Wednesday 4 January 2012

ADAM ADLI PEJUANG ATAU PETUALANG.

(Adam Adli)


Adam Adli Abdul Halim mungkin dianggap pejuang oleh sesetengah pihak terutamanya dalam kalangan aktivis mahasiswa. Namun, dia juga mungkin dianggap sebagai petualang oleh pihak yang lain terutamanya dalam kalangan penyokong UMNO/BN. Apa yang pasti, Adam Adli adalah anak muda yang berani. Keberaniannya wajar dikagumi walaupun tindakannya mungkin tidak wajar dicontohi.







Tindakkan Adam Adli menurunkan bendera bergambar Dato’ Seri Najib Razak semasa mengadakan demontrasi aman telah mengemparkan Negara. Istilah biadap dan kurang ajar dilontarkan kepadanya. Tidak cukup dengan itu, dia juga menerima ugutan bunuh, malah anggota polis sendiri( bernama Roslan Mokhtar) juga mengancam untuk menumbuknya. Pemuda UMNO turut mengamuk sana- sini mendesak agar UPSI menyingkirkan Adam Adli.

Biadapkah perbuatan Adam Adli yang menurunkan bendera bergambar Dato’ Seri Najib Razak?

Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan telah bersidang untuk memfatwakan perbuatannya sebagai biadap?

Satu persoalan lagi, apakah kayu ukur yang digunakan untuk menganggap perbuatan tersebut sebagai biadap? Sebenarnya, medialah yang membesarkan isu ini dan media jugalah yang menjadi hakim dalam isu ini. Sejujurnya dalam apa jua isu termasuk isu agama, medialah yang menjadi Ketua Mufti dan bukan lagi Majlis Fatwa kebangsaan.


(kek berbentuk tahi untuk Lim Guan Eng)


Media jualah yang memutuskan Adam Adli sebagai biadap dan petualang. Tapi amat malang, kerana media, segelintir anak melayu termasuk anggota polis menjadi begitu bahlul dan tolol hingga mengancam keselamatan Adam Adli.

Sekitar tahun 2011, segelintir manusia yang tolol dan bahlul telah menghadiahkan seluar dalam dan baju dalam wanita kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Perbuatan mereka ini disiarkan di dalam media arus perdana.Dengan bantuan media, golongan tolol dan bahlul ini dianggap sebagai wira.

Terbaru, kumpulan yang sama yang diketuai oleh Mohamed Ghani Abd Jiman telah menghadiahkan kek berbentuk tahi manusia kepada Lim Guan Eng sempena hari lahir Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut. Aksi mereka dirakam dan disiarkan oleh media arus perdana. Malah ketua golongan bahlul dan tolol ini siap menari-nari lagi sambil membawa kek di hadapan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. Media pula mengistiharkan golongan yang tolol dan bahlul ini sebagai pejuang agama dan bangsa. Malah, media telah menyalahkan Lim Guan Eng kerana tidak sudi menerima kek berbentuk tahi itu.

Persoalannya mana yang lebih biadap, Antara menghadiahkan seluar dalam dan baju dalam wanita serta kek berbentuk tahi kepada Lim Guan Eng atau menurunkan gambar Dato Seri’ Najib.

18 comments :

  1. Mohamed Ghani Abd Jiman lagi biadab,

    Adam adli jika di anggap salah sekalipun, dia boleh di maafkan kerana usia @ tidak matang..

    tetapi Mohamed Ghani Abd Jiman dan kumpulannya pula, jelas2 memperlekah dan biadab.

    ReplyDelete
  2. Masyallah amat sedih n terlalu kecewa dengan politik zaman sekarang.... jangan hanya kerana gila kuasa orang lain jd mangsa....

    ReplyDelete
  3. Mutiara Bernilai.
    saya bersetuju sekali dgn Mutiara. Tapi kerana peranan media,Mohamed Ghani Abd Jiman disanjung umpama wira negara

    ReplyDelete
  4. miss Ejat.
    senario politik di Malasia semakin menjijikkan sbb pihak yg selama ini megah berkuasa semakin tergugat kuasanya.

    ReplyDelete
  5. peliknya orang bijak pandai agama pon sibuk juga nak kluo fatwa bila isu di sebelah pihak, tapi bila pihak yang 'super' buat 'ulama' ni menikus jeee

    ReplyDelete
  6. sbnrnye media kt negara kita ni dkawal oleh org ats,yg x bijak pndai asyik tgk tv salurang die je...jd ttutup la kisah yg sbnr.....yg buruk dbaikkn begitu juga sblknya

    ReplyDelete
  7. cemomoi.
    bagi saya ia tidak menghairankan sbb mustafa kamal attarturk ketika memerintah Turki dulupun tetap ada ulama upahan yang merestui tindakkannya.

    ReplyDelete
  8. Khairil Adlan.
    saya bersetuju dgn saudara. Tapi generasi muda sudah mula menjauhi media arus perdana.

    ReplyDelete
  9. buka mata hati, boleh nampak sangat sapa yang biadap...siapa yang tak...

    Allah politik sekarang..media pun satu hal....berat sebelah..

    ReplyDelete
  10. kuasa media memang sangat besar
    siapa yang menguasai media, dia yang bebas bersuara

    ReplyDelete
  11. Afida Anuar.
    disebabkan selalu buka tv dan surat khabar, org ramai terus kecanduan fakta2 yg batil.

    ReplyDelete
  12. tehr.
    di kawasan bandar dan dlm kalangan anak2 muda, media alternatif mula mendapat tempat. Malaysiakini dan Malaysian Insider lebih menarik berbanding media arus perdana

    ReplyDelete
  13. kenapa ujud Adam Adli...kenapa itu tidak difikirkan dahulu...apa punca apa sebab dia memperlakukan itu...kenapa itu tidak ditanyakan dan kemudian memberikan jawapan...kenapa hanya tindakan nya yg di perbesarkan yg diperincikan yg diwar-warkan...BIADAP??..cukup2 lah MEDIA arus Perdana memberikan perkhabaran...muak...jelak membacanya...

    ReplyDelete
  14. kita tunggu aje keputusan mahkamah nanti. Tunggu dan lihat sahaja..tapi setakat ni, apa yang boleh saya kata, Adam Adli ni memang berani. Walaupun kekadang tak bertempat.

    ReplyDelete
  15. agaknya apakah yang akan terjadi pada Adam Adli kalau dia menurunkan poster pihak yang lagi satu ? disanjung bagai perwirakah atau tetap dianggap sebagai petualang??

    ReplyDelete
  16. la... memang biadap pun si adam tu. cuba kalau muka bapak dia kat situ. isu nye, cuba matang. kalau nak ketengahkan sesuatu isu tu, buat cara matang. kalau ada effort nak buat sume tu, mesti ada effort nak buat sendiri tiang bendera lain. dah tau keadaan malaysia camne, turunkan bendera tu, CONFIRM la kecoh malaysia... macam baru kenal je malaysia ni camne... adeh... buat malu je...

    ReplyDelete
  17. Allegretto .
    saya rasa dia dinaggap biadap sbb tuurnkan gambar pemimpin BN jer, cuba dia turunkan gmabr pemimpin PR gerenti akan dianggap sebagai mujahid. Betul tak?

    Cuba fikir situasi ini pula, apa yg akan berlaku jika ada org serahkan selaur dalam wanita atau tahi kpd Dato Seri Najib, gerenti akan dikaatakn biadap tapi kenapa dipuji dan dipuji ali jiman yg serahkan benda2 tu sama KM pulau pinang.

    ReplyDelete