Friday 24 February 2012

Wan Shades Saman Rotikaya.com




Bekas penyanyi kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan Shades akan mengambil tindakan saman terhadap pengendali blog hiburan Rotikaya.com kerana menerbitkan artikel yang dianggap memfitnahnya.

Artikel itu dikeluarkan dalam blog Rotikaya.com pada 20 Februari lalu. Bagaimanapun, artikel itu sudah dikeluarkan daripada blog berkenaan. Katanya, artikel bertajuk Wan Shade Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun secara jelas merujuk kepada dirinya.

Wan berkata, tindakan undang-undang terpaksa diambil untuk memberi pengajaran kepada pengendali blog itu supaya bertanggungjawab terhadap artikel yang dikeluarkannya selain meminta mereka tampil untuk menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan.

“Artikel yang dikeluarkan adalah satu spekulasi tidak benar dan ia mencemarkan maruah saya sebagai artis dan nama baik saya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia,” katanya pada sidang media di rumahnya di Taman Melati di sini, semalam.

Beliau memberi tempoh tujuh hari kepada blogger itu untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

“Saya sedia bersemuka dengan blogger terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka gagal dihubungi,” katanya.

Wan turut membuat laporan di Balai Polis Ukay Perdana pada hari sama selepas membaca artikel berunsur fitnah diterbitkan dalam blog berkenaan.

Sumber: Berita Harian.

INFO TAMBAHAN:
Saya lupa peribahasa apa tapi seingat saya, ia adalah sebuah peribahasa. Peribahasa tersebut berbunyi “ Bercakap(termasuk juga menulis-tambahan dari penulis) tanpa berfikir, umpama menembak tanpa arahan.”

10 comments :

  1. nice info sobatttt,,,,singgah sekalian baca-baca

    ReplyDelete
  2. B'art.
    Terima kasih ats kunjungan sahabat seberang. moga ukhwah antara blogger Malaysia dan Indonesia bertambah erat

    ReplyDelete
  3. salam shameel. apa dah nak jadi, budaya fitnah semakin menjadi-jadi.

    ReplyDelete
  4. salam cikgu shameel.. ade gak dgr berita ni aritu.. mmg mcm x caye je.. tu lah blog rotikaya.com selalu sgt buat spekulasi / post cite2 yg panas.. bkn nak amek kire aib orang ke ape..hurmm~






    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  5. abah aman
    ini mudaratnya apabila kemajuan teknologi disalhgunakan. para pemfitnah ni menjadikan internet sbg medan untuk menyemai dosa.

    ReplyDelete
  6. S..U..D..@..I..S.
    Itulah yg sepatutnya. Fakta dan data yg tepat perlu digunakan utk menulis. seboleh2nya biarlah rujukan kita itu mantap utk berhujah.

    ReplyDelete
  7. anamizu kaito.
    Roti kaya mmg suka menulis cerita gosip. Dia nak jadi blogger terkenal kot.

    ReplyDelete
  8. setuju dgn tindakan itu.. sebab ramai je lady tgk blogger yg suke sebarkan keburukan2 manusia.. artis pun manusia juga.. x perlu kite sebarkan keburukan mereka walau itu benar sekalipun.. mayat pun kite perlu hormati.. inikan pula manusia yang masih mempunyai nafas..

    ReplyDelete
  9. terpaksa buka rotikaya sebab nak tau makanan apakah itu...

    ReplyDelete