Thursday 9 February 2012

Kaji punca siswazah kejururawatan menganggur

SUBANG JAYA — Terdapat satu keperluan mendesak agar kajian dilakukan mengapa ramai siswazah kejururawatan tempatan gagal memperolehi pekerjaan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kajian berhubung perkara itu adalah penting, katanya pada Persidangan Penyelidikan Kejururawatan Antarabangsa Kedua anjuran Jabatan Sains Kejururawatan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya di sini semalam.

Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Rohani Abdullah ketika merasmikan persidangan dua hari itu.

Mohamed Khaled berkata, jabatan itu berusaha ke arah meningkatkan kualiti kejururawatan di dalam negara agar mencapai taraf dunia.

Salah satu pendekatannya, beliau berkata adalah menggalakkan penyelidikan kejururawatan dan menggunakan penemuan penyelidikan dalam amalan kejururawatan.

Menyentuh tema persidangan itu, “Akses Untuk Kesihatan Berkualiti Melalui Penyelidikan”, menteri itu berkata penyelidikan adalah satu daripadan elemen dan mekanisme penting ke arah mencapai masyarakat inovatif dalam pelbagai bidang termasuk kejururawatan.

Persidangan itu dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-50 fakulti berkenaan.

Sumber :KOSMO

8 comments :

  1. bukan nurse ke paling senang dapat keje...erkk, tak ker..??

    ReplyDelete
  2. bila berlambak sgt kolej swasta yg buat prog. nursing..ni la terjadi.

    penawaran melebihi permintaan.

    ReplyDelete
  3. Tapi setiap orang ada rezeki masing-masing...

    ReplyDelete
  4. CintaZulaikha.
    saya pun difahamkan nurse ni mudah dpt keja. Tapi mungkin lambakan nurse menyebabkan timbulnya mslh pengangguran ini.

    ReplyDelete
  5. Ujie .
    Setuju skali dgn pendapat Ujie . Skrg ni berlambak kolej swasta yg buat kurusus nursing. ada master skill, ada maha, ada kist dan mcm2 lagi.,

    ReplyDelete
  6. ainnoraini.
    salah satu drp asma Allah ialah Ar-Razzaq ( Pemberi Rezeki). Jadi rezeki itu ketentuan Allah , cuma dlm soal ini sebolehnya kita mencuba utk bekerja mengikut bidang yg kita pelajari.

    ReplyDelete
  7. sugar2 kapas strawberry.
    Benar sekali. Penawaran mengatasi permintaan.

    ReplyDelete