Thursday 2 February 2012

Ramalan Bintang/Zodiak Membawa Syirik



Ini adalah sambungan daripada tajuk lepas, lihat --> :. SINI

Sebelum memulakan bicara, ingin saya petik kata-kata Ketua Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Dr Fariza Md. Sham"Yang menentukan kejayaan,kegagalan, senang dan susah hidup manusia adalah berasaskan kepada usaha,tawakal,doa dan kehendak Allah, bukannya tarikh lahir, nama, BINTANG(sengaja saya guna huruf besar,bold dan merahkan perkataan ini), tahi lalat atau sebagainya.” (sila rujuk majalah Al-Islam Januari 2011.M/S:12)

“Sudah jelas hukumnya haram kerana perbuatan tersebut membawa syirik. Malah kalau perbuatan itu sekadar suka-suka atau untuk memotivasikan diri, ia tetap membawa kepada syirik dan haram” Tegas Dr Fariza lagi.

Untuk lebih faham, kata-kata Dr Fariza, maka entry yang bertajuk Rahsia Tarikh Lahir Mengancam Akidah, perlu dibaca bersama, lihat -->:. SINI.



Langsung kepada tajuk, Zodiak atau ramalan bintang adalah warisan purba zaman berzaman. Ia dikatakan berasal dari Greek dan tersebar ke seluruh dunia termasuk ke dunia islam. Suatu ketika dahulu, majalah-majalah tertentu begitu ghairah mempromosikan budaya syirik ini, pasti sahaja ada ruangan tertentu untuk memuatkan ramalan bintang atau zodiak ini. Tidak sedikit yang terpengaruh dengan zodiak, malah kalau kita lihat kepada biodata artis di dada akhbar, pasti sahaja zodiaknya juga turut disertakan, selain butir-butir peribadi yang lain.

Hari ini, kesesatan dan kesyirikan ini disebarluaskan menerusi internet. Golongan yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan internet sebagai medan untuk melancarkan agenda syirik dan menyebarkan virus sesat bernama zodiak selain rahsia tarikh lahir dan yang seangkatan dengannya. Sayang seribu kali sayang, internet yang sepatutnya dijadikan tapak semaian untuk menuai pahala, kini dijadikan perkebunan noda dan dosa. Lihat sahaja di facebook, terdapat pelbagai aplikasi yang merancakkan agenda syirik ini, antaranya aplikasi Ramalan Bintang Sehari-Hari.


APAKAH TUJUAN BINTANG DICIPTA.

Saya paparkan sahaja sebahagian artikel yang ditulis oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman dalam bukunya Formula Solat Sempurna( M/S: 143). Isu yang sama juga boleh dirujuk di laman sesawangnya,iaitu rencana bertajuk Kesilapan Umat Islam Dalam Kepercayaan & Aqidah. lihat -->:. SINI

Imam Bukhari di dalam sahihnya berkata : Imam Qatadah berkata : Allah menjadikan bintang untuk tiga tujuan, iaitu : Perhiasan langit, perajam syaitan dan pedoman arah tuju ; Barangsiapa yang mentakwilkannya kepada selain tiga tujuan itu maka ia telah melakukan kesalahan dan menyia-nyiakan usahanya serta membebankan dirinya dengan sesuatu yang dia tidak tahu.

Rasulullah s.a.w. melarang ilmu perbintangan tersebut di dalam sabdanya :

“Barangsiapa yang mengambil panduan satu cabang daripada ilmu perbintangan maka itu bermakna ia telah mengambil satu cabang daripada ilmu sihir. Dan bertambah selama ia bertambah”. ( Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah )

Dalam bentuk moden, jenis kesyirikan ini boleh berlaku apabila ada individu yang kerap dan suka menilik bintang kelahirannya seperti Leo, Capricon, Sagittarius dan lain, maka dirujuknya apakah yang akan berlaku hari ini baginya. Inilah bentuk virus aqidah yang merosakkan aqidah umat Islam.


PANDANGAN JAKIM TENTANG RAMALAN BINTANG/ZODIAK:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) turut mengharamkan Ramalan Bintang/Zodiak. Saya paparkan sebahagian penjelasan dari JAKIM tentang isu ini.

Bintang adalah salah satu daripada ciptaan Allah SWT yang berfungsi sebagai penunjuk arah bagi pelaut dan nelayan selain sebagai penghias cakerawala. Justeru adalah satu pemikiran yang sesat apabila ada orang yang beranggapan bahawa bintang-bintang tersebut mempunyai kuasa yang mampu mempengaruhi nasib dan perjalanan hidup manusia sebagaimana yang menjadi bahan kepercayaan muda mudi sekarang terhadap bintang Capricon, Aquarius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio dan Sagittarius. Sebagai umat Islam kita dilarang mempelajari hal yang bersifat tekaan untuk meramal nasib manusia bahkan ia merupakan suatu perbuatan syirik dan berunsur jahiliyah serta termasuk dalam kategori sihir dan mendustakan takdir sedangkan mereka yang mendustakan takdir jelas termasuk di dalam golongan musyrik.

Lebih lanjut, sila klik --> :. JAKIM

KENYATAAN DARI E-FATWA (selaku portal rasmi fatwa Malaysia)

E-Fatwa turut mengharamkan Ramalan Bintang/Zodiak dan mengkategorikannya sebagai amalan syirik dan khurafat:

Antara bentuk-bentuk khurafat ialah : Kepercayaan kepada ramalan-ramalan bintang, zodiak, angka, nombor, kod matrik, tarikh kelahiran, abjad nama, rajah-rajah tertentu, kitaran hari dan bulan dalam kalendar dan sebagainya dalam merancang dan melaksanakan sesuatu perkara dan mengatur kehidupan;

Lebih lanjut, sila klik -->:. e - FATWA

Kadang-kadang, saya tertanya-tanya sendiri, di manakah letaknya kewarasan akal yang Tuhan anugerahkan hinggakan segelintir umat islam terpengaruh dengan agenda syirik ramalan bintang/zodiak ini. Entah mengapa mereka begitu teruja dan tergoda dengan Capricon, Aquarius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio dan Sagittarius . Atau mungkin mereka setolol dan sebahlul binatang-binatang yang dilambangkan oleh Zodiak tersebut, seperti setolol kambing hingga teruja dengan Aries atau sebahlul lembu jantan, hinggakan teruja dengan Taurus.

Mengertilah, sesungguhnya bintang atau zodiak ini tidak membawa apa-apa erti terhadap ramalan hidup seseorang. Ia hanya sebagai penunjuk arah kepada manusia dan digambarkan dalam bentuk-bentuk tertentu agar mudah kita menghafalnya sebagai penunjuk arah.

Dan, ingatlah pesan Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW(lebih kurang maksudnya)
Sesiapa yang mendatangi tukang ramal, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari.” (Hadis riwayat Muslim).

P/S : Jangan teruja dengan bintang nanti kita akan menjadi sebodoh binatang

14 comments :

  1. sifat mudah sgt terpengaruh hanya kerana ada sedikit persamaan yg dituliskan pd ramalan bintang2 tersebut menjadikan sesetengahnya taksub pd ramalan dan setiap hari mahu sahaja melihat apa yg akan terjadi pd diri...Logik tak...dah tahu dan byk kali terdengar dan terbaca Hukumnya Haram dan membawa syirik jd tinggalkan lah..ini semua melalaikan...

    ReplyDelete
  2. Eye_nee.
    Ramai yg percaya sungguh2 dan ramai juga sekadar suka2. Paling terbaru, ramai yg baca dan ambil berat dgn alsan utk memotivasikan diri. Apa jua alasan, ia tetap haram dan membawa syirik.

    ReplyDelete
  3. Lama tu 40 hari amalan tak diterima
    Memang merugikan diri sendiri selamanya

    ReplyDelete
  4. tehr.
    Betul tu Tehr. Mmg merugikan diri sndiri. Lagi malang kalau menemui ajal dlm tempoh tu

    ReplyDelete
  5. dulu lady pernah ade sorg kawa.. stp pagi mesti die bukak pc dan tgk ramalan die hari ini.. lps tu br die mulakan tugas.. hari2 die begitu..

    ReplyDelete
  6. manusia mmg cepat sgt terpengaruh..
    semoga dgn entry cikgu shameel ni,
    sikit sebanyak beri impak positive :)



    *ana ade jwb kat fb cikgu shameel psl cara nak boh O circle google+ kt blog :)






    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  7. LadyBird.
    ternyata kawan lady tu benar2 beriman dgn zodiak. bkn sekadar suka2 lagi tapi dah jadi rukun imannya.

    ReplyDelete
  8. anamizu kaito .
    Harap2 begitulah Ana. saya tulis entry ni pun sekadar utk ingat mengingatkan sesama kita.

    Sy tak jumpa tutorial tu kt FB saya

    ReplyDelete
  9. ramai sgt yg obses dgn ramalan bintang ni. tak faham betul dgn org2 camtu... tak percaya dgn qada' n qadar Allah...

    ReplyDelete
  10. Nice one..
    Yupp manusia memang mudah terpengaruh ngan ssuatu benda.
    Tmbah2nya yg diorang baca tu kena pulak dgn diri .. Huhuu

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Saya share untuk renungan pelajar saya.
    Terima Kasih

    اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

    ReplyDelete
  12. dosa ini la yg paling kita tidak sedar.. dan sangat besar dosanya.. Salam MaulidurRasul... =)

    ReplyDelete
  13. orang islam khususnya dah patut stop semua perkara yg berkaitan dengan ramalan-ramalan nih!

    ReplyDelete
  14. Jangan percaya sangat dengan ramalan2 nie =.=

    ReplyDelete