Sunday 12 February 2012

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA | TERIMA KASIH KERAJAAN.




RM500.00 yang diagihkan menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) amatlah bererti dan sangatlah bermakna buat golongan marhaen, termasuklah kepada kedua orang tua saya. Saya amat yakin, seluruh warga marhaen pun begitu juga.

Di samping berterima kasih kepada kerajaan dan bersyukur kepada Tuhan, jauh disudut hati warga marhaen, amat mengharapkan agar program membela rakyat ini akan berterusan untuk tahun-tahun akan datang. Janganlah tahun ini menjadi kali pertama dan terakhir untuk BR1M. Biarlah ia menjadi agenda tahunan dan bukannya agenda memancing sokongan.

5 comments :

  1. setuju bro....harap ia berterusan...bukan hanya tahun ni sahaja...:)

    ReplyDelete
  2. kata dek sorang veteren politik kerajaan yang mungkin dah frust, "eleh selepas lebih 50 tahun merdeka baru ni nak bagi, cuba korang bahagikan setahun/bulan/hari... brapa hengget?"

    iskh! macam-macam la

    ReplyDelete
  3. Rezeki datang.. Alhamdulillah.. dapat lah meringankan beban sedikit. Syukuran..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Syukur juga.
    Tapi cara agihannya agak menyusahkan kerana baucar perlu diserahkan dalam majlis. Faham-faham sahajalah orang tua, perlu mendengar segala ucapan bagai... Kesian sangat. adehhhh~~

    ReplyDelete