Thursday 23 February 2012

RAJA BAYANGAN ALLAH DI BUMI : KENYATAAN HARUSSANI MENGGELIRUKAN




Sebaik sahaja membaca kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tentang kewajipan mentaati Raja, saya benar-benar keliru. Ingin sahaja, saya melontarkan segala kekeliruan di blog ini. Namun saya pendamkan seketika hasrat hati sebab takut dianggap kurang ajar kerana mempertikaikan kenyataan seorang Mufti, apatah lagi mufti yang paling senior.

Tapi, disebabkan hari ini(23.Feb.2012), Mantan Mufti Perlis,Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang turut mengulas dan sekaligus melakukan pemurnian terhadap isu tersebut, maka saya terpanggil untuk melebarluaskan isu tersebut di blog saya ini.

Kenyataan penuh Mufti Perak, Tan Sri Harussani boleh dibaca di :.--> Malaysia Kini. Saya cuma memetik dan sekaligus membicarakan isu-isu yang agak mengelirukan sahaja. Artikel penuh daripada Dr Asri pula, boleh di rujuk di :.--> SINI

  • Kenyataan Pertama : orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini.
  • Kenyataan kedua : Perjuangan untuk mempertahankan raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui sabda baginda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini."

Ulasan saya(berdasarkan artikel daripada Dr Mohd Asri Zainul Abidin):

Kenyataan Pertama : orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini.

Perkataan al-Sultan bukanlah bermaksud pemerintah yang memakai gelaran ‘sultan’. Jika tidak sudah pasti al-Khulafa al-Rasyidin menggunakan gelaran sultan. Sultan bermaksud pihak yang berkuasa. Ertinya ia merangkumi semua mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan tanpa mengira apapun gelarannya. Abu Bakr al-Siddiq memerintah selepas Rasulullah memakai gelaran ‘Khalifah Rasulillah’, kemudian pada zaman ‘Umar mula diperkenalkan gelaran ‘Amir al-Mukminin. Secara umumnya dipanggil keempat sahabat pemerintah itu dengan khalifah. Semasa Umawiyyah dan ‘Abbasiyyah dikekalkan gelaran khalifah. Selepas itu beberapa dinasti seperti Ayyubiah, Mamalik dan ‘Uthamaniyyah memakai gelaran sultan. Maka hendaklah jelas, perkataan sultan dalam hadis merujuk kepada ulul amri iaitu mereka yang berkuasa memerintah. Jangan putarkan hadis untuk pemainan politik. Ertinya, secara literal dalam konteks Malaysia, Perdana Menteri juga zhillu Allah ataupun bayangan Allah di bumi. Demikian Presiden Mesir, Libya dan sebagainya.

Kenyataan kedua : Perjuangan untuk mempertahankan raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui sabda baginda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini."

Kita sepatutnya bertanya, apakah maksud bayangan Allah? Apakah kita memahami seperti golongan literalis yang akan melihat sultan atau raja atau penguasa atau presiden sebagai benar-benar bayangan Allah yang kemudian mungkin dijustifikasikan segala tindakannya. Jika mereka itu berjudi di London ini sehingga tergadai balak dan minyak di negara mereka apakah itu bayangan Allah? Jika mereka kejam seperti Assad di Syria, atau mereka rasuah dan bermewahan dengan harta rakyat jelata, apakah mereka tetap dimuliakan sebab mereka bayangan Allah?

Pandangan Al-Imam al-Munawi dalam Faidh al-Qadir ketika menafsir maksud: “Al-Sultan bayangan Allah di bumi” perlu dihayati . Kata beliau “kerana dia memelihara manusia dari keburukan seperti bayang memelihara dari panas matahari”.

Bagaimana pula dengan persoalan taat dan ketaatan kepada Pemerintah/Sultan sebagaimana yang diperkatakan oleh Tan Sri Harussani. Sejujurnya sejak sekian lama, Islam telah menyediakan formulanya. Perhatikan ucapan Abu Bakr al-Siddiq ketika menjadi khalifah(saya boldkan perkataan yang sangat perlu untuk dihayati)

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).



KLIP VIDEO YANG WAJIB DITONTON.



Intipati kuliah daripada DR Asri dalam klip video di atas ialah

  • Pada tahun 1915, British mengarahkan tentera-tentera dari negara-negara jajahannya,termasuk India dan Tanah Melayu untuk dihantar ke Palestin
  • Ustaz Nur Alam mengingatkan tentera-tentera yang beragama islam yang berkhidmat dengan British agar tidak menyokong British dalam usaha memerangi dan merampas Palestin. Ini kerana Palestin adalah bumi islam.
  • Akibatnya, hampir seribu orang tentera-tentera yang beragama islam yang ditempatkan di Singapura enggan menyertai British dan mereka telah memberontak(dinamakan sebagai peristiwa dahagi).
  • Akhirnya British telah meminta bantuan tentera daripada Sultan Melayu(maaf saya tidak ingin sebut Sultan dari negeri mana. Sila tonton klip video di atas untuk mencari jawapannya)untuk membunuh tentera-tentera islam yang enggan menyertai British merampas Palestin.
  • Pertanyaan ikhlas dari saya(penulis), Layakkah digelar Bayangan Allah Di Bumi kepada Sultan yang telah bertindak menyokong British dan membunuh tentera-tentera islam yang enggan menyertai British untuk merampas Palestin.

Saya akhiri bicara saya ini dengan memetik sebahagian daripada artikel Dr Asri yang bertajuk Agama Sering Menjadi Mangsa.Lebih lanjut tentang artikel ini, sila klik :.--> SINI

Jika orang seperti Hitler dan Assad mampu mendapat restu golongan agama, maka tidak pelik jika dalam dunia ini ada mufti atau syeikh yang sanggup memuja-memuji pemerintah atau raja atau sultan dalam khutbah Jumaat dengan perhiasaan kata yang berlebihan.

Doa bertujuan mengampu disusun khas untuk penguasa, sultan dan raja serta keturunannya sekalipun mereka itu perasuah, perembat harta rakyat, bermewahan dengan istana, kereta dan harta sedangkan rakyat bawahan menderita airmata. Doa untuk rakyat yang miskin hanya secebis. Sebaliknya berlimpahan doa untuk penguasa, raja dan sultan dengan perhiasaan kata puja dan puji seakan mereka lebih tinggi dari para nabi.

Khutbah Jumaat yang menjadi tempat umat memuja dan pemuji Tuhan, bertukar pada bahagian doanya sebagai ampuan memuja dan memuji kerajaan dan sultan. Hal ini bukan sangat dengan pemintaan penguasa atau raja, tetapi ‘sang berjubah agama’ yang mempunyai agenda hidupnya yang tersendiri.

Juga lucu apabila ada seseorang berceramah tentang perjuangan murninya setelah dia dipecat ialah membela Islam, melayu dan raja. Sedangkan melayu tidak semestinya selari dengan Islam, demikian juga raja. Jika Islam itu diyakini syumul, membela Islam bererti terbela segala bangsa, raja dan rakyat.


p/s = kepada sahabat yang ingin meninggalkan komen, diminta tidak memberi komen yang boleh disifatkan sebagai menghina Sultan/Raja-Raja Melayu.

20 comments :

  1. Bilamana "AGAMA SERING MENJADI MANGSA'...Islam itu cukup Indah cukup Mudah..ini sering kita dengar...tetapi terlalu memudahkan agama itu..ini jgn dipandang Mudah..

    ReplyDelete
  2. Eye_nee.
    dalam kes ini hadis tersebut sekali gus agama telah dipergunakan oleh agamawan tersebut utk mempertahankan feudalisme.

    Bicara Harussani seolah-olah beliau mewakili Hang Tuah(seolah-olah ulama pewaris Hang Tuah dan bukannya mewakili Nabi SAW( ulama pewaris Nabi)

    ReplyDelete
  3. kita yang tak reti ni dok la dengar orang2 ilmuan ni bercakap, ingat kan nak dapat ilmu ler..rupa2nya tak semua yang disampaikan itu boleh dipakai.. lagi teruk kalau apa yang disampaikan tu menyimpang habih.. huhu

    ReplyDelete
  4. mula2 dgr mengenai JATI, saya dah terkejut & tak setuju sbb misi perjuangannya termasuk melayu & raja.

    bg saya, melayu hanya bangsa..yg penting agama islam.
    raja pulak, saya tak setuju sbb sistem raja kita berdasarkan keturunan. maksudnya, layak atau tidak..seseorang tu tetap jadi raja.

    takde masalah utk pertahankan raja, hanya jika dia benar2 layak.


    *sila delete komen ni jika tak sesuai/lari dari topik ya shameel.

    ReplyDelete
  5. Semakin membimbangkan.... kakak takut akibatnya pemahaman akidah jadi tonggang-langgang. Selalu kerana politik sanggup bermati-matian jadikan agama sandaran. Kalau sandaran dihurai +ve tak apa tapi salah percaturan akibatnya yg dibawah berpecah-belah... Allah Hu Robbi...

    ReplyDelete
  6. salam kenal..singgah ziarah sini..topik yang menarik..

    ReplyDelete
  7. 2-3 hari dah dok tunggu ilmuan bijak pandai ulas tentang ini. ulasan cikgu adalah pencerahan kepada isu ini.

    ReplyDelete
  8. Anaa.
    dulu pernah saya terbaca rencana oleh menarik bertajuk diet dlm pembacaan. maknanya apa yg ditulis oleh bijak pandai tak semestinya kita terus telan sbb mungkin bijak pandai itu ingin membodohkan kita. jadi kena diet bila terima maklumat.

    saya difahamkan teksnya(hadis yg digunakan oleh harussani ini sahih statusnya), cuma konteksnya tak betul.

    ReplyDelete
  9. Ujie .
    komen ujie selari dgn entry. Pada pandangan saya pun JATI itu meragukan. Matlamat perjuangan yg sempit.Pengasas JATI umpama Hang Tuah versi moden dah.

    ReplyDelete
  10. Kakzakie.
    Inilah yg dibimbangkan sebab apa yg berlaku di eropah dahulu kala/zaman gelap( sblum Renaissance dan reformation dln agama krristian) ,akn menimpa negara kita.

    Jika di eropah dulu agama ditafsirkan utk melobi pemerintah dan di negara kiat juga keadaan yg sama juga sdg berlaku. Mungkin krn pangkat, darjat dan habuan dunia sang mufti sanggup memutar belitkan nas-nas agama.

    ReplyDelete
  11. Tiramisu Fatiema .
    Terima kasih juga atas kunjungan dan salam ukhwah fillah dari saya.

    ReplyDelete
  12. Cikli.
    Kenyataan Harussani tu macam nak menegakkan feudalisme di negara kita. Kalau dlm konteks yg betul takpelah , ini tidak, tetapi dgn memaksa teks agar serasi dgn konteks.

    ReplyDelete
  13. salam syameel..

    artikel ini terlalu berat oleh orang seperti lady tuk memahaminya..

    tetapi pada pendapat lady, kata2 daripada khalifah Abu Bakar as-Siddiq adalah kata2 yang menjadi pedoman untuk kita pemimpin yang bagaimana perlu dihormati dan secara tidak langsung menjadi 'bayangan Tuhan'.

    "Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku”

    p/s : seriusly lady sgt2 tak faham istilah bayangan tuhan.

    ReplyDelete
  14. LadyBird.
    Sebenarnya mmg ada hadis ttg Sultan itu bayangan Allah di bumi dan saya difahamkan itu hadis yg sahih. lebih lanjut Lady boleh sahaja ke link yg sertakan d ibawah ini
    http://drmaza.com/home/?p=1775

    Cuma yg jadi masalahnya, huraian Tan Sri Harusani ttg hadis ini amat mengelirukan. Pertama Sultan tu dimaksudkan sebagai raja2 melayu padahal hakikat sebenar sultan yg diamksudkan dlm hadis ini ulil amri(penguasa) tak kiralah bergelar presidn, perdana menetri atau apa sahaja.

    Ttg bayangaan Allah pula ia tidak wajar disandarkan kpd semua pemimpim/sultan. sebab ramai juga pemimpn yg jahat dan kejam, maka adakah dia termasuk dlm konsep bayangan Allah yg wajib ditaati.

    Pandangan Al-Imam al-Munawi dalam Faidh al-Qadir ketika menafsir maksud: “Al-Sultan bayangan Allah di bumi” perlu dihayati . Kata beliau “kerana dia memelihara manusia dari keburukan seperti bayang memelihara dari panas matahari”.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum..

    "Bayangan ALLAH di muka bumi", seperti tajuk sejarah tingkatan 5..hee

    ReplyDelete
  16. Noorieda.
    hahah. lupa plak saya samaada dlm buku teks sejarah tingkatan 4 atau 5.

    ReplyDelete
  17. Dalam hal ini saya no komen.. kerana ada perkara2 yg para ulama dan tuan guru sampaikan dan terangkan dalam perspektif yg berbeza.. sebab tu kita dituntut berguru..dan pilihlah guru yang Mursyid..

    ReplyDelete
  18. salam ukwah...tak baca lg petikan dilink yg diberikan,,,takut nak komen

    ReplyDelete
  19. Pondok Usang .
    terima kasih ats komentar. Saya juga tak berani nak ulas isu ini pada awalnya hinggalah Dr Asri, seorg ilmuan dlm bidang hadis memperkatakannya. untuk lebih infi elok juga jika sahabat ke link yg sy sertakan.

    ReplyDelete
  20. suri solehah.
    Kena baca link yg saya sertakan sekali. Mula2 bacalah kenytaan Mufti Perak tu lepas tu baca pula penjernihan oleh Dr Asri.Pasti kita akan dapat menilai kaca dan permata.

    ReplyDelete