Thursday 14 February 2013

Kumpulan Penceroboh Bersenjata Di Lahad Datu Sabah Disahkan Daripada Keturunan Kesultanan Sulu

gambar dari Nescafeais



Identiti sekumpulan orang asing bersenjata api yang menceroboh masuk ke kawasan Pantai Tanduo berdekatan Felda Sahabat 17, Lahad Datu dekat sini pada Selasa lalu disahkan daripada keturunan Kesultanan Sulu. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kumpulan itu yang dianggar melebihi 100 orang bertindak menceroboh kawasan terbabit bagi membuat dua tuntutan kepada kerajaan Malaysia. 

"Tuntutan pertama, kumpulan itu tidak mahu dikenali sebagai kumpulan militan sebaliknya mereka mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu. 

"Satu lagi tuntutan yang dibuat adalah menggesa kerajaan Malaysia agar tidak menghantar balik rakyat berketurunan Sulu yang tinggal di Sabah," katanya di sini semalam.

Beliau menambah, kumpulan terbabit didapati menceroboh negara ini dengan niat untuk membuat tuntutan tersebut. "Kita lihat tuntutan yang dibuat ini lebih kepada meminta sesuatu daripada kerajaan. Ini adalah salah kerana mereka sepatutnya menggunakan saluran yang betul.

"Ketika ini pasukan keselamatan kita sedang mengepung kumpulan terbabit dan meminta agar mereka meninggalkan kawasan tersebut secepat mungkin," ujarnya. Mengulas mengenai kumpulan terbabit, Ismail percaya mereka telah menyeludup masuk ke Pantai Tanduo menerusi perairan Lahad Datu menggunakan bot pancung. 

Sumber: Kosmo 

Info Tambahan: 

Beberapa minggu yang lepas di Kedai Buku Jaafar Rawas Kota Bharu, saya terjumpa sebuah buku tentang Kesultanan Sulu. Saya rasa ia merupakan sebuah penulisan yang cukup ilmiah, tapi saya selera saya tumpul untuk memilikinya. Tapi bila keturunan Kesultanan Sulu terlibat dalam kes pencerobohan di Lahad Datu, rasa tiba-tiba menyesal dan terkilan kerana mengabaikan buku tersebut. Yang pasti Kesultanan Sulu adalah antara tiga buah Kerajaan Melayu yang telah luput di dunia, selain Kerajaan Melayu Champa dan Kerajaan Melayu Pattani. Saya dan Lahad Datu bukanlah sesuatu yang asing. Ini kerana selama enam tahun saya mendiami Lahad Datu dan bertugas sebagai pendidik di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu(SMSLD)

21 comments :

  1. Saya pernah baca dlm satu mjlh bhw sehingga skrg kerajaan kita masih membayar sejumlah wang kpd kesultanan sulu sbb mengambil Sabah. Tapi saya mcm susah nk percaya sbb tak pernah dgr dari mana2 sumber.

    Nampaknya mcm betul, sbb tu mereka berani buat tuntutan.

    ReplyDelete
  2. Ujie.
    Trima kasih Ujie. Ni first time sy dgr ttg pembayaran wang kpd kerajaan sulu sbb ambil Sabah tu. Sy jd smkin brminat nk ambil tahu isu ni scara mndalam.

    ReplyDelete
  3. memang betul tu baca lah sejarah kesultanan sulu banyak tu ...biar macam mana pun mereka berkeras menuntut sabah..sampai sekarang ni belum ada kata putus lagi rundingan belum menampakkan kemajuan..

    ReplyDelete
  4. saya pun pernah dengar tntg komen pertama tu...tapi sejauh mana betul ka x, saya pun xtau.gila ah~ makin naik tocang la PTI yang dari filipin mengaku2 keturunan sulu.huhu

    ReplyDelete
  5. Saya pernah terbaca...Kesultanan Sulu ni berkaitan dengan sejarah kemerdekaan negara & Sabah Sarawak.

    Sabah ambil keputusan utk merdeka bersama Malaysia, walhal Kesultanan Sulu beranggapan Sabah milik mereka dan hanya dipajak kepada pihak Inggeris @ Belanda saya xpasti...

    Dan ada sejarah Komando Filipina melatih Melayu di sana utk menghuru-harakan Malaysia utk mengambil semula Sabah tapi mereka enggan apabila hendak dihantar utk menjalankan tugasan tersebut kerana sesama Melayu dan akhirnya mereka ditembak (cuba google...) Dari situ bermulanya penubuhan MILF utk memberontak atas kejadian tersebut...

    Cuba tuan2 cari insiden askar Filipina tersebut

    ReplyDelete
  6. Anonymous(February 15, 2013 at 9:15 PM)

    mmg kita kena baca sejarah kesultanan Sulu sebab supaya kita dapat tau dgn lebih detail ttg perjuangan dan tuntutan mereka. Apap un sabah telah menajdi hak milik Malaysia dan wilayah sulu(selatan filipina) pula berada dlm kekausaan filipina. Dan jika ada isu berbnasgkit harap2 dapat diselesaikan melalui rundingan.

    ReplyDelete
  7. neesa_jun.
    Trima kasih neesa_jun. Saya pun sdg2 mencari2 fakta ttg itu..mmg PTI dah lama naik toncang kat sabah(berdasarkan pengalaman menetap slema 6 tahun kat Lahad Datu)..

    ReplyDelete
  8. Anonymous (February 15, 2013 at 11:18 PM)

    Mmg benar apa yg shbt nyatakan.. Itu yg paling basic ttg ttg sejarah awal sabah(yg dikuasai oleh kesulktanan brunei dan sulu sebelum kedatagan syarikat berpiagam borneo utara)dan juga ttg kemasukan sabah ke dlm Malaysia(iaitu majoriti penduduk sabah bersetuju utk bersama Malaysia menurut laporan Cobbold)

    Tapi fakta2 yg menyeluruh ttg tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah perlu dicari sbb tak banayk yg kita ketahui.. mungkin di arkid negara dan arkib negeri sabah ada disimpan.

    p/s: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda berpihak kpd Malaysia dlm kes tuntutan bertindih terhadap pulau sipadan kerana surat pajakan mengutip telur penyu di pulau tersebut yang bercopkan SBBU dan bukannya Belanda. Tanpa surat itu mungkin Pulau sipadan skrg berada dlm wilayah indonesia.Dan surat pajakan itu tersimpan di arkib negeri sabah.

    ReplyDelete
  9. Cg..mungkin kuar tajuk sikit..hehe,tntutan kedua ada kemuskilan dan sdikit menarik perhatian,kenapa kumpulan tu menuntut agar org2 mereka yg berada d sbah supya tdak d hantar pulang..?adakah ada maksud d sbliknya?~anak murid lahad datu dr tamparuli~

    ReplyDelete
  10. Anonymous Anonymous(February 17, 2013 at 9:18 AM)
    Susah ut ksy jawab sbb isu ini agak sensitif.. Cuma, dlm buku berjudul Tausug dan kesultunan Sulu, penulis buku tu berhujah, org Sulu adalah antara penduduk Sabah sebab dulu Kesultanan Sulu menguasai lima wilayah dan antaranya ialah Borneo Utara(sabah).Dan sampai skrg mereka tidak berada dlm kekuasaan filipina secara sah.

    ReplyDelete
  11. emmm ....ada baca kat blogger atie...

    ReplyDelete
  12. OKje rasa Shameel ni mesti guru sejarahkan...hehe... betul tak?

    ReplyDelete
  13. Baca dlm blog malaysiaincrisis termasuk komen dari pembaca. Byk info boleh kita dpt dari blog itu.

    ReplyDelete
  14. hainom OKje.
    Hehehe.. yup sy ni guru sejarah. Dulu belajar ekonomi dan sejarah kat USM

    ReplyDelete
  15. Anonymous(February 18, 2013 at 9:25 AM)
    Trima kasih atas info, nanti sy kunjungi blog tu.

    ReplyDelete
  16. menceroboh? dah penceroboh buat tuntutan? penceroboh tu plak bawak senjata?

    dari knyataan media polis tu..diaorg menceroboh akibat masalah di selatan filiphina..


    bayangkan 100org penceroboh boleh masuk malysia bawak snjata dan buat tuntutan..

    ReplyDelete
  17. sememangnya sabah bukan milik semenanjong,kenapa semenanjong merepek?oil sabah cuma kasih bagi 5%...sabahan dikata''manusia pohon''oleh semenanjong...alasan apa sabah masih gabung semenanjong?freedom sabah,sulu is the riil owner

    ReplyDelete
  18. Anonymous (February 20, 2013 at 4:16 PM)
    Itu pandnagan anda dan saya hormati.. Cuma sy rasa tergelak dgr perkataan sulu is the real owner... Lawak sungguh ayat2 tu..

    ReplyDelete
  19. Arul Chelsea .
    Itulah yg menjadi tanda tanya? 100 org menceroboh dan bawa senjata.. Pastu buat tuntutan.. Adakah ia ulangan skrip lama(Al-Maunnah)

    ReplyDelete
  20. tnye je kat i tntng real story of borneo or sabah. jijiji

    ReplyDelete
  21. Anonymous(February 23, 2013 at 8:28 PM).
    Menarik juga tu.. Hehehe, salam persaudaraan.

    ReplyDelete