Monday 3 September 2012

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA(KPM) BAGI SESI JANUARI 2013



Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2013 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 01 hingga 30 September 2012.

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Januari 2013 dikeluarkan mulai 21 Oktober 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 03 November 2012 .

Sila semak maklumat anda melalui laman web e-GTukar .Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.



Berdasarkan maklumat ini, ruang dan peluang
untuk guru2 bertukar ke Kelantan seakan-akan tertutup terus


Info Tambahan:

Jika dirujuk kepada OPSYEN YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN KE NEGERI-NEGERI BAGI PERTUKARAN JAN 2013, SEKOLAH MENENGAH HARIAN (SMK), ternyata tiada ruang dan peluang untuk mana-mana guru bertukar ke Kelantan. Walaupun begitu, tidak salah untuk mencuba. Jangan mengalah sebelum berjuang, untung sabut timbul dan untung batu pula tenggelam.

Secara peribadi, ketika memohon untuk pertukaran ke Kelantan pada sesi Jun 2012 , lansung tiada kekosongan untuk subjek yang saya pohon. Namun, saya degilkan diri untuk memohon dan syukurlah permohonan saya akhirnya diluluskan meskipun saya membuat permohonan e-GTukar, hanya enam hari sebelum tarikh akhir permohonan.


10 comments :

  1. rasa simpati pd shbt seperjunagan yg dah minta pindah berkali2 ke kelate tp xdpt2....naik turun putrajaya dah besa...anak membesar x didepan mata...

    ReplyDelete
  2. Intan Norhaida.
    Itulah nasib yg menimpa guru2 kelantan di perantauan. Macam sy jugaklah, kenaberkhidmat kt sabah slma 6 thn, pastu kena plak kt perak slama 5 thn. Syukur kpd Allah,bulan 6 aritu sy dpt pindah ke kelantan..

    ReplyDelete
  3. Pakat bersabarlah puok cikgu semua...buke setakat cikgu jah takdok kosong di kelate...ambo sebagai penjawat awam hok lain pun serupo denghe cikgu jugak...ore kelate ramai cari make di perantauan....InsyaAllah ada rezeki kita balik jugak...ambo pun tunggu status jugak la ni...huahuahua...sedapnya cikgu syamil kito buleh kelik doh...ambo nok kelik jugak...setaro mano pun dudok luar, ore kelate lebih suko kelik kampung lagi...bak kato pepatoh....hujan emas 'zhulian' negeri ore, hujan batu 'permata' di negeri kelate...ambo nak kelik weiiii....

    ReplyDelete
  4. Kalau dulu OKje jadi guru kan best ek.....

    ReplyDelete
  5. sukarnya nak masuk Kelantan... Alhamdulillah dapat juga cg.Shameel balik berkhidmat di negeri sendiri

    nak cuba mintak tukar ke Kelantanlah...

    ReplyDelete
  6. sama la dah rasa jemuh la isi borang minta klate tak dapat minta besut pun tak bole lagi la

    ReplyDelete
  7. TaTJ.
    Sebagai anak kelantan, sejauh mana sekalipun merantau pasti nak kembali bertugas di negeri sendiri jugak.

    ReplyDelete
  8. hainom OKje.
    Pernah bercita2 nak jadi guru ke?

    ReplyDelete
  9. cikguNae.
    mmg sukar nk masuk kelantan.Syukurlah sy dpt tkr ke kelantan. Nape plak cikguNae nk mintak kelantan?

    ReplyDelete
  10. Anonymous.
    Try lagi dan jgn jemu memohon. Paling ptg mohon juga dgn Allah. Insha-Allah dapat nnt.

    ReplyDelete