Tuesday 17 January 2012

Azwan Ali disiasat Polis kerana nak bakar Ummi Hafilda




KUALA LUMPUR: Personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali, 46, yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi kini disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali melalui laman twitternya.

Mendedahkan perkara berkenaan, Ummi berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri, dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.

Menurutnya, selama ini dia bersabar dengan cacian serta pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, namun ugutan itu sudah keterlaluan dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi ia dilakukan abangnya.





Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.

“Azwan mengajak pengikut twitternya membunuh saya dengan menulis ‘Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini...kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar’.

“Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sumber :MyMetro

13 comments :

  1. aduhai .. manusia semakin hilang sifat kemanusiaan. dunia akhir zaman.

    ReplyDelete
  2. Memang laser bangai pon.. menyampah..Unfollow trus.

    ReplyDelete
  3. Marah punya sebab...yg dimarah adik sedarah sedaging....Jadi Abang tak semestinya betul..Jd Adik tak pula tidak bersalah...biarkan lah mereka..air yg dicincang tak akan putus...bulu ayam yg tercarik pasti bercantum semula....

    ReplyDelete
  4. iskhhh, pelik betul la!

    adik beradik gaduh samapi cam tu sekali ek....huhuuu

    ReplyDelete
  5. hai si lezer nie..ngn adik sendiri pon wat sanggup wt cm tu..masyAllah..

    ReplyDelete
  6. kakchik@ella .
    Trima kasih kakchik ats kunjungan dan komnetar. entah apa punca sebenarnya dua beradik ni bergaduh sebegini rupa.

    ReplyDelete
  7. rahimie.
    benar skali rahimie. azwan ni laser sgt. hahaha

    ReplyDelete
  8. Eye_nee.
    harap2 mrk berdamailah. biasanya pergaduhan adik beradik ni tak kekal lama. Carik2 bulu ayam akhirnya bercantum juga.

    ReplyDelete
  9. Blogger mamaNoriz.
    kita kena jadikan semua ini sebagai pengajaran.

    ReplyDelete
  10. S..U..D..@..I..S.
    Alhamdulillah jika mereka dah benar2 berdamai

    ReplyDelete
  11. mira maisara.
    tiada apa utk dihairankan mira maisara. sbb habil dan qabil sudah lama melakukan.

    ReplyDelete
  12. tadi saya baca kat blog sapa entah, azwan ali dah minta maaf dah..adehh macam2..

    ReplyDelete