Saturday 8 September 2012

Tiga politeknik premier akan dinaik taraf menjadi universiti politeknik pada tahun 2015


(gambar dari google)


Tiga politeknik premier dijangka dapat dinaik taraf sebagai universiti politeknik pada 2015, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Ab Rahim Mohd Noor.

Beliau berkata politeknik terbabit ialah Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Johor Bahru.

Program perintis telah dilaksanakan di Politeknik Ungku Omar dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain seperti Universiti Teknologi Mara dan kumpulan pertama akan menerima ijazah bersama pada konvokesyen politeknik itu bulan ini.

"Saya harap ini akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar politeknik untuk terus menyambung pelajaran di peringkat ijazah di dalam politeknik sendiri," katanya pada sidang media selepas merasmikan konvokesyen ke-12 Politeknik Seberang Perai, di sini hari ini.

Ab Rahim berkata penubuhan universiti politeknik di bawah Agenda Transformasi Politeknik itu diyakini mampu membina upaya politeknik untuk membangunkan sumber manusia yang memenuhi keperluan model baru ekonomi yang berasaskan inovasi dan kreativiti.

Berita lanjut, langsung sahaja ke Sinar Harian




4 comments :

  1. Alhamdulillah...semoga dpt melahirkan graduan2 bertaqwa.

    ReplyDelete
  2. School Of Tots.
    Itulah doa dan harapan setiap ibu bapa dan keseluruhan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  3. bagusla...kebyakan pelajarnye berbangsa melayu n beragama islam...harap dpt memartabatkan lg agama n bangsa kt..

    ReplyDelete
  4. Intan Norhaida.
    Itulah yg kita harapkan. Namun, ada juga yg perlekehkan lulusan poli dgn alasan mrk ni gol yg tak layak masuk U. Padahal dlm byk2 keadaan adakalanya lulusan poli lebih menyerlah dari segi mutu kerjanya.

    ReplyDelete