Tuesday 11 September 2012

Takdir Penentu Segala

Utusan Malaysia :Bila kita punya, tak semestinya akan bersama.





Sinar Harian :Bila bersama tak semestinya kekal selamanya




“Nakkan seseorang tak semestinya kita dapat. Bila dah dapat, tak semestinya kita punya.Bila kita punya, tak semestinya akan bersama. Bila bersama tak semestinya kekal selamanya. Tapi segalanya tak akan mustahil, andainya jodoh itu milik kita.”

Itu adalah pesanan yang dititipkan oleh seorang sahabat, menerusi sms. Untaian nasihat yang diterima pada 20 Mac 2008(08:07:00PM) ini masih kekal melekat di dalam telefon bimbit saya.Sengaja saya biarkan begitu, sebagai rujukan pada hari-hari mendatang. Dan,dua peristiwa di atas telah memaksa saya untuk meneliti kembali kandungan sms tersebut.



< SEMUANYA MILIK ALLAH DAN DIA BERHAK MENGAMBILNYA KEMBALI >

Sesungguhnya Allah berhak mengambil kembali hidup dan kehidupan ini bila tiba masanya nanti. Hidup diambil oleh Allah dengan menamatkan degup jantung dan denyut nadi. Kehidupan pula diambil dengan ‘meragut’ apa yang telah kita miliki. Ini termasuklah kedudukan, kekasih, tunang, isteri, suami dan segalanya yang kita miliki.

Setakat mana Allah pinjamkan seseorang kepada kita, kita perlulah redha. Kita cuma meminjam, dan satu waktu nanti yang entah bila dan di mana, kita perlu memulangkannya kembali. Kita tiada pilihan melainkan redha dan pasrah.

Begitu juga apabila cinta dan kasih seseorang terhadap kita mula beralih dan berpindah. Beralih dan berpindah kepada orang lain, maka, mungkin setakat itu jugalah Allah meminjamkannya kepada kita. Kita tiada pilihan melainkan akur dan pasrah. Sesungguhnya itu bukanlah semata-mata kehendak orang yang kita cinta, tapi ia juga adalah ketentuan dari Maha Pencipta

Walaupun pesanan yang ditititipkan ini terlalu ringkas namun ia sudah cukup untuk mengembalikan kita ke paksi normal yang berobitkan agama. Ia sudah memadai untuk kita mewaraskan diri dan mewajarkan situasi


44 comments :

  1. sedih jgk beri ta yang kat atas tu..kesian..

    ReplyDelete
  2. BUATBEST.
    Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Terpaksa redha dan pasrahlh empunya nasib.

    ReplyDelete
  3. Betul tu.... OKje nak tambah SOOO... bila dah ada depan mata... sayangilah ia sepenuh hati, sebelum menyesal dikemudian hari!

    ReplyDelete
  4. smoga beliau tabah menghadapi cabaran ini..

    ReplyDelete
  5. berat sunnguh dugaan yg datang....hanya harap mangsa dpt redha....kdg2 kite lupa bile di depan mata, kite x menghargainya, bila dah tiada barula terasa kehilangannya....

    ReplyDelete
  6. hainom OKje .
    Setuju skli ngan hainom OKje. Hargailah sementara masih ada dan masih di depan mata. Dgn ini kita tidak sasau dan nanar andainya ditakdrikan berlakunya kehilangan.

    ReplyDelete
  7. Mrs.Eady .
    Kpd yg telah dan sdg menghadapi, moga Allah kurniakan ketabahan hati utk redha dan pasrah. Kpd semua, jadikan ia sebagai iktibar..

    ReplyDelete
  8. Intan Norhaida.
    Kita yg membaca kisah inipun sudah didatangi sebak dan pilu, apatah lagi org yang mengalami. Bak kata org2 tua " berat mata memandang, berat lagi bahu memikul." moga mereka ini tabah dan cekal menghadapi dugaan yg menimpa.

    ReplyDelete
  9. kita mana mungkin mengawal takdir hidup kita.. Allah yg tentukan setiap perkara mula & akhirnya...

    ReplyDelete
  10. ya, kita milikNYA
    kita hanya merancang... DIA penentu segalanya
    dan saya suka pesanan yg dititipkan sahabat cg.Shameel...

    kalau sudah ditakdirkan ia bukan milik kita... tunggu bertahun pun tidak akan... Tapi, jika ditakdirkanNYA melihat sekilas pun ...
    DIA ada perancangan hebat untuk kita... insyaallah

    ReplyDelete
  11. caliph shuriken.
    Kehendak Allah mengatasi segalanya. Sebagai manusia kita perlu redha dan pasrah walau seperit mana sekalipun mengusung derita..

    ReplyDelete
  12. cikguNae.
    Sampai skrg pesanan sahabat via sms tu sy simpan dlm hp saya...

    Sesungguhnya Allah itu Perancang dan Pelaksana Yang Maha Sempurna..

    ReplyDelete
  13. teringat dugaan macam-macam..sentiasa menyediakan diri utk apa2 kemungkinan..tp kita tetap manusi alemah..pasti tersungkur pada mulanya..

    ReplyDelete
  14. Allah penentu segalanya. Dialah tuan kita semua. Segala puji-pujian hanya untukNya.

    ReplyDelete
  15. Sungguh apa saja yg hidup pasti akan mati dan yg pasti tidak ada satu pun milik mutlak kita. Dapat diberi pinjam dah beruntung dan bersyukur..


    ReplyDelete
  16. Nora Shahaira.
    Dugaan datang tanpa disangka, dan sebagai manusia kita perlu siap siaga.

    "Cekal mengatur langkah meskipun sering diusik gangguan"

    ReplyDelete
  17. Cikli .
    Allah pennetu segalanyadan kita perlu akur dan pasrah.

    ReplyDelete
  18. Kakzakie .
    Segalanya pinjaman kak, satu masa nanti kita pasti kena hantar balik. Cuma, tika dan masanya nnt..

    ReplyDelete
  19. takdir hidup mmg tak terduga..

    *terkenang sorang sahabat yg kini di G.Musang, smpai skrg masih solo lps tunangnya meninggal dlm accident jln raya.

    ReplyDelete
  20. tiada apa milik kita, bila dipinjamkan sementara dan pemilik itu menjadi orang yang kita sayang, peritnya untuk memulangkan kembali hanya yang merasa dan melalui lebih mengerti.

    ReplyDelete
  21. ajal kita dah di tetapkan.... tidak lewat dan tidak cepat...

    ReplyDelete
  22. Ujie.
    mungkinshbt ujie tu benar2 kecewa dgn nasib yg menimpa. Moga satu masa nnt, pintu hatinya kembali terbuka.

    ReplyDelete
  23. Rain .
    Benar skli Rain .Meskipun kita tahu segala2nya adalah pinjaman, namun Memulangkan kembali amat memeritkan dan kekedang mencalar hati dan perasaan.

    ReplyDelete
  24. Masz Sidek.
    Ajal pasti menghampiri walaupun kita menjauhi.

    ReplyDelete
  25. Salam, dik shameel. Ajal maut, jodoh pertemuan, semuanya Allah yang menentukan. Semua yang terjadi itu adalah ikhtibar buat renungan kita semua....

    ReplyDelete
  26. Kak Imun.
    Benar skali kak. Ajal, maut,jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Allah. Kita sebagai manusia terpaksa akur andainya realiti tak seindah yg kita impikan..

    ReplyDelete
  27. yg kekal abadi adalah Allah..sbb tue kite nie kena sygkan Allah mengatasi yg lain..

    ReplyDelete
  28. Zura.
    Benar skli zura. Sbb itu jugalah Allah itu adalah kekasih awal dan akhir..

    ReplyDelete

  29. Assalamualaikum saudara shameel.

    Maaf sebab saya tak faham maksud ayat yang saudara ni..

    "Begitu juga apabila cinta dan kasih seseorang terhadap kita mula beralih dan berpindah. Beralih dan berpindah kepada orang lain, maka, mungkin setakat itu jugalah Allah meminjamkannya kepada kita. Kita tiada pilihan melainkan akur dan pasrah. Sesungguhnya itu bukanlah semata-mata kehendak orang yang kita cinta, tapi ia juga adalah ketentuan dari Maha Pencipta"



    ReplyDelete
  30. Anom..

    ".....Sesungguhnya itu bukanlah semata-mata kehendak orang yang kita cinta, tapi ia juga adalah ketentuan dari Maha Pencipta"

    maksud ayat ni ialah.. mmglah org yg kita cinta meninggalkan kita(cintanya beralih dan sayangnya berpindah kpd org lain). Ia berlaku mungkin krn dia curang, tak setia atau kita hanyalah batu loncatan. Tapi, semua itu berlaku atas kehendak Allah juga.

    Jika selama ini Allah yang mencampak perasaan cinta, kasih dan sayang di hatinya terhadap kita dan kini Allah telah mencabut persaan itu dari hatinya. Allah berkuasa membolak balikkan hati manusia.


    Jik

    ReplyDelete
  31. Scya Lollita.
    Trima kasih ats kunjungan. Dua kisah benar yg dipaparkan dalam dua akhbar di atas memang menyayukan hati.. Tapi seberat2 mata memandang,berat lagi bahu yang memikul..

    ReplyDelete
  32. semua yg berlaku kat atas dunia nih, semuanya kerja Tuhan..kita hanya mampu berdoa.

    ReplyDelete
  33. CintaZulaikha.
    Kerja Tuhan tak siapa yang tahu dan hanya Tuhan yang tahu cerita kita sampai habis..

    ReplyDelete
  34. Salam Shameel.. sedih & sebak bila baca kisah camni.. lagi berat yg menanggung drpd kita yg baca.. betol apa Shameel ckp tu :

    semuanya takkan kekal. takkan pasti pon.


    semua hak milik DIA.DIA berhak amek balik bila2 masa je.. semoga mereka tabah..



    *kisah entry ana tu bkn kisah ana. kisah kawan ana. dia luah pd ana :)

    ReplyDelete
  35. anamizu kaito.
    Mmg sedih Ana. Bayangkanlah 4 jam lagi nak kahwin tiba2 tunang meninggal dunia.. Yg satu lagi, baru 5 jam kahwin, tiba2 meninggal.. Saya yakin, tnpa iman yg kukuh boleh menyebabkan seseorg itu hilang kewarasan buat seketika. Hakikat yg memedihkan mcm ni mmg sukar nak diterima, tapi takdir tetap takdir..

    Saya ingatkan kisah entry tu kisah Ana.. Tapi ia menarik utk muhasabah diri.

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum Akhi.

    Sedih sekali bila membaca kisah dalam akhbar tu. Lagi sedih bila membaca huraian dan pencerahan dari akhi. Kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan.

    Insaf bila membaca entry ni. TQVM kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  37. Jiwa Hamba.
    Kita sedih bila membaca tapi diorg yg mengalaminyi lagi sedih dan merana.Trima kasih sahabat ats kunjungan dan komentar.

    ReplyDelete
  38. Salam Saudara Shameel Iskandar..

    Sudah ditakdirkan entri kita kali ini berkenaan dengan takdir :)

    terima kasih. membaca entri saudara, makin bertambah pula keimanan saya pada Qada dan Qadr-Nya.
    marilah kita semua menjadi pencinta takdir. insya Allah. amiin.

    ReplyDelete
  39. Tukang Kata.
    Wassalam. Pencinta Takdir bermakna Pencinta Maha Pencipta.Kita hamba wajib redha dan pasrah.

    ReplyDelete
  40. sememangnya apa yang kita ada hanyalah pinjaman dari Allah..

    sedih klu baca berita mcm tu, tapi memang tak ada jodoh kan..

    ReplyDelete
  41. "dariNYA kita datang, kepadaNYA jua kita kembali" - moga roh mereka ditempatkan dlm golongan org2 yg beriman.. amiinn..

    teringat kisah sepupu yg excident kat kedah 12 tahun lepas.... wife, anak2 dan mertua meninggal ditempat kejadian.. Alhamdulillah selepas beberapa tahun dia dapat terima kenyataan dan memulakan hidup baru.. "berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul"

    ReplyDelete
  42. ZEEQA AJIE .
    mmg sedih bila membaca kisah sebegini, tapi org yg mengalaminya amat parah hati n perasaannya
    . Benarlah sesungguhnya ajal,jodoh dan maut itu ketentuan Tuhan.

    ReplyDelete
  43. HiDa.
    Hanya org yg kuat iman sahaja dpt menerima kenyataan ni.Yg pasti tentu sahaja akan mengambil masa utk menerima kenyataan yg amat pedih ni.

    ReplyDelete