Sunday 19 February 2012

PESANAN BUAT MUFTI JADI-JADIAN, HENTIKANLAH KERJA GILA



Ini adalah sambungan daripada entry lepas, lihat --:.> SINI

Hari ini terlalu mudah untuk menjadi seorang mufti. Tak perlu belajar agama tinggi-tinggi, tapi sudah terlampau cukup dan tersangat memadai dengan memiliki akaun facebook. Kalau ada akaun twitter sekali, maka darjatnya semakin tinggi dan amat layak untuk digelar Sheikh ul-Islam. Inilah mufti jadi-jadian yang hidup dengan suburnya di negara kita.

Terdapat ribuan malah jutaan mufti-mufti jadian ni. Ia berkeliaran sana –sini, sesetengahnya sangat tolol dan dan sesetengahnya pula terlampau bahlul.Sila lihat gambar di bawah untuk lebih memahami isu ini.

(ini saya ambil dari sahabat FB, Topeng Perak Unmasked)


Saya salin balik sesetengah 'fatwa' dalam gambar di atas untuk renungan bersama:.
  • Tahukan anda? MCD, daging lembu diletak sekor2 di dalam pengisar daging
  • Sesama islam, wajib sebarkan benda2 yg baik. Kalau tak sampaikn akak dpt dosa nanti( inilah yang dikatakan menjual TUHAN dan AGAMA, sebab menggunakan agama untuk menyebarkan fitnah)
  • Ada juga yang halal tp kotor. Mcm milo ada campur cacing. Mcm sardin cap ayam brand ada campur katak.
Kegilaan apakah yang melanda umat islam di Malaysia sekarang ini? Kegilaan yang benar-benar menggila. Kegilaan yang dicipta oleh si Maha Gila dan disebarkan pula oleh si gila dan ditujukan kepada si gila agar sama-sama gila. Lihat kembali gambar di atas.

Kemungkinan besar Si Maha Gila memfatwakan sesetengah produk sebagai haram kerana bermotifkan ekonomi. Mereka langsung tidak bermotifkan agama dan sedikitpun tidak bermatlamatkan dakwah. Cita-cita mereka ialah ingin menghancurkan pesaing-pesaing mereka dengan menjual TUHAN dan AGAMA. Lalu tersebarlah SMS dan status kat FB kononnya produk itu haram dan perlu diboikot. Lalu si mangkuk yang tak tahu apa-apa pun dengan penuh sopan dan santun turut ‘melacurkan agama’ dengan share dan like kat FB dan seterusnya sebarkan ke FB masing-masing. Kenapa saya gunakan istilah melacurkan agama, ini kerana ramai tukang share ni yang abaikan formula dari TUHAN, iaitu :.

Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan” Surah al-Hujuraat, ayat 6.

Sedih melihat situasi hari ini, internet yang sepatutnya dijadikan tapak semaian untuk menuai pahala, kini dijadikan perkebunan noda dan dosa. Sepatutnya kita selidik betul-betul sebelum menyebarluaskan berita tentang haramnya sesuatu produk. Sesungguhnya mengkaji dan menyelidik itu adalah tuntutan Allah sebagaimana yang tertera dalam ayat Al-Quran yang dipaparkan di atas. Kaji dan selidik siapakah pencipta fatwa tersebut(golongan yang mengharamkan produk tersebut), dan jangan sekali-kali gatal tangan ingin menyebarkannnya. Jika tidak mampu mengkaji, rujuk sahaja www.halal.gov.my. Jadi semua produk yang disahkan halal oleh JAKIM, tak perlulah kita nak haramkan.

PESANAN IKHLAS BUAT MUFTI JADI-JADIAN DAN BAKAL MUFTI-MUFTI TERSEBUT.

“Fas alu ahla zikri in kuntum la ta’lamun ”(bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui.).Inilah penyelesaian terbaik terhadap polemik halal dan haram sesuatu produk. Siapakah ahli zikri dalam persoalan ini. Tentu sahaja JAKIM.

Kakitangan JAKIM bukanlah para ustaz dan ustazah, atau lulusan agama semata-mata. Ramai juga antara mereka yang berkelulusan dalam lain-lain bidang termasuklah teknlogi makanan, dan mereka telah menjadi penyelidik di JAKIM. Selain JAKIM,penyelidikan bersama juga dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri dan agensi-agensi lain termasuklah Jabatan Kimia.

Ada yang beralasan kita perlu berhati-hati tentang soal dan haram sebab ia melibatkan darah dan daging. Memang benar, berhati-hati amatlah penting, tapi kita tidak diminta untuk berlebih-lebih dalam mengamalkan sikap berhati-hati, apatah lagi kita telah mempunyai ahli zikri dalam masalah ini, iaitu pihak JAKIM.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam bukhari sewajarnya kita hayati, iaitu kisah suatu kaum yang bertanya kepada Nabi: "Bahwa ada satu kaum yang memberinya daging, tetapi kita tidak tahu apakah disebut asma' Allah atau tidak. Maka jawab Nabi: Sebutlah asma' Allah(baca Bismillah) atasnya dan makanlah," (Riwayat Bukhari).

Berdasarkan hadis ini jelas sekali, kita tidak sesekali diminta untuk memperincikan sesuatu yang diluar pandangan dan pengetahuan kita. Dan, dengan adanya ahli zikri dalam hal ini, iaitu para agamawan dan penyelidik dari JAKIM, maka tak perlulah kita menjadi mufti tak rasmi dan mufti jadi-jadian dengan memfatwakan sesuatu produk/makanan sebagai haram dengan berwahyukan khabar angin.

Jadi mulai sekarang, jika ingin mengetahui status halal atau haramnya sesuatu produk, langsung sahaja ajukan tanya kepada JAKIM, atau rujuk sahaja status tersebut di www.halal.gov.my

28 comments :

  1. Banyak sangat cikgu la ni dok buat fatwa sendiri...malah benda mcni buleh kelirukan lagi sapo2 hok jenis baca dan terus percaya...walaupun dia tahu info yang diperolehi itu takdok bukti yg jelas...inilah manusia yg sememang senang nak dapat dosa&ambo pun kadang2 tersasul jugak...minta2 Allah amnpunkan...

    Tapi dr Topeng Perak hok ambo suka...kihkihkih!Lembu NFC?kihkihkih...

    ReplyDelete
  2. TaTJ.
    Terima TaTJ ats komentar. Ambo pun suko dgn komen di Topeng Perak tu. Tak pasal2 lembu NFC terlibat jugak. hahaha.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah , post ni memang sesuai untuk golongan yang suka menyebarkan perkara tanpa usul periksa.

    terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. Berfikir fikir timbang tara ukur mengukur dahulu...byk rasanya pesanan-pesanan begini dituliskan bijak pandai sebelum kamu sebar apa jua cerita supaya tidak jatuh kepada hukum FITNAH...kerana fitnah ini sebenarnya menjauhkan Syurga(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim...Dan Fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan (Al-Baqarah)...dan byk lagi peringatan Hadis perihal Fitnah ini...Minta Allah jauhkan kita dari semua ini...

    Jika salah sila betul kan....

    ReplyDelete
  5. betul cikgu shameel, kita jangan mudah2 percaya dengan apa2 sahaja yang dibaca/diterima... saya memang cukup tak suka sebar2 benda2 macma ni.. bukan apa, kita sendiri pun tak pasti, ni kan pulak nak sebar kan..

    ReplyDelete
  6. nursayidatina .
    mrk yg menyebarkan berita tanpa usul periksa ni sgt kejam dan amat zalim. mereka telah menabur pasir dlm periuk nasi org2 yg bekerja dgn syarikat yg mengelaurkan produk tersebut(produk yg difitnah sbgai haram)

    ReplyDelete
  7. Eye_nee.
    Hari ni terlalu mudah utk menyebarkan fitnah. Dgn ada Fb, twitter dan boleh juga guna sms.

    ReplyDelete
  8. Anaa.
    Ttg produk makanan , sudah memadai andai kita merujuk logo halal jakim dan rujuk kpd web site kpd jakim dgn layari portal halal jakim yg saya paparkan dlm entry ni.

    ReplyDelete
  9. Salam cg.Shameel...

    setuju! sangat banyak benda macam ni... percaya secara membuta tuli tanpa menyelidiki. Sedihnya, mereka menyebarkannya kepada orang lain...

    Ada pula yang suka share perkara 'keagamaan' yang diakhiri dengan ayat..."Sebarkan. Jika tidak akan ditimpa musibah... etc... etc. Sedihnya golongan remaja banyak terpengaruh

    ReplyDelete
  10. cikguNae.
    yg share perkara 'keagamaan' yang diakhiri dengan ayat..."Sebarkan. Jika tidak akan ditimpa musibah... tu surat berantai versi moden. Ia sesat dan menyesatkan.

    ReplyDelete
  11. jgn percaye terus tanpa merujuk mane2 bukti yg sah..

    p/s : terima kasih krn komen. sy tak pasti sama ada pusat perubatan tu di bawah darul syifa atau tak. rasenye mcm bukan..

    ReplyDelete
  12. mmg jadi masalah hal ni..

    mcm milo tu, siap ada yg takmo minum sbb saya hidangkan MILO. kalau VICO baru dia minum. saya dah terangkan psl halal jakim pun dia tetap tak percaya.

    yg sebarkan psl milo tu pulak dari sykt jualan langsung produk muslim. jadinya ahli2nya semua percayalah.

    ReplyDelete
  13. Amirah Adnan.
    Terima kasih ats kunjungan dan komen. Setuju dgn awk, kita tak boleh terus percaya tanpa merujuk kpd mana2 bukti yg sah

    ReplyDelete
  14. Ujie.
    saya tahu nama syarikat jualan langsng tu. Bukan milo jer, malah byk produk makanan lain yg diharamkan oleh syarikat mlm tu. Tapi sengaja sy tak dedahkan kat entry saya sbb tak nak undang perseteruan dgn ahli2 MLM tersebut.

    ReplyDelete
  15. baru dgr kat radio semalam. prof izi hj ali cakap, nabi pesan jangan melampau2. walau kita pandai bercakap dan tahu byk fakta, tapi jgn melebih2 bercakap atau menyebar2kan. apatah lagi benda yang tak pasti kesahihannya. kan dah jadi fitnah...

    ReplyDelete
  16. gadisBunga.
    masalah yg menimpa org kita arini. iaitu sikap terlampau dlm berhati2 dan terlampau percaya kpd maklumat berantai.

    ReplyDelete
  17. kita semakin keliru dan akhirnya tersesat kerana lupakan manual book kita... errr quran letak kat mana pon tak ingat

    ReplyDelete
  18. betull.. bertanya pada ahli jika inginkan kepastian..

    kalau x pasti tntg sesuatu isu tu jgn letak di fb.. nanti x psl2 sebar isu salah.. edar ilmu slh..

    kalau letak hadis pun letaklah hds yg btl2 sahih.. ni perawi hadis pun x diletak.. huhuhu

    ReplyDelete
  19. cemomoi .
    Hari ni lebih ramai yg beriman dgn internet berbanding beriman dgn Al-Quran

    ReplyDelete
  20. LadyBird.
    terima kasih tas tambahan info ttg hadis. Benar sklai, ramai juga blogger yg menjadi penyebar hadis palsu. Asal nama hadis jer terus mautkan dlm blog. Sepatutnya status hadis tersebut diketahui samaada sahih dhaif or maudhuk(palsu).

    ReplyDelete
  21. trime kaseh cikgu shameel..byk info cik ana dpt.. tu lah..skg ni kena byk membaca.. bkn bleh pecaye 1 je sumber..kang tunggang tebalik jadinye..







    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  22. anamizu kaito.
    sama-sama. kita sesama blogger kena saling ingat mengingatkan dan berkongsi info yg baik.

    ReplyDelete
  23. ni r name nye bile manusia nak tunjuk pandai, tapi memandai mandai.. macam2 halal haram kuar ikut suka.. milo dah bertahun minum, nak jadi darah daging pun.. cukup2 kuar fatwa ikut suka ati.. biar yang lebih tau tentukan..

    ReplyDelete
  24. btul tu, kena selidik dulu.. x bole suka2 ckp itu halal, itu haram tanpa bukti sahih...

    ReplyDelete
  25. kay_are.
    mereka yg mengeluarkan fitnah kononnya milo itu haram dan beberapa produk lain haram adalah krn motif perniagaan. Mrk nak cantas produk2 yg menjadi saingan mereka. Mereka ni amat keji dan kejam, tetapi tukang sebar fatwa haram ini teramat jijik dan keji.

    ReplyDelete
  26. caliph shuriken.
    Setuju skli caliph. perbuatan sebar sesuka hati info ttg haramnya produk tanpa penyelidikan umpama menabur pasir di dlm periuk nasi org.

    ReplyDelete
  27. Detective Fiqa.
    Trima kasih ats kunjungan. Sama2lh kita beringat2 dlm soal ini. ia melibatkan maruah agama dan rezeki sseorg.

    ReplyDelete