Tuesday 10 January 2012

CUEPACS minta pemilihan semula opsyen persaraan


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini meminta agar penjawat awam yang tidak memilih opsyen umur persaraan 60 tahun dibenarkan menandatanganinya semula.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata ini kerana pihaknya menerima banyak aduan bahawa ada penjawat awam tidak memilih opsyen itu kerana tidak diberi penerangan sewajarnya.

"Jadi bila pihak CUEPACS sudah memberikan penjelasan berhubung perkara itu barulah mereka faham dan berhasrat untuk menandatangani opsyen itu," katanya kepada pemberita selepas majlis Himpunan Transformasi dan Ikrar Intergriti Pembantu Makmal Penolong Pegawai Sains Institusi Pengajian Tinggi Awam di sini.

Selain itu, beliau juga meminta agar penjawat awam yang dipaksa memilih opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) tanpa disertakan penyata pergerakan gaji dibenar memilih semula sama ada kekal dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) atau sebaliknya.

"Ini kerana ada yang hanya diberikan penyata kenaikan di bawah skim SBPA selepas tandatangan borang tersebut dan kemudian mendapati ada beberapa kemusykilan dalam dalam pergerakan gaji yang ditawarkan," katanya.

Katanya, CUEPACS masih menerima banyak rungutan mengenai SPBA antaranya daripada penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum.

Segala aduan, katanya, akan dipanjangkan kepada Jabatan Perkhdimatan Awam (JPA) kerana dalam masa terdekat akan ada lagi pertemuan untuk membincangakn isu berbangkit.
Tarikh tutup bagi opsyen persaraan 60 ialah pada 30 Disember lalu, sementara opsyen SPBA dilanjutkan kepada 15 Januari ini.

Sementara itu, CUEPACS juga katanya mendesak agar hampir 700 pembantu makmal di IPTA seluruh negara, dinaik taraf kepada penolong pegawai sains sebagaimana persetujuan yang sudah dicapai antara Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak universiti dua tahun lalu.

"Ada universiti yang sudah pun menaik taraf jawatan itu seperti di Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia, universiti lain belum ada lagi kalau ada pun dalam bilangan yang kecil, " katanya. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian

8 comments :

  1. pekerja swasta macam saya ni, baca je la tuk pengetahuan, bukan untuk tindakan:)

    ReplyDelete
  2. orang atas juga yang makan beso

    ReplyDelete
  3. aku dah pilih dan tanda tangan
    tak nak ubah apa2 lagi

    tapi memang ada yang mahu buat pilihan semula
    aku setuju kalau dibenarkan

    ReplyDelete
  4. agak-agak mereka nak dengar ke kata-kata Cuepacs ni?

    ReplyDelete
  5. jika perubahan itu baik dan berbaloi, InsyaAllah ramai menyokong.

    ReplyDelete
  6. tumpang baca jer la kat sini..akk ni kerja swasta...

    ReplyDelete
  7. dulu skim lama ditukar kepada ssm, takde yg bising.. tapi bila ssm ditukar kepada sbpa, ramai pulak yg bising.. pelik jugak tu..

    kalaulah sbpa diteruskan tanpa sebarang perubahan, sy risau kerajaan telah tersilap langkah.. disangka mampu memancing undi rakyat, tapi yg berlaku sebaliknya..

    ReplyDelete