Tuesday 7 February 2012

Parlimen di jangka akan dibubar pada awal Mei 2012




PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberi bayangan Parlimen mungkin dibubarkan seawal Mei 2012 bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu sama ada pada Mei atau Jun.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin membubarkan Parlimen dalam masa terdekat kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya (PSC) hanya dijangka selesai mengemukakan semua cadangan ke Dewan Rakyat untuk dilaksanakan SPR pada April depan.
Justeru, Abdul Aziz berkata, beliau berharap Perdana Menteri memberikan tempoh beberapa bulan kepada Ahli Panel SPR berbincang dan melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya seperti dicadangkan oleh PSC.

7 comments :

  1. tahun nih baru nak ngundi, 4 tahun lps tak dpt, sb tak dpt balik kl..cayang tau..

    ReplyDelete
  2. jangan terleka wahai PR barangkali ini adalah perangkap utk melekakan PR>mana tau tetiba esok PM umum bubar...sapa yg susah??

    ReplyDelete
  3. CintaZulaikha.
    saya pun baru sekali jer mengundi, tahun 2008. Sebagai pengundi kita adalah pengguna dan kita perlu jadi pengguna yg bijak

    ReplyDelete
  4. Aida Omar.
    Jangan lupa medaftar dgn SPR. Hahaha, jgn lupa bawa IC

    ReplyDelete
  5. eton meon.
    Rasanya PR dah lama bersedia. Tunggu hari pertarungan jer.

    ReplyDelete
  6. PRU kali ni guna daftar pemilih mana agaknya ya?

    ReplyDelete