Friday 20 January 2012

Menjadikan Harta Jambatan Ibadah




Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :
Menjadikan Harta Jambatan Ibadah
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnnya bagi setiap
umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” Riwayat at-Tirmidzi



Huraian
1. Harta kekayaan, kemewahan dan pangkat menyilaukan pandangan serta dapat mengubah pendirian seseorang.

2. Islam melarang umatnya bersikap terlalu mementingkan kehidupan dunia dan mengutamakan kehidupan peribadi lebih daripada kepentingan masyarakat. Sedangkan pemberian atau nikmat-nikmat keduniaan itu sebenarnya adalah suatu bentuk ujian daripada Allah SWT untuk mengukur sama ada manusia menghargainya dengan bersyukur atau tenggelam dalam kelekaan hingga menjadi kufur terhadap Allah SWT.

3. Oleh itu setiap individu perlu berwaspada agar tidak menjadikan harta kekayaan sebagai alasan untuk melupakan perintah dan suruhan Allah SWT sebaliknya menjadikan nikmat-nikmat tersebut sebagai faktor pendorong untuk melakukan kebajikan dan amal soleh yang dituntut dengan ikhlas bersungguh-sungguh kerana golongan seperti ini bukan sahaja akan beruntung di dunia bahkan mendapat ganjaran besar yang di akhirat kelak.


Sumber : E-Hadith JAKIM

INFO TAMBAHAN.
Selain berzakat, gunakanlah harta kita ke jalan agama seperti mendermakan kepada orang-orang yang memerlukan. Usah tunggu kaya dan ternama baru ingin menderma kerana kita tidak tahu adakah esok masih milik kita.

Apa kata setiap kali ambil gaji kat mesin ATM, kita ringankan tangan untuk bank-in sebanyak RM10.00(sepuluh ringgit jer) kepada mana-mana pondok pengajian islam, rumah anak-anak yatim dan masjid-masjid dan golongan yang memerlukan. Jika bulan ini kita dermakan RM10.00 kepada sekolah pondok, bulan depan kita dermakan RM10.00 kepada masjid pula dan bulan seterusnya pula kita derma RM10.00 kepada orang-orang susah(dalam akhbar dan bersama akan dicatatkan no akaun no bank orang yang memerlukan). RM1o.oo sebulan, mudah dan senang serta tidak sesekali membuatkan kita kemiskinan, jauh sekali kebuluruan.

Biar sedikit kerana lama-lama ia akan menjadi bukit.

“Kalau tak mampu menjadi pelita yang menerangi kegelapan, cukuplah sekadar menjadi kunang-kunang yang menemani malam.”
Biarlah ikhtiar kita hanya setitik walaupun tidak selaut, ia jauh lebih bermakna daripada langsung tiada. PALING PENTING , usaha kerdil ini mendapat tempat di sisi-NYA.

P/S :Pusat Pengajian Al-Quran Darul Kautsar antara pusat pengajian islam yang memerlukan bantuan. Insya-Allah, sekolah yang dikelolakan oleh ilmuan hadis terkenal, Maulana Asri ini akan melahirkan ulama-ulama yang terbilang satu masa nanti. Ini no akaunnya:

1) Akaun Bank Islam (M) Bhd

Nama: Pembangunan PPADK Kuchelong
No. Akaun: 030-180100875-82

2) Maybank Islamic

Nama: Pusat Pengajian Al-Quran Darul Kautsar
No. Akaun: 553038014278

P/S : Blog saya akan sepi buat seketika kerana saya akan pulang bercuti ke kampung di Kelantan. Perlu pulang sebab ayah saya sakit dan sudah lebih sebulan berada di dalam wad HUSM.


5 comments :

  1. Derma iklas tidak mengira banyak atau sefikit

    ReplyDelete
  2. betul, sedikit2 lama-lama jadi bukit

    ingatan untuk diri.

    p/s: Selamat menemani ayah cg.Shameel

    ReplyDelete
  3. kerjakanlah solat dan tunaikanlah zakat...

    selamat balik kg bro...moga ayah sihat segera...

    ReplyDelete
  4. derma biar ikhlas bukan hanya sekadar nak cukup syarat atau kerana nama.. :)
    entry yang sangat bagus untuk saling memperingati..

    Shameel : semoga Ayah cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  5. sedekah menjadikan jiwa saya tenang..

    ReplyDelete