Saturday 11 February 2012

Hujan Ikan Di Honduras Australia



Apa yang luar biasanya, hujan tersebut bukan hujan air semata-mata tetapi boleh dikatakan sebagai hujan ikan. Macam pelik, tetapi ini adalah kisah benar.
Lokasi kejadian pelik ini berlaku Lajamanu di Wilayah Utara, mempunyai populasi penduduk seramai 669, telah menyaksikan beratus-ratus ikan pelik yang bewarna putih dan kecil jatuh dari langit semasa hujan yang kebanyakannya masih hidup.


Jangan lupa menonton video Hujan Ikan Di Honduras Australia di atas. Subhanallah!

Pakar cuaca di Australia percaya ikan pelik, Spangled Perch, disedut dalam ribut petir sebelum jatuh ke atas bandar kecil itu.

Mark Kersemakers, peramal cuaca di Biro Meteorologi Australia, berkata: “Ia boleh melayangkan ikan pelik itu sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki di udara.

Ia adalah kali ketiga dalam tempoh kurang daripada 30 tahun Lajamanu dihujani oleh ikan yang jatuh dari langit, menurut News Northern Territory, selepas laporan fenomena pada tahun 1974 dan 2004.

Sumber : Harian Metro

7 comments :

  1. peliknye...takut gakkan kalau ada kejadian2 aneh camni.

    ReplyDelete
  2. mmg pelik...
    ikan tu leh mkn ke?

    ReplyDelete
  3. KuNanGKuNanG.
    Mmg menakutkan sbb ia perkara ganjil. Kalau hujan batu tu pernah juga saya alami. Tapi diorg ni kira murah rezekilah tak payah beli ikan seminggu dua.

    ReplyDelete
  4. Ishh,pelik jek.Mai dari mana lar tu.=.='

    ReplyDelete
  5. zareliqa afiqa .
    Tentulah mai dari sungai or laut. hahaha

    ReplyDelete
  6. jatuh atas palow sakit kakloh tu

    ReplyDelete