Monday 10 September 2012

Psy(Oppa Gangnam Style) mahu jadi penyanyi Korea terhebat di AS




Artis rap Korea Selatan, Psy kini popular di Amerika Syarikat (AS) ekoran video muzik lagunya Gangnam Style kini melepasi 130 juta tontonan di YouTube. Klip video lagu berkenaan mula disiarkan di laman perkongsian video tersebut pada pertengahan Julai lalu.

Pada minggu ini, Psy meneruskan usahanya untuk mendominasi dunia dengan muzik pop Korea atau K-pop apabila satu klip video pendek mengenai Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang diterbitkan di AS.

Klip video berkenaan diterbitkan oleh Scooter Braun yang merupakan pengurus kepada bintang remaja popular, Justin Bieber.

Bercakap mengenai klip video tersebut, Braun berkata, mereka merancang untuk menjadikan Psy sebagai artis Korea Selatan pertama yang mencapai kejayaan besar di AS.


Sumber :Kosmo

Jom layan :

No comments :

Post a Comment