Wednesday 1 February 2012

Kontroversi Di Sebalik ‘Sokongan’ Anwar Ibrahim Terhadap Israel.




Sebelum memulakan bicara, ingin saya tegaskan, saya bukanlah blogger politik. Dan ingin juga saya nyatakan, saya sekadar ingin merakyatkan pandangan saya.

Ingin saya tegaskan juga, saya menggunakan perkataan ‘sokongan’ dan bukannya sokongan. Ada perbezaan yang ketara antara ‘sokongan’ dan sokongan.

Akhir-akhir ini satu Malaysia menjadi kecoh. Tidak hanya para politikus, malah buruh, nelayan dan petani pun turut kecoh. Orang-orang agama yang bergelar mufti pun turut tumpang semangkuk untuk jadi kecoh.

Kecoh, sekecoh -kecohnya.

Kekecohan bermula apabila Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI)dalam temu bual dengan Wall Street Journal (WSJ) yang menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel disebarluaskan oleh media arus perdana.

Sejujurnya saya tak pasti, adakah benar DSAI mengeluarkan kenyataan itu dan andainya benar, kenyataan penuh DSAI perlu diteliti dengan cermat dan hati-hati. Sebab, kenyataan penuh jarang sekali disiarkan oleh pihak media.

DAN andainya benar DSAI menyokong rejim haram Israel, maka DSAI berhak untuk dikutuk dan diperangi.

KENAPA KENYATAAN PENUH PERLU DITELITI?
Saya yakin, ramai sahabat yang pernah menulis karangan, tidak kiralah dalam Bahasa Melayu atau berbahasa Inggeris. Untuk sesebuah karangan yang panjangnya sekitar 360 patah perkataan, adalah mustahil untuk difahami andainya kita hanya membaca sekitar 5 patah perkataan daripada keseluruhan karangan tersebut. Sepakar-pakar guru pemeriksa kertas karangan sekalipun tetap tidak dapat memahami, sekali gus memberikan markah kepada penulis karangan tersebut, jika hanya membaca sekadar 5 patah perkataan daripada keseluruhan karangan tersebut.

ISU KEDUA:
Andainya media arus perdana yang dijadikan sebagai ‘wahyu’ untuk menghukum, jangan kita lupa untuk memandang media milik pembakang terutamanya, lidah rasmi parti PKR, iaitu Suara Keadilan dan Keadilan Daily. Harus diingat, Keadilan Daily turut memaparkan betapa erat dan mesranya hubungan Malaysia dengan Israel. Malah, Keadilan Daily turut melaporkan Malaysia merupakan rakan dagang utama Israel( klik -->: SINI)). Di samping itu, Keadilan Daily turut melaporkan PM Dato Seri Najib telah mengupah blogger Yahudi yang pro-Israel untuk mengharumkan nama beliau di mata dunia (klik -->: SINI)

Jadi, di sini kita tidak perlu terburu-buru. Usah terburu-buru untuk membela Anwar dan usah terburu-buru untuk menghukum Anwar. Membela dan mempertahankan Anwar secara tergesa-gesa adalah sebuah perbuatan yang tidak wajar, dan menghukum Anwar(dgn mengatakan beliau sebagai penyokong Israel) secara membabi buta adalah satu tindakan yang tidak waras.

DOSA-DOSA MEDIA ARUS PERDANA TERHADAP ISLAM.
Ini sebenarnya yang ingin saya kongsi bersama sahabat semua. Saya ingin menyelongkar dosa-dosa media arus perdana terhadap islam. Media arus perdana yang sejak akhir-akhir ini cuba menjadi Salahuddin al-Ayubbi yang gigih dan cekal mempertahankan islam. Di bawah saya sertakan klip ceramah daripada Shah Kirit Kakulal Govindji, seorang pendakwah islam yang terkenal, terutamanya dalam bidang perbandingan agama. Tolong tonton dengan cermat dan seterusnya hayatilah dengan teliti.



Intipati penjelasan Shah Kirit Kakulal Govindji dalam klip ceramah di atas ialah:
a) 20 tahun lepas, beliau perlu ke Kelantan buat pertama kali kerana urusan kerja.
b) Pada waktu itu beliau belum lagi memeluk agama islam.
c) Beliau berkali-kali menangguh untuk ke Kelantan kerana media melaporkan perkara negatif tentang Kelantan.
d) Waktu itu berlaku perubahan Kerajaan di Kelantan( PAS ambil alih pada tahun 1990)
e) Media melaporkan islam adalah tak bagus, islam begitu dan islam begini ( saya yakin apa yang beliau maksudkan ialah pihak media mengatakan hukum hudud itu zalim dan kejam)

Begitulah jahat dan kejamnya media arus perdana. Mereka telah menyebabkan agama islam menjadi hodoh dan bodoh. Media arus perdanalah yang menyebabkan orang-orang bukan takut untuk menghampiri dan mengenali islam. Media arus perdana jualah yang menyebabkan berlakunya salah faham terhadap agama islam di kalangan orang-orang bukan islam. Jadi tidak perlu dihairankan apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa hukum hudud akan menyebabkan pelabur asing akan meninggalkan Malaysia kerana ramai rakyat Malaysia kudung tangan. Tolong jangan salahkan Chua Soi Lek secara mutlak tetapi marahkanlah ‘ustaz’ yang mengajarnya, iaitu media arus perdana.


Tidak terhenti di situ. Izinkan saya berkongsi pengalaman peribadi saya ketika berkhidmat di negeri Sabah. Kisah ini berlaku sekitar tahun 2004, menjelang pilihanraya umum ke-11. Pada waktu itu, RTM berulang-ulangkali menyiarkan klip video tentera Taliban menembak mati seorang perempuan Afganistan. Tiap-tiap malam video klip ini disiarkan dengan matlamat agar rakyat Malaysia berhati-hati dan tidak memilih golongan dan gerakan agama(ditujukan kepada PAS) sebagai pemimpin dan peneraju kerajaan.

Natijahnya, pada satu malam, sesudah mengadakan kelas tambahan, seorang pelajar tingkatan tiga yang berbangsa kadazan dan beragama Kristian menghampiri saya dan berkata “ cikgu(dialek sabah ialah cigu) kejamnya undang-undang islam. Orang-orang alim dalam islam memang macam tu ke cigu. Jahat-jahat dan bengis-bengis”

Saya terdiam kerana kehilangan kata. Bagaimana harus saya terangkan kepada pelajar saya yang beragama Kristian itu, betapa islam bukanlah seperti yang dipaparkan oleh RTM. Saya hairan, kenapalah Menteri Penerangan pada waktu itu begitu banggang hingga sanggup mengarahkan RTM menyiarkan video klip yang diragui kebenarannya. Benarkah Taliban sekejam itu? Sahih ke video klip itu atau ia direka-reka oleh musuh-musuh islam seperti Amerika Syarikat dan sekutunya.

Realiti menunjukkan Taliban tidak sekejamlah yang dimomokkan oleh media barat dan media arus perdana Malaysia. Bukti yang jelas, seorang wartawan Sunday Express dari UK, iaitu Yvonne Ridley yang ditangkap oleh tentera Taliban. Anehnya, beliau dilayan dengan baik oleh Taliban. Bukan beliau sahaja, malah tiga tawanan yang beragama Krsitian yang ditempatkan bersamanya turut dibenarkan menyanyi dan bermain gitar. Mereka dibenarkan berbuat demikian oleh Taliban. Dan tidak berapa lama setelah bebas dari tahanan Taliban, Yvonne Ridley telah memeluk agama islam. Beliau menyifatkan Talibanlah yang memperkenalkannya dengan islam.

Jadi kepada bekas Menteri Penerangan tersebut. Tolonglah bertaubat.

11 comments :

  1. memang media sgt mmainkan peranan penting dlm mencorak pemikiran rakyat..apa lagi rakyat yg hanya bergantung kepada media arus perdana..dlm kes Anwar ni, saya sndiri meragui dn berbelah bahagi..tp tidak mengapa kerana tanpa segan silu, saya lebih memberi perhatian kepada kuasa ketiga..lantak piilah dua kuasa yg sedia ada ni..cukup mmbebankan pemikiran dn memperbodohkan rakyat terang-terangan..sgt fed up dgn mereka..

    ReplyDelete
  2. susah nk percaya ngan isu2 yg di ketengahkan media skrg nie...sumenye dh d edit..mcm tue jgak paparan video perhimpunan BERSIH thn lepas...

    ReplyDelete
  3. eszyamin.
    bila timbul isu mcm ni saya cenderung utk mendengar pandangan org2 yg berada diluar lingkungan parti(maksudnya bkn org PR dan bkn org BN). Antaranya Dr Mazlee Malik dan Dr Maza. Mufti Harussani dan Ustaz Noh Gadot tidak saya ambil peduli pandnagannya sbb dia ternyata pro-BN dan tentu seklai pandnagannya cenderung ke arah parti yg disokongnya itu

    ReplyDelete
  4. Zura.
    Betul tu Zura. Zaman sekrang video ni bnayak yg diedit dan byk perkara sebenar tidka kita ketahui krn yg war-warkan hanya separuh sahaja.

    ReplyDelete
  5. apa2 pun jangan terima berita yang tak tahu asal kebenarannya.. sekadar mendengar tapi tidak menyimpan.. kita pun tak berhak menghukum seseorang tu kan.. kalau benar orang tu salah..maka doa lah moga Allah berikan petunjuk padanya.. :)

    ReplyDelete
  6. baca WALL STREET JOURNAL. jangan baca utusan. petikan anwar tu di ambil TERUS dari WSJ. siapa yang memetik petikan itu? antaranya MALAYSIAKINI.

    dua dua akhbar ini adalah media yang bersimpati kepada anwar. bukan NEUTRAL ye. tapi akhbar yang BERSIMPATI. maknanya apa? mereka akan bias pada anwar lah. jadi apabila akbhar yang bersimpati kepada anwar mengeluarkan apa yang anwar ucap sendiri, maka anda sendiri congaklah sama ada akhbar itu sengaja nak pedajal anwar atau sebaliknya.

    tapi kalau kamu semua nak tahu, memang perkataan tersebut terpacul dari mulut anwar, yakni menyokong segala usaha untuk memastikan keselamatan negara israel. kenapa anwar cakap macam tu? sebab yang interview dia ialah WALL STREET JOURNAL, yakni akhbar berpengaruh amerika dan yahudi. memang dah resmi anwar, dia akan cuba pleased semua orang dan bercakap dengan nada berbeza dengan different audience. bila WALL STREET JOURNAL quote apa yang terpoacul di mulut anwar, dan menjadik kecoh di sini, anwar dan penyokong dia menggagau tuduh UTUSAN YG SPIN ayat dia. itulah anwar ibrahim yang di poja2 sebagai bakal PM.

    ReplyDelete
  7. salam..
    setakat ini saya masih boleh
    mempercayai DSAI dari akhbar..
    tak mahulah komen banyak2..tak
    mungkin DSAI sebodoh itu..
    dia pun orang islam kan..?

    ReplyDelete
  8. ini adalah video ucapan anwar tentang pendiriannya ke atas Israel.

    http://www.youtube.com/watch?v=WH4fOoZ2X3M&feature=player_embedded

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. zulkbo.
    dalam hal ini saya juga sependapat dgn saudara.

    ReplyDelete
  11. fuhh.. komen yg panjang.. baru aku paham.. thanks yup tuan rumah.. aku masih di blakang DSAI..

    ReplyDelete