Monday 30 January 2012

Malaysia Sasaran Baru Pelacur Dari Asia Barat

KUALA LUMPUR: Operasi dan pemantauan polis menunjukkan wujud trend baru pelacur wanita dari Timur Tengah menjadikan Malaysia antara destinasi utama aktiviti maksiat mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata pelacur dari negara seperti Yemen, Iran dan Iraq menjadikan lelaki di negara ini sebagai sasaran pelanggan mereka.

Mereka datang ke Malaysia menggunakan taktik samaran kononnya untuk belajar bahasa Inggeris menggunakan pas pelajar dengan mendaftarkan diri di institusi pendidikan tinggi swasta.

"Ada juga pelacur ini menggunakan pas lawatan sosial yang membenarkan mereka berada di negara ini selama tiga bulan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, pendedahan itu dibuat berikutan penangkapan 15 pelacur dari negara terbabit dalam satu operasi di ibu negara dan Selangor awal bulan ini. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

2 comments :

  1. yelah..aritu tengok kat berita tv gak.
    byk permintaan kat m'sia kot..ni petanda buruk.

    ReplyDelete
  2. kalo tgok kat tv..memanjang je berita berkaitan tu..
    rasa macam setiap masa ada je serbuan dan penangkapan tapi bukan mengurangkan macam menggalakkan pula..
    tp nak buat macamana..mesti permintaan pun menggalakkan..

    ReplyDelete