naik tak sampai 500 meter pun.

    ReplyDelete
  6. dh lama teringin nk pg sana tp kewangan lum mengizinkan..yela..nk pg nak bw anak2 skali..InsyaAllah satu ari nnti....

    ReplyDelete
  7. Intan Norhaida
    Sy pegi aritu pun kebetulan harganya murah.

    ReplyDelete
  8. wah bestnye.. dah sampai tembok cina tu..

    ReplyDelete
  9. teringin nak pegi kat The Great Wall ni walaupun rase mcm tak dpt naik sampai ke atas. heee

    ReplyDelete
  10. atie aizam .
    Kebetulan masa tu member ajak, jadi sy join skali..

    ReplyDelete
  11. Puteri Iqa Izyan.
    Dapat naik 200 meter pun dah kira ok. Hehehe.

    ReplyDelete
  12. teringin gak nak jejak kaki ker sana....tq berkongsi pengalaman ke sana...

    ReplyDelete
  13. izan mama mia .
    Insha-Allah, ada ruang n peluang nnt utk izan ke sana..

    Trima kasih juga atas kunjungan.

    ReplyDelete
  14. Wah! Luasnya pandangan...
    teringin juga ke sana

    ReplyDelete
  15. cikguNae .
    Insha-Allah cikguNae dpt tiket murah air asia ke Beijing kalo slalu tgk web site air asia. Utk penginapan, makan dan segalanya sekitar rm300 jer. Tiket plak adakalnya rm500 pergi dan balik.

    ReplyDelete