Monday 9 January 2012

Adam Adli digantung tiga semester



Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim digantung pengajian selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Penggantungan pelajar tahun ketiga jurusan Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) peringkat sarjana muda itu berkuatkuasa serta merta.

Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera gambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan menggantikannya dengan kain rentang propelajar.

Adam menyifatkan keputusan terhadapnya tidak menghormati kebebasan akademik dan sangat bias kerana melibatkan juri yang terdiri daripada "orang Umno".

Panel lapan juri untuk prosiding itu antaranya Prof Datuk Dr Zainal Kling.

Lebih lanjut, sila baca MalaysiaKini





Info Tambahan:
Secara pribadi saya menyifatkan hukuman ke atas Adam Adli sebagai tidak wajar dan tidak waras.

Biadapkah Adam Adli ?
Jawapannya:> Lihat SINI

Sejujurnya,Prof Zainal Kling yang selayaknya dibicarakan dan sekali gus dihukum. Dan hukuman yang paling baik ialah dengan menyingkirkan Zainal Kling dari bumi Malaysia. Ini memandangkan Zainal Kling telah menghina pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut, Dato Bahaman dan lain-lain lagi, apabila beliau mendakwa British sebagai bukan penjajah tapi penaung dan pelindung Tanah Melayu: > lihat SINI

5 comments :

  1. apa pun berjuang lah dengan cara yang betul..

    dan, perjuangan untuk generasi masa depan adalah lebih baik berbanding perjuangan sekadar untuk generasi diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. lama juga tu kena gantung belajar
    tak boleh buat rayuan ke?

    ReplyDelete
  3. maCy.
    keberanian Adam Adli berhak utk dikagumi, cuma mungkin tindakannya mungkin tidak wajar dicontohi.

    ReplyDelete
  4. tehr.
    memang buat buat rayuan tapi Adam ingin bawa kes ini ke mahkamah.

    ReplyDelete
  5. sebelum buat sesuatu fikir mak ayah dulu!!

    ReplyDelete