Saturday 18 February 2012

Kerana Aku Anak Kelantan

Saya tidak berminat untuk berbicara isu-isu politik di blog saya ini. Tapi, isu-isu yang berlaku telah menjadi pendesak yang benar-benar mengasak saya untuk berbicara isu-isu berbaur politik.

Di sini saya berbicara selaku anak Kelantan. Saya ingin mempertahankan maruah Kelantan yang dipijak-pijak oleh Perdana Menteri Malaysia. Sesungguhnya menjadi kewajipan terhadap seluruh warga Kelantan untuk mempertahankan setiap inci bumi Kelantan. Tidak kira, apa parti sekalipun yang memerintah Kelantan, yang pasti Kelantan adalah Kelantan. Parti pemerintah negeri Kelantan( Parti yang membentuk Kerajaan Kelantan) boleh bertukar ganti tapi Kelantan adalah Kelantan dan tiada galang ganti. Dan, andainya Kelantan ditadbir oleh UMNO/BN, dan PAS/PR pula yang bertindak menghina Kelantan, percayalah PAS/PR pula akan saya tentang.


Tapi yang banggangnya UMNO/BN tidak boleh menerima kenyataan yang rakyat Kelantan tidak menerimanya. Sejak Kelantan merdeka dari penjajahan UMNO/BN, Kelantan tidak pernah sepi dari difitnah. Terbaru Haji Najib selaku suami kepada Hajjah Rasmah telah menuduh Kelantan sebagai negeri termiskin di Malaysia. Lihat :. --> SINI

Sebenarnya sejak 1990(tahun PAS memerintah Kelantan), Kelantan berkali-kali dituduh sebagai negeri termiskin. Padahal , sepanjang tempoh tersebut, Kelantan tidak selamanya berada dalam kedudukan teratas carta miskin tegar. Klip Video di bawah akan menjawab segala fitnah jahat pihak penjajah yang kini kehilangan kuasa.



Klip video di bawah pula menjelaskan betapa kejam dan jahatnya seorang Menteri yang berasal dari Kelantan. Beliau membuat pengakuan sesungguhnya dia telah mendera rakyat Kelantan dan menyekat sebarang peruntukan kepada Kelantan sejak kerajaan diambil laih oleh PAS pada tahun 1990. Beliau juga mengaku hanya setelah Pak lah mengambil alih jawatan Perdana Menteri, barulah hak Kelantan sebagai sebuah negeri di Malaysia turut diakui. Namun, dalam masa yang sama(era pemerintahan Pak Lah), terdapat juga segelintir menteri-menteri yang berasal dari Kelantan yang mendesak Pak Lah agar terus mendera Kelantan. Bagi mereka Kelantan perlu didera sehinggalah UMNO/BN berjaya memerintah Kelantan. Mujurlah Pak Lah tak sekejam itu. Sila hayati klip video di bawah:



Nasihat saya kepada UMNO/BN, akui sahajalah kalian tidak bijak mengatur strategi untuk merampas Kelantan. Kalian hanya menghulurkan bantuan bila berlakunya kematian wakil rakyat. Bila adanya pilihanraya kecil kerana kematian wakil rakyat, mulalah kalian masuk kampung hulur bantuan. Bantuan yang melimpah ruah dan tidka terjangkau oleh akal yang waras. Apa tidaknya, orang kampung yang bekerja sebagai ponoreh getah pun kalian bagi sumbangan jala dan perahu.

Sebenarnya saya ada beberapa data yang menunjukkan kroniknya masalah rasuah di Malaysia dan pincangnya beberapa perkara di Malaysia. Tapi saya tak sampai hati untuk paparkan kerana saya tak sanggup memburukan negara sendiri. Di sini saya hanya ingin menegur keceluparan Haji Najib, suami kepada Hajah Rasmah.

Ingin saya tegaskan sekali lagi, Parti yang membentuk Kerajaan Kelantan boleh bertukar ganti tapi negeri Kelantan tiada galang ganti. Dan, andainya Kelantan ditadbir oleh UMNO/BN, dan PAS/PR pula bertindak menghina Kelantan, percayalah PAS/PR pula akan saya tentang.

26 comments :

  1. B'art .
    Terima kasih ats kunjungan sobat. Moga ukhwah antara blogger Malaysia dan indoensia bertambah erat

    ReplyDelete
  2. Salam Ziarah...
    Nak buat macam mana...
    Dah Umno memang Haramjadah...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. jujurnya..saya pun rasa yg negeri awak mmg dah lama terdera.

    tapi saya dapati rakyat kelantan tetap kuat dan pandai menilai mana intan, mana kaca..

    ReplyDelete
  5. salam sahabatku shameel..

    nenek tiri saya tinggal di pangkal meleret,kelantan..setiap kali saya ke sana, saya berasa kagum terhadap umat melayu islam di sana..pada saya, mereka adalah melayu terhebat !

    UMNO/BN ???? saya tidak pernah berasa suka pada puak ini !

    ReplyDelete
  6. buta sejarah dan statistik itu presiden umno

    ReplyDelete
  7. Mat Indera Sipejuang.
    Terima kasih ats kunjungan sahabatku. saya setuju dgn pandangan sahabat,cuma perkataan 'Haramjadah' kurang enak didengari.

    ReplyDelete
  8. Ujie.
    Kalau dikaji rekod2 lepas, semua pihak kena akui kelantan adalah universiti politik utk Malaysia. Kelantan satu-satunya(selain sabah era kekuasaan PBS tahun 1990,) negeri yang tidak berpolitik secara taklid. Sejak merdeka, Pas dan UMNO/BN sering bertukar ganti memerintah Kelantan.

    Ini harus diakui dan tidak adil utk menzalimi rakyat kelantan kerana berbeza selera politiknya dgn penguasa putrajaya

    ReplyDelete
  9. a.samad jaafar.
    Terima kasih sahabt atas komentar. Saya sebenarnya amat hairan dgn slogan ketuanan melayu yg dilaung2kan. apa ertinya ketuanan melayu, jika negeri yg majoriti penduduknya melayu(kelantan) didera dan dizalimi.

    ReplyDelete
  10. antara semua negeri,saya sudah jatuh cinta pada negeri Kelantan..berada di kalangan para pecinta Islam,yang menegakkan agama Islam...di merata kampung yang pernah saya jelajahi..walaupun didera pelbagai cara

    ReplyDelete
  11. Cikli .
    Lebih kurang begitulah istilahnya Cikli .

    ReplyDelete
  12. ummiarissa.
    Terima kasih ummiarissa atas komentar.

    saya pula sejujurnya sudah kunjungi satu malaysia, baik kerana belajar mahupun kerana kerja dan melancong. Yang pasti kemiskinan ada di mana-mana. Dan saya tidak berminat utk memaparkan episod2 kemiskinan di negeri2 yg saya kunjungi dalam entry ini sbb menghormati rakan2 blogger dari pelbagai negeri dan pelbagai parti.

    cuma, harus diakui, di bumi kelantan, org melayu mampu bertahan dgn segala kekuatan

    ReplyDelete
  13. aku bukan orang kelantan bukan gak penyokong mane2 parti.. tapi aku yakin ngan satu perkara.. kerajaan mase sekarang ni memang tak leh pakai.. kebanyakan dorang guna kuasa untuk kepentingan diri sendiri je.. isu boros.. jelas2 depan mata tapi sebab pelakunye isteri pm,sume orang wat pekak je.. jangan kata kelantan, susah malaysia camni..

    ReplyDelete
  14. Kelantan itu salah sebuah negeri dalam negara Malaysia

    Kelantan itu anak, Malaysia bapanya.

    Kelantan susah, Malaysia yang salah.

    sebab Malaysia bapa, kelantan anak.

    Kalau anak tak berjaya, yang gagal adalah bapa. tidak pandai mendidik anak.

    Berjayakan pentadbiran bapa?

    ReplyDelete
  15. kay_are.
    Terima kasih ats komentar. Saya sokong pandangan sahabat 100%

    ReplyDelete
  16. puteri.
    Kesimpulan drp pandangan Puteri ialah NAJIB SEORG BAPA YG GAGAL. Sebab apa dia gagal? Mungkin kerana 'disihir' isteri kesayangannya Hajah Rasmah.

    ReplyDelete
  17. mainan politik.tak kena pada tempat.yang kalah tak semestinya tak boleh membantu..tapi mereka-mereka yang suka mendera itu sebenarnya ada udang di sebalik batu.ada self interest.saya lihat macam banyak benda negatif yang umno bawa.saya bukanlah penyokong mana-mana parti sebab sy pon belum daftar.just piece of my mind-kerana saya juga anak kelantan

    ReplyDelete
  18. salam kenal org kg kita..:)

    sy tahu blog ni k.ujie kat ats tu yg bg link..tahniah entry yang best..sangat sakit hati bila negeri kita difitnah begitu..

    ReplyDelete
  19. Prettywrite.
    Terima kasih ats kunjungan. ni bkn kali pertama Najib hina kelantan. Tahun 2008 dulu dia kata dlm tempoh 18 tahun takde sebuah pun masjid dibina di kelantan. Saya tak pasti adakah matanya tertutup waktu dtg ke kelantan, atau dia tak nampak apa2 melainkan 'kejelitaan' hajah Rasmah mansor

    ReplyDelete
  20. sugar2 kapas strawberry.
    soal politik adalah soal kedua. ini persoalan maruah anak kelantan. jijik dan hina sekali kelantan pada pandangan haji najib. Dalam soal ini kita anak kelantan perlu jadi tok janggut dan lantang menentang keceluparan haji najib.

    ReplyDelete
  21. Saya lahir di Kelantan, membesar di US selama 3 tahun, kemudian kembali ke Malaysia dan menetap di Kuala Lumpur sehingga umur saya 34 tahun, akhir tahun 2009 saya kembali ke Tanah Tumpah darah saya Negeri Kelantan Darul Naim.

    2 tahun kembali ke Kelantan cukup untuk buat saya ambil keputusan untuk terus menetap di Negeri Kelahiran saya sendiri.

    Miskin..? Yang miskin tu kau Najib. Kau miskin "Amalan".

    ReplyDelete
  22. salam shameel... memang rasa sedih sangat bila macam2 irg cakap pasa kelantan... dalam segala hal mereka nak campur aduk semuanya gara2 politik..

    ReplyDelete
  23. Topeng Perak® Unmasked.
    Terima kasih ats kunjungan dan komen. Hanya anak2 kelantan yg takde harga diri sahaja yg sanggup mendokong dan menyokong perjuangan Haji Najib.

    ReplyDelete
  24. HiDa.
    Di kelantan segala-galanya dipolitikkan. Di kebanyakkan sekolah penuh dgn bendera umno/bn sdgkan umno/bn itu parti politik. sepatutnya bendera Malaysia dan kelantan yg dikibarkan.

    Begitu juga dlm byk2 hal segalanya dipolitikkan.

    Jujur dan ikhlas, kemampuan PAS mentadbir kelantan sampai hari ini adalah satu keajaiban. Sebabnya kerajaan PAS kelantan mampu bertahan walaupun didera dan dianaktirikan serta dinafikan beberapa peruntukan sebagai sebuah negeri di dalam Persekutuan Malaysia.

    ReplyDelete
  25. saya seorrg yg berjiwa patriotik,sgt berminat dan sering mengikuti perkembangn politik tanahair, lantaran kerana perasaan ingin tahu yg kuat dan juga ingin sama2x membantu memperjuangkan bangsa,agama dan tanah melayu saya melibatkan diri secara aktif dlm umno selama 2 tahun.kesimpulanya setelah menyelami semua peringkat pimpinan, saya berpandangan kerajaan sekrang hanya melaungkan slogan2x ketuannan melayu dan sebagainya tetapi "cakap x serupa bikin. terus terang saya katakan saya jengkel dan nak muntah dgn kehipokritan org melayu didlm umno yg sebenarnya berjuang atas kepentingan peribadi dan kroni.yg mengejutkan sy budaya umno ini meliputi semua peringkat pimpinan samaada bawahan atau atasan dan sekira sesiapa ingin mengubah dan membawa perubahan baru yg baik, pasti akan dicantas secepat mungkin melalui politik kotor mereka. Jadi pada saya walaupun mereka ini berketurunan melayu tetapi mereka ini tiadala bezanya dan adalah sama saja dgn bangsa kafir yg anti melayu kerana tergamak mendera rakyat kelantan demi kepentingan politik. Walaupun saya bukan anak kelantan saya tabik dan menyanjung tinggi pada rakyat kelantan kerana kekuatan dan perpaduan sesama melayu di negeri ini dlm memperjuangkan bangsa, agama dan tanahair. pada saya perpaduan rakyat kelantan harus dijadikan role model untuk bangsa melayu lain.Merekala pejuang Melayu yang "HEBAT" sebenarnya. mungkin sekiranya majorti pucuk pimpinan UMNO diberi peluang rakyat kelantan untuk menerajui,,insyallah saya yakin kita akan punya kerajaan yg lebih ikhlas, berintegriti dan lebih berjaya..mudah-mudahan.amin.

    ReplyDelete