Saturday 22 September 2012

Shila Amzah juara Asian Wave 2012


Shila Amzah juara Asian Wave 2012 - Penyanyi yang semakin meningkat naik Shila Amzah berjaya menjadi juara dalam pertandingan nyanyian Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China. Dalam pertandingan akhir itu Shila Amzah menewaskan peserta dari Singapura , China , Korea , Thailand dan India.

Pertandingan Asian Wave terdiri daripada 30 peserta yang bertanding di peringkat awal yang berlangsung dari 31 Ogos hingga 6 September lalu dan pada peringkat ini Shila telah mempersembahkan lagu popular Adele, ‘Set Fire to the Rain’ dan sebuah lagu Mandarin berjudul ‘Forever Love’.Selepas itu, hanya seramai 12 penyanyi terpilih ke peringkat akhir. Kemenangan Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 22, disahkan sendiri oleh adiknya, Syahir Amzah melalui laman Twitternya. 

 Sumber:Kizmyself

2 comments :

  1. dgr cite hadiahnye lumayan bangat...

    rezeki sang artis la nie....

    cuma kurang berite skit psl pertandingan ni

    ReplyDelete
  2. Dah dengar lagu yang dia nyanyi...
    Emmm... fasih sangat dia nyanyi lagu tu... :)
    Rezeki dia~

    *bila tengok video di YouTube, terpegun juga tengok reaksi penonton yang menyokong Shila~ :D

    ReplyDelete