Wednesday 11 January 2012

HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI( PEMURNIAN SEMULA PEPATAH MELAYU).

(sawah padi kat kampungku)



Selama ini kita tersilap dan tersalah dalam menggunakan pepatah melayu ini. Yang sering digunapkai, baik dalam ucapan mahupun tulisan ialah ‘Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi’.

Namun, jika difikir secara mendalam, perkataan itu(pagar) amat tidak logik:

Pertama: kerana pagar bukannya benda hidup, jadi macam mana ia boleh makan.
Kedua pula: mana ada sawah padi yang berpagar.

Pepatah yang tepat ialah Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi.


Apa itu Pegar?
Pegar ialah sejenis burung. Di panggil juga ayam pegar. Saiznya sebesar ayam dan melata seperti ayam dan ia boleh terbang seperti burung. Pegar kini agak susah untuk diketemui dan ia diancam kepupusan.


Kenapa Pegar dikatakan boleh menjaga padi?
Ini memandangkan pegar banyak terdapat di pinggir hutan berhampiran sawah. Jadi, ia memakan serangga perosak padi seperti siput gondang, belalang dan juga ketam. Namun, di samping itu, ayam pegar juga turut memakan padi.

Jadi, pegar memakan musuh padi dan dalam masa ia juga turut memakan padi. Dari sinilah timbulnya pepatah ‘Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi’.

Makumat lanjut sila rujuk Berita Harian, Rabu, 11 Januari 2012, M/S : N10. Ruangan Mewah Bahasa Oleh Prof Madya Dr Nor Hisham Osman(Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu(APM), Universiti Malaya)

20 comments :

  1. fakta yg mmg boleh diguna pakai..tak terfikir kan selama nih, dok follow ja pepatah, tapi tak paham pepatah sbnr...

    ReplyDelete
  2. ada dpt emil asal ni 2 hari lepas... Baru la tau citer sebenar-benarnya...

    ReplyDelete
  3. CintaZulaikha.
    saya pun tak terfikir selama ni. itulah masalahnya bila mengikut tanpa mengkaji.

    ReplyDelete
  4. ainnoraini.
    ada lagi pepatah yg silap. antaranya seperti melepaskan batuk di tangga. sepatutnya seperti melepaskan batok di tangga.

    ReplyDelete
  5. selama ni mempersoalkan gak mcm mana bole dpt pagar makan padi..

    mcm tak terbayang dek akal..

    hahaha..

    owh..rupa2nya pegar..

    ReplyDelete
  6. Duk belajar benda yang salah rupanya selama ni.

    Kalau tak silap saya, kekeliruan ni timbul pasal dulu2 depa tulis kot bahasa jawi, memang pegar.....tapi bila baca jadi pagar. gitu lah.. Allahualam..

    ReplyDelete
  7. eh ea ke? selama nie follow pepatah yang tak tepat rupanya. Baru tahu nie..nasib baik baca disini kalau tak sampai bila2 tak tahu.

    ReplyDelete
  8. Baru tahu dari n3 ni...selama puluhan thn ni..hanya tahu si "pagar" jer yg serong memakan padi...heheh...tidak mengkaji langsung...

    ReplyDelete
  9. Terimakasih di atas ke sudian anda berkunjung ke laman kami. Jika tidak keberatan. Sila berkunjung ke:

    1) http://www.mybrhom.com/

    Sebagai tanda sokongan anda. Sila like page kami:
    2) https://www.facebook.com/pages/BR-HOM-PLUS/227931176739

    Kerjasama anda. Amat kami hargai.

    ReplyDelete
  10. Assalamu`alaikum Shameel.
    sihat.. ? :)

    baru ni la tahu ianya pegar bukan pagar...

    bila guna peribahasa, jarang terfikir kologikannya.. main ikutt jer.. hihi..

    ReplyDelete
  11. a'ah..tu la, baru2 ni je baru tau.

    lagi satu..'melepaskan batuk ditangga'. yg benarnya 'BATOK'.

    ReplyDelete
  12. eh, baru perasan shameel dah sebut 'batok' tu kat komen atas..^_^

    ReplyDelete
  13. wah..sgt menarik!
    kena bubar semua ni

    ReplyDelete
  14. missSenget.
    aneh kan mcm mana pagar boleh makan padi. hahaha

    ReplyDelete
  15. Afida Anuar.
    mslh berlaku bila dlm tulisan jawi pegar dan pagar ejaannya sama.

    Tapi hairan juga sebab terlalu lama perkara menjadi misteri.

    ReplyDelete
  16. Aida Omar .
    kesiankan kat pagar sbb kita tuduhnya sebagai jahat dan tak amanah. kita kena minta maaf sama pagar tu. hehehe

    ReplyDelete
  17. Eye_nee.
    ini baru persoalan bahasa. dalam persoalan ibadat dan beragama juga banyak yg tidak kita kaji tapi sekadar ikut-ikutan sahaja.

    ReplyDelete
  18. Anaa .
    Lepas ni kita kena ramai2 pakat minta maaf dgn pagar.

    ReplyDelete
  19. Ujie.
    benar skali Ujie. sepatutnya melepaskan batok ditangga dan bukannya batuk. Batok merujuk kepada gayung membasuh kaki yg disediakan bersama tempayan.

    ReplyDelete
  20. Titisan Hujan.
    mmg terpaksa bubar utk kemurnian pepatah melayu.

    ReplyDelete