Thursday 16 February 2012

NENEK TERMUDA DI DUNIA



PUAN BINTI AHMAD telahpun mempunyai empat orang anak yang berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, namun tarikh lahir pada MyKad miliknya menunjukkan beliau adalah gadis sunti yang akan menyambut hari jadi ke-16 pada 12 April ini. Tidak masuk akal, tetapi itulah hakikat yang dilalui oleh Puan binti Ahmad yang usia sebenarnya sudah mencecah seabad dan dianggap antara warga emas paling tua di Padang Keria, Sanglang.

"Saya dah tak ingat usia saya. Tapi saya hidup pada zaman penjajah," katanya ketika ditemui di rumah anak ketiganya, Mat Yusop Kamis, 63, di Padang Keria selepas berpindah dari Kuala Nerang, Kedah sejak setahun lalu.

Pada MyKad warga emas ini tertera tarikh lahir 12 April 1996 dan kesilapan itu juga menyebabkan dia menghadapi pelbagai masalah termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Dipetik dari : Zuhairifirdaus




Dalam Sinar Harian hari ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Kangar akan memproses semula borang rayuannya selepas membaca kisah berkenaan di Sinar Harian, semalam.

Lebih lanjut, langsung sahaja ke
SINAR HARIAN

21 comments :

  1. Mesti ada jalan penyelesaianya.

    Alhamdulillah dikurnia usia yang panjang dan kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  2. tak boleh betulkan semula ke tarikh tu? susah jugak kalau ada pape nanti. Nenek termuda gitu..hehe

    ReplyDelete
  3. Tersilap ker? adehh..nenek jadi muda! weee :D

    ReplyDelete
  4. Kunang-Kunang.
    Alhamdulillah, perkara ini dah berjaya diselesaikan. Ini kesilapan pihak jabatan pendaftaran negara.

    ReplyDelete
  5. sugar2 kapas strawberry.
    Biasalah manusia punya kerja, takkan dapat dielakkan dari silap dan salah. Harap2 jabatan pendaftaran negara ambil iktibar disebalik persitiwa ni

    ReplyDelete
  6. Aida Omar.
    hahaha. kalau tak dibetulkan satu dunia akan terkejut dgn pencapain terbaru negara. Nenek termuda berusia 16 tahun tapi telah memiliki 4 orang anak serta 19 cucu dan 47 cicit

    ReplyDelete
  7. zareliqa afiqa.
    Kesian kat nenek ni kan.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah yah,,diberi umur panjang

    ReplyDelete
  9. LadyBird.
    hahaha, gereni ramai yg terkejutkn.

    ReplyDelete
  10. B'art.
    Syukur kpd Allah andainya kita juga diberi umur yg panjang. Hayat yg bersisa kita agar kita manfaatkan utk sujud kepada-Nya

    ReplyDelete
  11. kalau org nak hantar surat kt nenek ni, Pn.Puan binti Ahmad.. ringkas dan senang nk igt nama die.. :)

    bestnye die dpt tengok cicit lg...

    ReplyDelete
  12. cikmawar.
    lawaklh cik mwar ni. lagi satu, sejak lahir lagi nenek ni bergelar Puan. Time bujang pun dah dipanggil Puan.

    ReplyDelete
  13. kesialapan yang sangat jarang berlaku
    memang perlu dibetulkan semula ni

    ReplyDelete
  14. cikmawar.
    Yer kan, nama yg cukup simple. Hahahha.Jarang org2 zmn skrg yg semat tgk cicit.

    ReplyDelete
  15. tehr.
    mmg jrang berlaku dan ini yg first time saya dgr. Moga2 JPN ambil iktibar.

    ReplyDelete
  16. Kalau berlaku pada saya, fikir lama nak perbetul atau tidak... haha

    kalau tak ada kesan negatif, tak nak perbetullah... :)

    ReplyDelete
  17. tak logik la.. tak kan la hal macam tu pun boleh salah.. ish.. mst boleh settle tu..

    ReplyDelete
  18. kihkihkih.. jabatan pendaftaran memang HEBAT !!

    kalau pergi ke sabah, lg banyak yg pelik.. saya ada kenalan berasal Filipina yang punya banyak nama.. maksud saya, setiap kali tukar ic atau masuk balik ke sabah..maka, namanya juga akan berubah..Ya.. JPN memang HEBAT !!! KIHKIHKIH..

    ReplyDelete