Sunday 29 January 2012

Al-Quran dibuang Macam Sampah




JERANTUT – Tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif. Itu yang berlaku apabila penduduk di sekitar Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut di sini dikejutkan dengan penemuan naskhah al-Quran, muqaddam dan kitab agama dibuang bersama dengan sampah.
Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati mereka apatah lagi kitab suci berkenaan ditemui terbiar dalam guni besar di celah longgokan sampah di hadapan sebuah premis di kawasan tersebut petang kelmarin.

Selain 15 naskhah al-Quran, turut ditemui bersama longgokan sampah berkenaan ialah surah Yasin, serta kitab ilmu Tauhid dan Fiqah yang mengandungi ayat suci al-Quran.

Kesemua kitab suci itu ditemui bersama dengan buku rampaian sekolah, kertas dan fail yang dibuang di kawasan berkenaan.

Sumber : KOSMO

INFO TAMBAHAN.
Mushhaf atau kertas yang mengandungi ayat-ayat al-Qur’an tidak boleh dikoyak atau dicarik-carik, kerana cara itu bererti memutuskan huruf-huruf dan kalimatnya dan mempersia-siakan apa yang termaktub itu.

Jika mushhaf atau tulisan ayat-ayat al-Qur’an itu tidak boleh dibaca atau tidak boleh digunakan lagi, ia boleh dimusnahkan antara caranya ialah dengan membasuh tulisannya sehingga tidak kelihatan lagi, membakar atau menanamnya

Sebahagian ulama berpendapat membakarnya adalah lebih utama kerana Sayyidina ‘Utsman bin ‘Affan pernah membakar mushhaf-mushhaf tertentu dan tidak ada sahabat yang membantahnya.

Lebih lanjut tentang kaedah dan tatacara melupuskan Al-Quran, sila lihat :. > SINI

9 comments :

  1. nampaknya si pelaku benar2 jahil!

    ReplyDelete
  2. Sakit sgt hati tgk benda2 mcm ni...mustahil tak tahu..sedari sekolah rendah dah diberitahu cara2 melupuskan Kitabullah ni...tahu tp buat2 tak tahu...

    ReplyDelete
  3. masyaallah.. dunia akhir zaman smpai jd cmni =.='









    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  4. astaga.. jahil sungguh si pelaku nie, tak tahu ke dia itu kitab suci. Moga si pelaku sedar dengan kesilapannya dan tak ulanginya.

    ReplyDelete
  5. Ujie.
    Andainya si pelaku tu org islam, ia tidak sekadar jahil tapi kurang ajar.

    Eye_nee.
    Adakalanya diorg ni nak ambil mudah jer sbb tu main campak mcm tu jer.

    ReplyDelete
  6. anamizu kaito.
    Inilah yg berlaku apabila agama dipinggirkan.

    HiDa.
    jahil dan jahat

    ReplyDelete
  7. Aida Omar.
    Mudah2an begitulah, harap2 si pelaku ni insaf dan mendapat hidayah dari Allah.

    ReplyDelete
  8. salam sahabat..

    sedih tengok..gitulah bila di hati rasa cinta pada al-quran itu tiada..

    ReplyDelete