Wednesday 18 January 2012

Gaji pegawai atasan yang terlalu tinggi di bawah skim SBPA telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kakitangan awam



Kenaikan gaji yang lebih tinggi yang dicadangkan untuk pegawai tertinggi kerajaan di bawah Skim Persaraan Baru Kakitangan Awam (SBPA) telah menimbulkan perasaan tidak puas hati 1.4 juta kakitangan awam.

Di bawah skim baru berkenaan, pegawai atasan kerajaan akan dibayar sebanyak RM80,000 sebulan berbanding kakitangan awam hanya menerima kenaikan RM1.70 sebulan dan telah membangkitkan kemarahan beberapa kesatuan sekerja dan juga pembangkang.

Kemarahan mereka menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyemak semula skim berkenaan selepas protes yang dilakukan Kongres Kesatuan Sekerja untuk kakitangan awam(Ceupacs). Difahamkan, skim berkenaan dibuat tanpa melibatkan penglibatan Ceupacs.

The Malaysian Insider difahamkan, di bawah skim SBPA, 36 pegawai atasan kakitangan awam akan memperoleh RM36,000 sebulan. Ketua Hakim akan memperoleh RM80,000 dan Ketua Setiausaha Negara akan mendapat RM60,000 sebulan.

Timbalan Presiden Ceupacs I, Azih Muda mengesahkan maklumat berkenaan dan maklumat lanjut berada dalam tangan kerajaan.

"Ya, ya, memang begitu, sama seperti di dalam kalangan pusingan terbabit... gaji pokok untuk mereka yang berada di perkhidmatan utama adalah RM36,000," katanya.

Tapi Azih enggan untuk mengulas lanjut berkenaan perkara itu, dan menegaskan kerajaan telah pun mengumumkan kumpulan bertindak untuk mengkaji SBPA.

Jumaat lepas, kerajaan mengumumkan satu kumpulan khas untuk menyemak semula SBPA bermula sekarang hingga 16 April, diketuai oleh bekas pengarah kakitangan awam Tan Sri Ismail Adam, dan akan memasukkan wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Ketua Hakim Negara, dan Kementerian Kewangan termasuk Ceupacs.

"Saya lebih selesa untuk tidak mahu mengulas perkara itu, kerajaan sudah membentuk jawatankuasa kerja bagi menyemak semula perkara itu, dan pelaksanaannya telah ditangguhkan, jadi saya percaya kerajaan akan menyelesaikan perkara itu," jelas Azih.

Namun begitu, beliau mengesahkan jawatankuasa kerja berkenaan akan menyemak secara spesifik bayaran terhadap servis utama.

"Mereka akan menyemak semuanya," katanya sebelum memutuskan panggilan.

Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menangguhkan skim terbabit berikutan pertubuhan itu tidak diajak berunding berkenaan perkara itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan perbezaan pendapatan antara kakitangan awam di peringkat tertinggi sehingga lima angka, sementara kakitangan bawahan hanya memperoleh jumlah yang jauh lebih kecil.

"Adakah adil sekiranya KSN (Ketua Setiausaha Negara) mendapat RM60,000 sebulan, sedangkan kerani hanya memperoleh kurang RM100 kenaikan gaji,"jelas Mahfuz apabila ditanya pendapatnya berhubung perkara itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata PAS akan terus menuntut kerajaan menyemak semula skim berkenaan supaya kenaikan yang "adil" terhadap kakitangan awam.

"Segala-galanya harus disemak semula ... ia seharusnya diperbaiki supaya kumpulan sokongan memperoleh pendapatan yang lebih berpatutan.

"Selain itu, pembayaran anggota tentera juga perlu disemak, mereka tiada kesatuan," katanya.

Belanjawan 2012 telah menetapkan sejumlah RM64.1 billion bagi gaji dan pencen kakitangan awam, 28 persen daripada keseluruhan belanjawan, peningkatan daripada RM36.9 lima tahun lalu.

Sumber : TheMalaysian Insider


Info Tambahan:
SBPA belum dilaksanakan dan gaji belum lagi naik, tapi sesetengah harga barang dah mula naik.

Kekadang kita perlu fikirkan nasib buruh, nelayan dan juga petani. Pendapatan mereka macam tu juga dan mungkin semakin merosot, tapi harga barang pasti semakin naik.
Syukurlah tahun ni mereka dapat RM500.00 sebulan dan syukur juga sebab anak-anak mereka yang masih bersekolah dapat RM100.00 seorang. Tapi macam mana untuk tahun-tahun yang mendatang. Adakah bantuan ini akan berterusan atau terhenti setakat tahun ini sahaja.

p/s = kekadang hati diasak sayu, pabila melihat nelayan termenung memandang wajah laut yang membiru. Mungkin nelayan itu tertanya sendiri ,
“wahai sotong, ke manakah kamu bersembunyi. Wahai kembung ke manakah kamu menghilangkan diri.”

12 comments :

  1. yang kaya tambah kaya.. yang miskin bertambah miskin.. :(

    ReplyDelete
  2. entahla...saya bukan kerja gomen..nak ckp lebey2 pun xreti

    ReplyDelete
  3. hope semakan kali ke dua nie lebih adil dan saksama..

    ReplyDelete
  4. Kita boleh ubah&InsyaAllah akan ubah...selagi ada korupsi&ketidakadilan dlam pentadbiran beginalah cikgu hasilnya..yg kaya akan menkayakan keluarga/kroninya dan yg miskin akan terus menjunam sehingga kita mengetahui yang kita telah ditipu...

    ReplyDelete
  5. tak kan lah tidak menyedari jurang perbezaan kenaikan gaji antara Pegawai atasan dan seorg kerani tu..MUSTAHIL...dah dikeluarkan kenyataan perihal skim SBPA baru nampak kepincangannya...itupun brgkali ada gesaan pihak pembakang..kalau tidak sedaplah KSN..60000 tuuuu....

    ReplyDelete
  6. Anaa
    inilah yg kita bimbangkan. bila harga barang dinaikkan, org miskinlah yg merasa kesannya

    Lin Azlina
    w/pun ia libatkan org yg keja dgn kerajaan. Tapi kesannya semua merasa.

    Aida Omar.
    harap2 begitulah. moga semakan kedua lebih teliti dan terperinci

    ReplyDelete
  7. TaTJ.
    sebab tu kena desak dan desak. Desakan dan asakan kena semakin kuat menjelang PRU

    Eye_nee.
    SBPA dibyuat tergesa2 dan mungkin juga utk pancing undi menjelang PRU sbb dlm PRU lepas, ramai kakitangan kerajaan sokong PR sbb x puas hati dgn dasar Pak lah

    ReplyDelete
  8. shameel, orang yang kaya makin kaya, harga barang naik... orang miskin lagi bertambah papa...

    mungkin saya kurang ambil tahu pasal SBPA ni, rupanya macam tu, sampai 30000, 60000 sebulan...wahhhh!! yang kecik2 naik tak sampai 1.70 eh?

    ReplyDelete
  9. nilai pendapatan sebenar kakitangan rendah adalah makin teruk saban tahun
    ntah bila akan dapat simpati orang atas

    ReplyDelete
  10. kau naik kalau aku naik. itu syaratnya.

    ReplyDelete
  11. mmg x seimbang apa yg bakal diterima tu, huh...

    ReplyDelete
  12. Yang bekerja dan punya gaji tetap (terutama kakitangan kerajaan), mungkin tak terasa sangat kot... Bagi Latifah yang tolong abah usahakan barang-barang lusuh ni, memang terasa sangat dah, lagi-lagi bila harga pasaran barang-barang lusuh jatuh, nak dapatkan rm1000 sebulan pun belum pasti.

    Namun, tetap bersyukur kerana rezeki Allah tu luas :)

    Bila ada golongan kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin, di manakah sebenarnya yang di katakan Malaysia maju??? ~untuk difikirkan bersama~~

    p/s: rakyat perlu berani untuk berubah~~ ;p

    ReplyDelete